Keperluan Untuk Gereja
Tulisan suci mengajarkan dengan jelas asal dan keperluan untuk Gereja yang diarahkan oleh dan dengan wewenang Tuhan kita, Yesus Kristus.
Beberapa tahun yang lalu, Elder Mark E. Petersen, seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul, memulakan ucapan dengan contoh ini:
“Kenneth dan isterinya, Lucille, adalah orang baik, jujur dan benar. Mereka tidak pergi ke gereja, dan mereka rasa mereka boleh menjadi cukup baik tanpa gereja. Mereka mengajar anak-anak mereka kejujuran dan hemah dan mereka mengajar semua yang Gereja akan lakukan.
“Dan, mereka juga menegas bahawa hujung minggu adalah masa mereka untuk rekreasi keluarga … [dan] hadiri gereja akan menghalang mereka.”1
Hari ini, pesanan saya tentang orang yanga baik dan berfikiran agama yang telah berhenti hadiri atau sertai gereja-gereja mereka.2 Apabila saya kata “gereja-gereja,” saya turut menyentuh saumaah, masjid atau organisasi agama lain. Kami khuatir kehadiran dalam semua [tempat] ini menurun dengan ketara di seluruh negara.3 Jika kita berhenti hargai gereja-gereja kita untuk sebab apa pun, kita mengancam kehidupan rohani peribadi kita, dan jumlah besar yang memisahkan diri mereka daripada Tuhan mengurangkan berkat-berkat-Nya kepada bangsa-bangsa kita.
Kehadiran dan aktiviti dalam gereja membantu kita menjadi orang dan pengaruh yang lebih baik dalam kehidupan orang lain. Dalam gereja kita diajar bagaimana untuk mengaplikasikan asas-asas agama. Kita belajar dari satu sama lain. Contoh meyakinkan adalah lebih berkuasa daripada satu khutbah. Kita diperkukuhkan dengan pergaulan sesama yang mempunyai fikiran sama. Dalam kehadiran dan penyertaan gereja, hati kita, seperti Alkitab katakan, “bersatu kerana saling mengasihi.”4
I.
Tulisan suci yang Tuhan berikan kepada orang Kristian dalam Alkitab dan dalam wahyu moden jelas mengajar keperluan untuk sebuah gereja. Keduanya menunjukkan Yesus Kristus mengorganisasikan sebuah gereja dan firmankan gereja akan terus melaksanakan pekerjaan-Nya. Dia memanggil Dua Belas Rasul dan memberi mereka wewenang dan kunci-kunci untuk memimpinnya. Alkitab ajarkan, Kristus adalah “ketua kepada jemaah”5 dan para hambanya diberikan untuk “melakukan pelayanan yang sepatutnya dilakukan oleh pengikut Kristus, sehingga tubuh Kristus dikuatkan.”6 Pastinya Alkitab menjelaskan asal gereja dan keperluannya sekarang.
Ada yang berkata hadiri pertemuan gereja tidak membantu mereka. Ada yang berkata, “Saya tidak belajar apa-apa hari ini” atau “Tiada orang yang ramah kepada saya” atau “Saya tersinggung.” Kekecewaan peribadi tidak seharusnya menjauhkan kita dari ajaran Kristus, yang mengajar kita untuk melayani, bukan untuk dilayani.7 Dengan fikiran ini, seorang ahli menggambarkan fokus kehadiran gerejanya.
“Bertahun yang lalu, saya mengubah sikap saya tentang pergi ke gereja. Aku tidak lagi pergi ke gereja demi kepentingan saya, tetapi untuk orang lain. Saya menyapa orang-orang yang duduk bersendirian, mengalu-alukan pelawat, … sukarela untuk tugasan. …
“Ringkasnya, saya pergi ke gereja setiap minggu dengan niat untuk menjadi aktif, bukan pasif dan membuat perbezaan positif dalam kehidupan orang.”8
Presiden Spencer W. Kimball mengajar “kita tidak pergi ke pertemuan Hari Sabat untuk dilayani atau hanya untuk diarahkan. Kita pergi menyembah Tuhan. Ia adalah tanggungjawab individu. … Jika pelayanan itu gagal bagi anda, anda telah gagal. Tidak seorang pun dapat menyembah untuk anda; anda mesti melakukannya sendiri kepada Tuhan.”9
Kehadiran Gereja boleh membuka hati kita dan menguduskan jiwa kita.
