Perjanjian Baru 2023
28 Mei. Apakah yang Boleh Saya Lakukan Sekarang untuk Bersedia Bagi Kedatangan Kedua Juruselamat? Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21


“28 Mei. Apakah yang Boleh Saya Lakukan Sekarang untuk Bersedia Bagi Kedatangan Kedua Juruselamat? Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“28 Mei. Apakah yang Boleh Saya Lakukan Sekarang untuk Bersedia Bagi Kedatangan Kedua Juruselamat?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

Dia Datang Kembali untuk Menguasai dan Memerintah, oleh Mary R. Sauer

He Comes Again to Rule and Reign [Dia Datang Kembali untuk Menguasai dan Memerintah], oleh Mary R. Sauer

28 Mei

Apakah yang Boleh Saya Lakukan Sekarang untuk Bersedia Bagi Kedatangan Kedua Juruselamat?

Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Apakah yang kita bincangkan di pertemuan lepas dan apakah jemputan atau tugasan yang telah dibuat? Apakah yang telah kita lakukan untuk memenuhi jemputan atau tugasan tersebut?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Apakah yang boleh kita lakukan atau katakan untuk membantu mereka yang mungkin berasa kesunyian atau jauh dari Bapa Syurgawi?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah beberapa cara yang kita boleh bantu orang lain merasakan kasih Yesus Kristus?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah idea yang boleh kita kongsi dengan satu sama lain untuk membantu mengukuhkan keluarga kita?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Bagaimanakah para remaja yang anda ajar rasa tentang kehidupan pada zaman akhir sebelum Kedatangan Kedua Yesus Kristus? Memang benar bahawa ini adalah masa yang berbahaya, ditandai oleh kesukaran, kejahatan, dan kemusnahan. Tetapi apabila Juruselamat menggambarkan zaman kita kepada para pengikut-Nya di pengakhiran kehidupan fana-Nya, Dia memberi kita harapan. Semasa mengakui kegelapan yang akan datang, Dia berjanji bahawa cahaya-Nya akan “menyelubungi seluruh bumi” pada kepulangan-Nya (lihat Joseph Smith—Matius 1:22–26, lihat juga Ajaran dan Perjanjian 45:34–38).

Bagaimanakah anda dapat membantu para remaja lebih memahami berkat dan peluang untuk hidup pada zaman akhir? Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengilhami persediaan diri mereka dan dunia bagi Kedatangan Kedua Juruselamat? Selain daripada mengkaji petikan tulisan suci minggu ini, pertimbangkan untuk kaji semula beberapa sumber yang tersenarai dalam “Kedatangan Kedua Yesus Kristus” dalam Panduan Tulisan Suci (ChurchofJesusChrist.org).

Belajar Bersama

Untuk membantu para remaja mengkaji semula apa yang mereka telah baca dalam tulisan suci minggu ini, anda boleh menulis tajuk ini di papan tulis Nubuat Serius dan Pernyataan yang Mulia (lihat Russell M. Nelson, “Mendakap Masa Depan dengan Iman,” Liahona, Nov. 2020, 73–76). Kemudian setiap orang boleh mengkaji semula Joseph Smith—Matius 1:22–37 dan senaraikan hal-hal “serius” dan “mulia” yang akan berlaku sebelum Juruselamat kembali. Mengapakah ia penting bagi kita untuk menyedari peristiwa-peristiwa ini? Untuk membantu para remaja mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana untuk bersedia bagi kedatangan Juruselamat, pertimbangkan aktiviti-aktiviti berikut atau salah satu aktiviti anda sendiri.

  • Tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” dapat membantu para remaja memahami bagaimana Bapa Syurgawi menyediakan jalan untuk Kedatangan Kedua Putera-Nya. Pertimbangkan untuk menulis peristiwa-peristiwa yang digambarkan dalam tulisan suci di papan tulis dan minta setiap orang untuk membaca salah satu ayat suci. Setiap orang boleh memadankan petikan mereka pada satu peristiwa di papan tulis dan bincangkan petikan itu dengan kelas. Apakah yang peristiwa-peristiwa ini cadangkan tentang peranan kita dalam persediaan untuk Kedatangan Kedua Juruselamat? Apakah yang kita diilhamkan untuk lakukan sebagai kelas atau kuorum?

  • Presiden Russell M. Nelson menasihatkan: “Bagaimana kita sedang menangani kedua-dua nubuat serius dan pernyataan yang mulia tentang zaman kita? Tuhan telah memberitahu kita dengan mudah, tetapi dengan jaminan yang menakjubkan: ‘Jika kamu bersedia kamu tidak akan takut’ [Ajaran dan Perjanjian 38:30]” (“Mendakap Masa Depan dengan Iman,” 74). Untuk membantu para remaja lebih bersedia untuk kedatangan Juruselamat, pertimbangkan untuk meminta setiap daripada mereka bacakan salah satu dari tiga asas persediaan yang Presiden Nelson kongsikan dalam pesanannya. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka belajar. Apakah yang kita terilham untuk lakukan berdasarkan nasihat Presiden Nelson?

  • Pada permulaan pesanannya yang bertajuk “Bersedia untuk Kepulangan Tuhan,” Elder D. Todd Christofferson menggambarkan keadaan dunia selepas Kedatangan Kedua Yesus Kristus (Liahona, Mei 2019, 81–84). Jemput para remaja untuk kaji semula huraiannya dan bandingkannya dengan keadaan dunia sekarang. Mereka boleh membincangkan apa yang kita boleh lakukan sekarang untuk bersedia hidup dalam jenis dunia yang digambarkan oleh Elder Christofferson. ( Empat perenggan pesanannya bermula dengan “Yang pertama, dan yang penting untuk kepulangan Tuhan” mungkin membantu.) Bagaimanakah gereja Juruselamat membantu menyediakan kita untuk Kedatangan Kedua-Nya? Elder Christofferson menyenaraikan tiga cara di mana Gereja “secara unik diberi kuasa dan ditugaskan untuk mencapai persiapan yang diperlukan untuk Kedatangan Kedua Tuhan.” Ahli-ahli kelas boleh mengenal pasti dan membincangkan hal-hal ini.

seorang remaja puteri sedang belajar

Jika kita bersedia, kita tidak perlu takut akan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Ajar para pelajar bahawa kadangkala Roh akan mengajar mereka hal-hal semasa perbincangan kelas yang tidak pernah diucapkan dengan kuat.