Perjanjian Baru 2023
11 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Yohanes 14–17


“11 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Yohanes 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“11 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

remaja puteri sedang berdoa

Jun 11

Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Yohanes 14–17

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita terilham untuk lakukan bagi membantu?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjadi cahaya kepada ahli keluarga atau rakan yang tidak berkongsi kepercayaan kita?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan lebih banyak kasih dan sokongan kepada keluarga kita serta membawa perbezaan positif dalam rumah kita?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Buah tidak dapat tumbuh pada cabang yang terpisah dari pokoknya. Dalam cara yang sama, kita tidak boleh berkembang secara rohani jika kita dipisahkan daripada Tuhan (lihat Yohanes 15:4–6). Namun terdapat banyak kuasa yang berusaha untuk memisahkan kita daripada-Nya—kadangkala ia disebabkan oleh pilihan kita yang angkuh atau buruk tetapi selalunya hanya keadaan kehidupan fana. Apabila Yesus bertemu dengan para pengikut-Nya untuk kali terakhir dalam kefanaan, Dia tahu bahawa tidak lama lagi Dia akan dipisahkan daripada mereka. Jadi Dia mengajar mereka tentang kepentingan untuk menjaga perhubungan rapat dengan Dia dan Bapa-Nya—untuk bersatu dengan mereka seperti satu cabang kepada pokok. Dia memanggil ini “tetap bersatu” dalam-Nya. Dan Dia mengajar para pengikut-Nya bagaimana untuk melakukan ini. Paling penting, melalui korban tebusan-Nya, Dia menjadikan perhubungan itu mungkin.

Renungkan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus semasa anda mengkaji Yohanes 14–17. Fikirkan juga tentang orang yang anda ajar dan hasrat mereka untuk lebih mendekati Tuhan. Apakah yang anda akan lakukan untuk membantu mereka? Anda boleh merenungkan Ajaran dan Perjanjian 88:62–68 semasa anda bersedia untuk mengajar.

Belajar Bersama

Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengilhami para remaja untuk membincangkan ajaran Juruselamat tentang pokok anggur dan cabang dalam Yohanes 15:1–12. Anda mungkin boleh menggunakan lukisan, gambar, atau cabang benar untuk membantu mereka membayangkan apa yang Yesus ajarkan. Anda boleh minta mereka berkongsi tentang masa ketika mereka berasa dekat dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus—atau masa ketika mereka berasa jauh daripada Mereka. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang bagaimana kita boleh kekal dekat dengan Mereka? Aktiviti-aktiviti seperti berikut dapat membantu melanjutkan perbualan ini.

  • Ia mungkin bernilai untuk menghabiskan masa meneroka soalan “Apakah yang menjauhkan kita daripada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?” Anda boleh menulis soalan di papan tulis dan meminta jawapan. Anda mungkin boleh bercakap tentang apa yang kita lakukan untuk membina hubungan dengan seorang kawan atau ahli keluarga. Bagaimanakah ini serupa dengan—dan berbeza dari—cara kita membina hubungan dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Bagaimanakah Yesus Kristus membantu kita mendekati Dia dan Bapa-Nya? Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk membaca tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” untuk membantu mereka menjawab soalan ini. Para remaja mungkin mendapat manfaat dari mengkaji ayat-ayat ini secara berpasangan dan berkongsi apa yang mereka pelajari.

  • Tidak ada orang yang lebih dekat kepada Tuhan Bapa daripada Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus. Apakah yang kita pelajari daripada Juruselamat tentang lebih mendekati Tuhan? Ahli kelas dan kuorum boleh merenungkan soalan ini semasa mereka membaca Lukas 22:41–43; Yohanes 6:38; 17:3, 20–23; 3 Nefi 11:11; Ajaran dan Perjanjian 50:43. Bagaimanakah kita boleh menjadi satu dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

  • Dalam pesanannya “Juruselamat Peribadi Kita,” Elder Michael John U. Teh mengingati suatu masa ketika dia sedar, “Apa yang saya tahu tentang Juruselamat sangat lebih daripada saya mengenali Dia” (Liahona, Mei 2021, 99). Anda boleh meminta kelas atau kuorum anda untuk membincangkan perbezaan antara mengetahui tentang Yesus Kristus dan benar-benar mengenali-Nya. Mereka boleh bercakap tentang apa yang mereka lakukan untuk mengetahui tentang Dia dan apa yang mereka lakukan untuk benar-benar mengenali-Nya. Kemudian mereka boleh mencari sebahagian pesanan Elder Teh untuk mencari nasihat yang dia berikan tentang cara untuk benar-benar mengenali Juruselamat. Bagaimanakah kehidupan kita telah diberkati dengan usaha untuk mengenali-Nya?

  • Ahli kelas atau kuorum boleh menyenaraikan idea-idea tentang bagaimana untuk memperbaiki hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi. Jemput mereka untuk berkongsi sesuatu dari senarai mereka. Jika boleh, mereka mungkin suka membuat video pendek yang menggambarkan bagaimana mereka lebih mendekati Tuhan.

remaja puteri sedang membaca kitab suci

Apabila kita mengenali Juruselamat dan mematuhi perintah-perintah-Nya, kita akan tetap dalam kasih-Nya (lihat Yohanes 15:10).

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Juruselamat bersedia untuk pelayanan duniawi-Nya dengan berdoa dan berpuasa agar Dia dapat mendekati Bapa-Nya (lihat Matius 4:1–2; Lukas 4:1–2). Semasa anda bersedia untuk mengajar, luangkan masa untuk mencari bimbingan Bapa Syurgawi, kerana anda mengajar anak-anak-Nya!