Dalam gereja kita tidak hanya sendirian melayani atau atas pilihan atau kemudahan diri. Kita biasanya melayani dalam satu pasukan. Dalam pelayanan kita temukan peluang-peluang syurgawi untuk bangkit melebihi sikap individualisme kita. Pelayanan Gereja membantu kita mengatasi sikap pentingkan diri yang dapat membantut perkembangan rohani kita.
Terdapat juga kelebihan penting lain untuk [saya] sebut, bahkan secara ringkas. Di gereja kita bergaul dengan orang-orang menakjubkan yang berusaha melayani Tuhan. Ini mengingatkan kita bahawa kita tidak keseorangan dalam kegiatan keagamaan kita. Kita semua perlukan penglibatan orang lain, dan penglibatan gereja adalah antara yang terbaik yang kita boleh alami, bagi kita, pasangan dan anak-anak kita. Tanpa penglibatan itu, terutamanya di antara anak-anak dan ibu bapa yang beriman, kajian menunjukkan kesukaran untuk membesarkan anak-anak dalam iman mereka.10
II.
Setakat ini, saya telah berbicara tentang gereja-gereja secara umumnya. Sekarang saya berucap sebab-sebab istimewa untuk keahlian, kehadiran dan penyertaan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.
Kami menegaskan bahawa tulisan suci, zaman dahulu dan moden, dengan jelas mengajarkan asal dan keperluan untuk Gereja yang diarahkan oleh dan dengan wewenang Tuhan kita, Yesus Kristus. Kami juga bersaksi Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan ditubuhkan untuk mengajar kegenapan ajaran-Nya dan gunakan wewenang imamat-Nya untuk melaksanakan tatacara-tatacara yang perlu untuk masuk kerajaan Tuhan.11 Ahli-ahli yang meninggalkan kehadiran Gereja dan hanya bergantung pada kerohanian individu mengasingkan diri mereka dari keperluan injil ini: kuasa dan berkat imamat, kegenapan ajaran yang dipulihkan dan motivasi serta peluang untuk menggunakan ajaran itu. Mereka kehilangan peluang untuk melayakkan diri untuk membina keluarga mereka untuk keabadian.
Satu lagi kelebihan Gereja yang dipulihkan adalah ia membantu kita berkembang secara rohani. Perkembangan bermaksud perubahan. Dalam istilah rohani ini bermaksud bertaubat dan berusaha untuk mendekati Tuhan. Dalam Gereja yang dipulihkan kita mempunyai ajaran, prosedur dan pembantu yang diilhami yang membantu kita bertaubat. Tujuan majlis keahlian bukanlah suatu hukuman, seperti keputusan mahkamah jenayah. Majlis keahlian Gereja dengan penuh kasih membantu kita menjadi layak untuk belas kasihan pengampunan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
Kerohanian individu tidak kerap memberi motivasi dan struktur bagi pelayanan tidak pentingkan diri yang disediakan oleh Gereja yang dipulihkan. Contoh hebat ini adalah remaja putera dan puteri dan senior yang mengetepikan aktiviti persekolahan atau persaraan mereka untuk menerima panggilan penginjil. Mereka bekerja sebagai penginjil kepada orang asing di tempat yang mereka tidak pilih. Sama juga ahli-ahli beriman yang terlibat dalam pelayanan tidak mementingkan diri yang kita panggil “pekerjaan bait suci.” Tidak ada pelayanan sedemikian yang boleh tejadi tanpa Gereja yang menajanya, menubuhkannya, dan mengarahkannya.
Iman dan pelayanan Gereja para ahli kita telah mengajar mereka bagaimana untuk bekerjasama demi manfaat komuniti yang lebih besar. Pengalaman dan perkembangan seperti itu tidak berlaku dalam sikap individualisme yang begitu berleluasa dalam amalan masyarakat kita sekarang. Dalam organisasi bahagian tempatan kita, kita bergaul dan bekerja bersama orang yang kita mungkin tidak pilih, orang yang mengajar kita dan menguji kita.
