Perjanjian Baru 2023
9 Julai. Bagaimanakah Yesus Kristus Memimpin Gereja-Nya? Kisah Rasul-Rasul 1–5


“9 Julai. Bagaimanakah Yesus Kristus Memimpin Gereja-Nya? Kisah Rasul-Rasul 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“9 Julai. Bagaimanakah Yesus Kristus Memimpin Gereja-Nya?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

Rasul Petrus bercakap kepada orang ramai

Selepas Kebangkitan-Nya, Juruselamat memimpin Gereja-Nya melalui para Rasul-Nya, termasuk Petrus.

9 Julai

Bagaimanakah Yesus Kristus Memimpin Gereja-Nya?

Kisah Rasul-Rasul 1–5

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Apakah topik yang lembaga uskup bincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian kita? Apakah yang kita boleh lakukan sebagai kelas atau kuorum berdasarkan perbincangan tersebut?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita boleh menjangkau orang ramai seperti Kristus apabila kita melihat keperluan dan tidak tahu apa yang harus dikatakan?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah yang kita temui dalam injil Yesus Kristus yang memberi kita kebahagiaan? Bagaimanakah kita boleh berkongsi kebahagiaan itu dengan orang lain?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah yang kita lakukan untuk mencari nama nenek moyang kita yang memerlukan tatacara bait suci? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu orang mencari nama nenek moyang mereka?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Ia adalah satu perkara untuk mengetahui bahawa Gereja adalah baik, bahawa Gereja mengajar asas-asas yang benar, atau bahawa Gereja dapat membantu anda menjadi orang yang lebih baik. Ia adalah perkara lain untuk mengetahui bahawa Gereja hari ini adalah Gereja Yesus Kristus, yang ditubuhkan oleh Dia dan dipimpin secara peribadi dan berterusan oleh-Nya melalui seorang nabi yang hidup. Kitab Kisah Rasul-Rasul memberi banyak bukti bahawa Juruselamat terlibat dalam pimpinan Gereja-Nya. Semasa anda mengkaji bab 1–5, carikan bukti itu, dan renungkan bagaimana anda tahu bahawa Dia terus memimpin Gereja-Nya hari ini. Bagaimanakah pengetahuan ini telah memberkati anda?

Adakah para remaja yang anda ajar mempunyai kesaksian bahawa Gereja mereka dipimpin oleh Juruselamat Sendiri? Bagaimanakah kesaksian sedemikian memberkati mereka? Bagaimanakah anda boleh membantu mereka memperoleh atau menguatkan kesaksian ini? Selain daripada mengkaji Kisah Rasul-Rasul 1–5, anda juga boleh membaca pesanan Elder Quentin L. Cook “Berkat Wahyu yang Berterusan kepada Nabi dan Wahyu Peribadi untuk Membimbing Kehidupan Kita” (Liahona, Mei 2020, 96–100).

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan anda, anda boleh menulis di papan tulis Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui wahyu kepada para Rasul-Nya. Ahli kelas atau kuorum boleh berkongsi sesuatu yang mereka temui dalam pengkajian mereka tentang Kisah Rasul-Rasul 1–5 yang menyokong pernyataan ini. (Jika perlu, anda boleh mengarahkan mereka ke Kisah Rasul-Rasul 1:1–8; 2:36–39; 4:1–13, 31–33.) Apakah bukti yang kita lihat bahawa Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya dalam cara yang sama hari ini? Aktiviti-aktiviti seperti berikut dapat membantu mereka yang anda ajar menguatkan iman mereka terhadap kebenaran penting ini.

  • Anda boleh menyediakan beberapa soalan seperti berikut: Bagaimanakah Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya? Bagaimanakah kita dapat meningkatkan iman kita bahawa Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya? Mengapakah anda mempercayai nabi dan rasul Tuhan? Berikan setiap ahli kelas atau kuorum salah satu soalan, dan jemput mereka untuk merenungkan soalan dan memikirkan tulisan suci yang boleh membantu mereka menjawabnya (jika perlu, lihat “Sumber-sumber Berkaitan” untuk beberapa idea). Kemudian berikan masa untuk semua orang berkongsi dan membincangkan apa yang mereka telah pelajari.

  • Untuk membantu kelas atau kuorum melihat bagaimana Tuhan memimpin Gereja-Nya, anda boleh menjemput mereka untuk mengkaji semula bahagian pertama pesanan Elder Quentin L. Cook “Berkat Wahyu yang Berterusan kepada Nabi dan Wahyu Peribadi untuk Membimbing Kehidupan Kita.” Setiap ahli kelas atau kuorum boleh berkongsi sesuatu dari pesanan yang membantu mereka mengetahui bahawa Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya secara aktif dan peribadi. Apakah pemahaman lain yang kita temui dalam tulisan suci di bawah “Sumber-sumber Berkaitan”?

  • Ia juga boleh membantu bagi para remaja untuk mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana Tuhan memimpin bahagian anda. Anda boleh meminta para remaja untuk berkongsi contoh-contoh bagaimana Tuhan membimbing pemimpin bahagian individu, termasuk presiden kelas atau kuorum. Sepanjang minggu sebelum kelas, anda boleh meminta beberapa pemimpin bahagian untuk berkongsi—secara bersemuka atau secara elektronik—pengalaman yang menunjukkan bagaimana Tuhan membimbing mereka. Ahli kelas atau kuorum boleh mencari contoh tambahan dalam pesanan Presiden Henry B. Eyring “Tuhan Memimpin Gereja-Nya” (Liahona, Nov. 2017, 81–84). Mengapakah ia penting untuk percaya bahawa Tuhan mengilhami pemimpin bahagian kita?

  • Sesetengah orang merasakan bahawa jika kita orang baik dan melakukan hal-hal yang baik, kita tidak memerlukan gereja. Anda boleh menanya para remaja bagaimana mereka akan bertindak balas terhadap ini. Dalam pesanannya “Keperluan untuk Gereja” (Liahona, Nov. 2021, 24–26), Presiden Dallin H. Oaks memberi beberapa sebab mengapa gereja-gereja, termasuk Gereja Tuhan yang dipulihkan, adalah penting. Para remaja boleh mencari pesanan ini secara berpasangan, dalam kumpulan kecil, atau sebagai kelas atau kuorum dan berkongsi apa yang mereka temui.

pertemuan remaja putera

Tuhan membimbing Gereja-Nya melalui wahyu, termasuklah presidensi kelas dan kuorum.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Untuk menjemput Roh ke dalam pengajaran anda, galakkan orang lain untuk berkongsi kesaksian peribadi mereka tentang kebenaran yang anda bincangkan.