Perjanjian Baru 2023
14 Mei. Bagaimanakah Tuhan Membantu Lelaki dan Wanita Bekerjasama Secara Bersatu dalam Perkahwinan? Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18


“14 Mei. Bagaimanakah Tuhan Membantu Lelaki dan Wanita Bekerjasama Secara Bersatu dalam Perkahwinan? Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“14 Mei. Bagaimanakah Tuhan Membantu Lelaki dan Wanita Bekerjasama dalam Perkahwinan?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

pasangan di luar bait suci

14 Mei

Bagaimanakah Tuhan Membantu Lelaki dan Wanita Bekerjasama Secara Bersatu dalam Perkahwinan?

Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Bagaimanakah berpaling kepada Tuhan boleh membantu kita menghadapi cabaran dan percubaan?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan doa dan persahabatan kita?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah rancangan untuk berkongsi injil yang telah dibincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian? Bagaimanakah kelas atau kuorum kita boleh melibatkan diri?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah melakukan pekerjaan sejarah keluarga boleh mengeratkan hubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Bermula dengan Adam dan Hawa, Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus telah berusaha untuk menguatkan dan menyatukan isteri dan suami dalam perkahwinan. Juruselamat berfirman, “Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu.” (Matius 19:5). Pada masa yang sama, Setan melakukan segala yang dia boleh untuk menghancurkan perkahwinan dan memusnahkan keluarga. Ahli-ahli kelas atau kuorum anda mungkin sedar tentang cabaran-cabaran yang dihadapi perkahwinan hari ini. Mereka mungkin juga telah melihat isteri dan suami bekerjasama dan mencari bantuan syurga untuk mencapai kesatuan. Renungkan bagaimana pengalaman ini boleh mengajar mereka tentang apa yang diperlukan untuk mencapai kesatuan dalam perkahwinan. Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengajar mereka kepentingan bersedia sekarang untuk perhubungan perkahwinan pada masa depan?

Minggu lepas, ahli kelas atau kuorum berpeluang untuk membaca ajaran-ajaran Juruselamat tentang perkahwinan dalam Matius 19:4–6. Dalam persediaan untuk mengajar, kaji ayat-ayat berikut, bersama dengan pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan” (Liahona, Mei 2016, 77–80) atau pesanan lain yang dicadangkan dalam panduan ini.

Belajar Bersama

Perkahwinan mungkin tidak berada dalam fikiran ramai remaja. Walau bagaimanapun, sesuatu yang sangat penting memerlukan persediaan yang teliti. Anda mungkin boleh menjemput para remaja untuk membayangkan mereka berlutut di sebuah altar di bait suci untuk dimeteraikan dan pemeterai telah menasihati mereka untuk mengkaji Matius 19:4–6. Apakah kebenaran yang kita temui dalam ayat-ayat ini yang akan membantu pasangan yang baru berkahwin? Bagaimanakah seorang suami dan isteri menjadi “satu”? Bagaimanakah Juruselamat membantu? Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membantu kelas atau kuorum anda memahami bagaimana untuk mencapai perpaduan dalam perkahwinan.

  • Adam dan Hawa menyediakan sebuah teladan yang baik tentang seorang suami dan isteri yang bekerjasama secara bersatu. Anda boleh tunjuk gambar mereka (lihat Buku Seni Injil [2009], no. 5) dan minta kelas atau kuorum anda untuk membaca Musa 5:1–12, mencari cara-cara di mana Adam dan Hawa bekerjasama secara bersatu. Apakah yang mereka lakukan agar Tuhan dapat memberkati hubungan mereka? Untuk membantu para remaja belajar lebih tentang kesatuan dalam perkahwinan, mereka boleh mengkaji tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan.”

  • Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar bahawa dalam banyak masyarakat hari ini, “segalanya nampaknya boleh dibuang.” Tetapi sikap ini tidak boleh digunakan dalam perkahwinan dan keluarga kita; sebaliknya, kita harus “mendedikasikan usaha terbaik kita untuk menyelamatkan dan memperkayakan [mereka]” (“Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan,” 77). Untuk membantu menggambarkan perkara ini, anda boleh menjemput remaja untuk memikirkan sesuatu yang mereka baru-baru ini menggantikan yang telah rosak, haus, atau lapuk. Mengapakah perkahwinan berbeza dengan barang-barang yang boleh digantikan seperti demikian? Kemudian kelas atau kuorum boleh membaca bahagian pesanan Presiden Uchtdorf bertajuk “Selamatkan Perkahwinan Kita” dan berkongsi cara-cara para suami dan isteri boleh bekerjasama dan bersama Juruselamat untuk menguatkan perkahwinan mereka. Apakah yang boleh kita lakukan sekarang untuk mempersiapkan perkahwinan yang kukuh dan bersatu?

  • Pertimbangkan untuk menulis Perpaduan dalam Perkahwinan di papan tulis dan jemput para remaja untuk senaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh isteri dan suami untuk bersatu. Kemudian minta para remaja carikan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org) untuk idea-idea yang mereka boleh tambahkan kepada senarai mereka. Apakah kualiti-kualiti yang ahli-ahli kelas atau kuorum anda lihat dalam satu sama lain atau dalam pasangan berkahwin yang mereka kenalisebagai penting untuk perpaduan dalam perkahwinan? Mengapakah ia penting untuk mengembangkan dan mengaplikasikan asas-asas ini dalam perhubungan kita sekarang? Video-video dalam “Sumber-sumber Berkaitan” memberi beberapa contoh sifat-sifat ini dalam tindakan.

pasangan memeluk

Bermula dengan Adam dan Hawa, Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus telah berusaha untuk menguatkan dan menyatukan isteri dan suami dalam perkahwinan.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Ungkapan kasih seperti Kristus yang ikhlas mempunyai kuasa besar untuk melembutkan hati ahli-ahli kelas yang sedang bergelutan. Untuk membantu ahli-ahli kelas merasa diperlukan dan disayangi, anda boleh meminta mereka untuk mengambil bahagian dalam pelajaran yang akan datang dengan berkongsi pengalaman atau perasaan mereka tentang tulisan suci.