Selain membantu kita pelajari kualiti rohani seperti kasih, belas kasihan, keampunan, dan kesabaran, ini memberi kita peluang untuk belajar bagaimana bekerja bersama orang yang mempunyai latar belakang dan keutamaan yang berbeza. Kelebihan ini telah membantu banyak ahli kita dan banyak organisasi yang diberkati kerana penyertaan mereka. Orang Suci Zaman Akhir dikenal kerana keupayaan untuk memimpin dan bersatu dalam usaha-usaha bersama. Tradisi itu berasal dari para perintis berani kita yang menjajah Intermountain West dan menubuhkan tradisi kita kerjasama yang tidak pentingkan diri demi kebaikan bersama.
Kebanyakan usaha kemanusiaan dan kasih ihsan perlu dicapai dengan menggabungkan dan menguruskan sumber individu dalam skala yang besar. Gereja yang dipulihkan melakukan ini dalam usaha kemanusiaannya yang besar di seluruh dunia. Ini termasuk mengagihkan bekalan pendidikan dan perubatan, memberi makan kepada yang lapar, menjaga pelarian, membantu mengatasi kesan ketagihan, dan lain-lain. Ahli-ahli Gereja kita dikenali untuk projek Helping Hands mereka dalam bencana alam. Keahlian Gereja membenarkan kita menjadi sebahagian dalam usaha berskala besar itu. Para ahli juga membayar sumbangan puasa untuk membantu yang miskin.
Selain merasa kedamaian dan kegembiraan melalui penemanan Roh, ahli-ahli yang menghadiri Gereja menikmati buah menjalani injil, seperti berkat-berkat menjalani Kata-kata Bijaksana dan kemakmuran duniawi dan rohani yang dijanjikan kerana menjalani hukum persepuluhan. Kita juga miliki berkat nasihat dari para pemimpin yang diilhami.
Terulung antara semua ini adalah tatacara-tatacara imamat yang perlu untuk keabadian, termasuk sakramen yang kita terima setiap hari Sabat. Tatacara kemuncak dalam Gereja yang dipulihkan adalah perjanjian kekal perkahwinan, yang memungkinkan perhubungan keluarga yang mulia. Presiden Russell M. Nelson mengajar asas ini dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Dia berkata “Kita tidak boleh mengangan-angankan jalan kita ke hadirat Tuhan. Kita harus mematuhi hukum-hukum di atasnya [berkat itu] dilandaskan.”12
Salah satu hukum itu adalah untuk menyembah di gereja setiap hari Sabat.13 Penyembahan dan menjalankan asas-asas abadi mendekatkan kita kepada Tuhan dan membesarkan dan mengusahakan keupayaan kita untuk mengasihi. Parley P. Pratt, salah seorang Rasul asal zaman keagamaan ini, menggambarkan perasaannya ketika Nabi Joseph Smith menjelaskan asas-asas ini: “Saya merasakan Tuhan adalah Bapa Syurgawi saya; Yesus adalah abang saya, dan isteri terkasih saya adalah teman baqa dan abadi: seorang malaikat pelayan yang baik, diberikan kepada saya untuk penghiburan, dan mahkota kemuliaan selama-lamanya. Ringkasnya, sekarang saya boleh mengasihi dengan roh dan dengan pemahaman juga.”14
Sebagai penutupan, saya ingatkan semua bahawa kita tidak percaya bahawa kebaikan hanya boleh dicapai melalui gereja. Di luar gereja, kita melihat berjuta-juta orang menyokong dan melaksanakan perbuatan baik yang tidak terhitung banyaknya. Secara individu, Orang Suci Zaman Akhir terlibat dalam kebanyakannya. Kita melihat pekerjaan ini sebagai pernyataan kebenaran abadi bahawa “Roh memberikan cahaya kepada setiap orang yang datang ke dunia.”15
Walaupun perbuatan baik yang boleh dicapai tanpa gereja, kegenapan ajaran dan tatacara keselamatan dan kemuliaan hanya boleh didapati dalam Gereja yang dipulihkan. Selain itu, kehadiran Gereja memberi kita kekuatan dan peningkatan iman yang datang dari bersatu dengan orang yang percaya dan menyembah bersama mereka yang berusaha untuk kekal pada jalan perjanjian dan menjadi pengikut Kristus yang lebih baik. Saya berdoa agar kita semua tidak tergoyah dalam pengalaman Gereja ini semasa kita mencari kehidupan abadi, kurnia terbesar dari semua kurnia Tuhan, dalam nama Yesus Kristus, amin.