Perjanjian Baru 2023
25 Jun. Apakah Makna Korban Tebusan Juruselamat kepada Saya? Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19


“25 Jun. Apakah Makna Korban Tebusan Juruselamat kepada Saya? Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“25 Jun. Apakah Maksud Korban Tebusan Yesus Kristus kepada Saya?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

Korban Tebusan Juruselamat: Asas Agama Kristian Sejati, oleh Kirk Richards

The Savior’s Atonement: Foundation of True Christianity [Korban Tebusan Juruselamat: Asas Agama Kristian Sejati], oleh Kirk Richards

Jun 25

Apakah Makna Korban Tebusan Juruselamat kepada Saya?

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita telah lebih mendekati Juruselamat? Bagaimanakah kita berusaha untuk menjadi lebih seperti Dia?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang terlintas dalam fikiran kita sejak akhir-akhir ini? Bagaimanakah kita boleh membantu individu-individu ini?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjawab soalan rakan-rakan kita tentang Gereja, yang dapat memperkukuhkan iman mereka terhadap Juruselamat?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah beberapa cara untuk kita berhubung dengan ahli keluarga lain, seperti datuk dan nenek dan sepupu?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Elder David A. Bednar telah memerhatikan bahawa beberapa Orang Suci Zaman Akhir “kelihatan mempunyai iman dalam Juruselamat, tetapi mereka tidak mempercayai berkat-berkat yang telah dijanjikan-Nya tersedia untuk mereka” (“Sekiranya Kamu Mengenal Aku,” Liahona, Nov. 2016, 104). Dalam kata lain, walaupun kita percaya bahawa Yesus Kristus menderita dan mati untuk dosa-dosa dunia, kita mungkin tertanya-tanya jika Dia menderita dan mati khususnya untuk dosa-dosa kita. Pernahkah anda merasa seperti itu? Bagaimanakah pelajar dalam kelas atau kuorum anda mendapat manfaat dari memahami bahawa Korban Tebusan Juruselamat berkaitan dengan mereka secara peribadi? Bagaimanakah anda boleh membantu mereka?

Renungkan soalan-soalan ini semasa anda membaca tentang Penyaliban Juruselamat minggu ini. Semasa anda bersedia untuk mengajar tentang sifat peribadi Korban Tebusan Kristus, anda boleh mengkaji pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?” (Liahona, Mei 2021, 75–77).

Belajar Bersama

Jemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang Penyaliban Juruselamat minggu ini dalam Perjanjian Baru dan perasaan mereka tentang Juruselamat. Untuk membantu mendorong mereka, anda boleh bertanya soalan seperti “Apakah yang kita pelajari tentang Yesus Kristus dari perkara-perkara yang Dia katakan dan lakukan pada waktu-waktu terakhir-Nya?” Contohnya, anda boleh meneroka keadaan ketika Juruselamat, semasa menderita untuk semua orang, masih memandang mereka di sekeliling-Nya dengan rasa kasihan (lihat, sebagai contoh, Lukas 23:34, 39–43; Yohanes 19:25–27). Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang bagaimana Korban Tebusan Yesus Kristus adalah universal dan peribadi. Aktiviti-aktiviti seperti berikut dapat membantu anda membincangkan lebih lanjut tentang Korban Tebusan Juruselamat.

  • Dalam perenggan pertama pesanannya “Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?,” Presiden Dallin H. Oaks menggambarkan perbualan dengan seorang wanita yang tidak yakin bahawa Yesus Kristus telah melakukan apa-apa pun untuknya. Ahli-ahli kelas atau kuorum boleh membaca perenggan itu, meletakkan diri mereka di tempat Presiden Oaks. Apakah yang kita akan katakan kepada wanita ini? Anda boleh memberi setiap ahli kelas atau kuorum salah satu bahagian bernombor dalam pesanan Presiden Oaks. Menggunakan apa yang mereka pelajari, bersama dengan pengalaman mereka sendiri, mereka kemudiannya boleh berkongsi jawapan mereka sendiri kepada soalan “Apakah yang Yesus Kristus telah lakukan untuk saya?”

  • Untuk mengilhami perbincangan tentang bagaimana Korban Tebusan Juruselamat mempengaruhi kita secara peribadi, anda boleh menulis di papan tulis frasa seperti Kerana Yesus Kristus menderita dan mati untuk semua orang … . Ahli kelas atau kuorum boleh mencadangkan cara-cara untuk melengkapkan ayat tersebut. Kemudian anda boleh mengubah frasa untuk membaca Kerana Yesus Kristus menderita dan mati untuk saya … dan menjemput cadangan tambahan. Semasa ahli kelas atau kuorum membincangkan kenyataan-kenyataan ini, galakkan mereka untuk membaca tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Apakah yang tulisan suci ini ajarkan kita tentang pengaruh Korban Tebusan Juruselamat dalam kehidupan individu kita?

  • Satu lagi cara untuk mengkaji tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” adalah dengan menjemput para remaja gantikan kata-kata dalam ayat-ayat supaya ayat-ayat itu ditujukan terus kepada mereka. Bagaimanakah tindakan ini mempengaruhi perasaan kita tentang kebenaran dalam ayat-ayat tersebut? Bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran kita untuk pengorbanan yang Juruselamat telah lakukan bagi kita?

  • Muzik kudus boleh bersaksi dengan berkuasa tentang Yesus Kristus. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas atau kuorum datang bersedia untuk berkongsi lagu rohani yang membantu mereka merasakan kuasa Korban Tebusan Juruselamat dalam kehidupan mereka sendiri. (Mereka boleh melihat nyanyian rohani sakramen atau judul “Yesus Kristus—Juruselamat” dalam topik indeks Nyanyian Rohani.) Minta ahli kelas atau kuorum untuk mengenal pasti frasa dalam lagu rohani yang membantu mereka merasakan kasih Juruselamat secara peribadi terhadap mereka. Anda juga boleh bercakap tentang bagaimana pengorbanan Juruselamat mempengaruhi kehidupan harian kita. Contohnya, bagaimanakah ia mempengaruhi pilihan yang kita buat?

Kristus di Getsemani

Christ in Gethsemane [Kristus di Getsemani], oleh Michael Malm

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Ungkapan kasih ikhlas seperti Kristus mempunyai kuasa yang besar untuk melembutkan hati ahli-ahli kelas yang bergelut dengan injil. Sering kali individu-individu ini perlu tahu bahawa mereka diperlukan dan dikasihi.