Persidangan Umum
Untuk Menjadi Pengikut Kristus
Persidangan Umum Oktober 2021


9:49

Untuk Menjadi Pengikut Kristus

Untuk menjadi pengikut Kristus ialah untuk berusaha menyamakan tindakan, kelakuan dan kehidupan kita kepada Juruselamat.

Dalam kajian tulisan suci peribadi saya, saya kagum dengan penukaran hati Saulus dari Tarsus, yang kemudian dikenali sebagai Paulus, seperti yang digambarkan dalam Alkitab.

Paulus seorang lelaki yang aktif dalam penganiayaan Gereja dan orang Kristian. Tetapi kerana kuasa syurga dan Korban Tebusan Yesus Kristus, dia diubah sepenuhnya dan menjadi salah seorang hamba Tuhan yang hebat. Teladan kehidupannya ialah Juruselamat Yesus Kristus.

Dalam ajaran Paulus kepada orang Korintus, dia menjemput mereka untuk menjadi pengikut-pengikutnya seperti dia sendiri seorang pengikut Kristus (lihat 1 Korintus 11:1). Inilah jemputan yang ikhlas dan sah dari zaman Paulus sehingga hari ini: untuk menjadi pengikut Kristus.

Saya mula merenungkan maksud menjadi pengikut Kristus. Dan yang lebih penting, saya mula bertanya, “Cara manakah saya harus mengikuti Dia?

Untuk menjadi pengikut Kristus ialah berusaha menyamakan tindakan, kelakuan dan kehidupan kita kepada Juruselamat. Untuk menjadi pengikut Kristus ialah untuk memperoleh hemah. Ia adalah untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang benar.

Saya telah mengkaji beberapa aspek kehidupan Juruselamat, dan saya mengamalkan empat sifat-Nya yang saya cuba ikut dan berkongsi kepada anda melalui pesanan saya hari ini.

Sifat pertama Juruselamat adalah kerendahan hati. Yesus Kristus amat rendah hati sejak kehidupan pra-fana. Di Majlis di Syurga, Dia mengenali dan membenarkan kehendak Tuhan menang dalam rancangan keselamatan bagi umat manusia. Dia berkata, “Bapa, kehendak-Mu dilakukan, dan kemuliaan adalah milik-Mu selamanya” (Musa 4:2).

Kita tahu bahawa Yesus Kristus mengajar kerendahan hati dan merendahkan diri-Nya untuk memuliakan Bapa-Nya.

Marilah kita hidup dalam kerendahan hati kerana ia membawa kedamaian (lihat Ajaran dan Perjanjian 19:23). Kerendahan hati mendahului kemuliaan, dan ia membawa pertolongan Tuhan kepada kita: “Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana Tuhan menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati” (1 Petrus 5:5). Kerendahan hati membawa jawapan yang lembut. Ia adalah sumber watak yang soleh.

Elder Dale G. Renlund mengajar:

“Individu yang merendahkan hati di hadapan Tuhan mengingati apa yang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus telah lakukan untuk mereka.”

“Kita bertindak dengan hormat kepada Tuhan dengan merendahkan hati di hadapan-Nya” (“Berlaku adil, Berbelas Kasihan, dan Merendahkan Hati di Hadapan Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 111, 109).

Sifat kedua Juruselamat adalah keberanian. Apabila saya berfikir tentang Yesus Kristus sewaktu berumur 12 tahun, berada di bait suci Tuhan di kalangan alim ulama hukum dan mengajar mereka hal ilahi, saya perhatikan pada awal hidup-Nya, Dia miliki suatu keberanian yang istimewa. Kebanyakan orang akan menyangka budak lelaki itu diajar oleh alim ulama hukum, tetapi Dialah yang mengajar ketika “mereka mendengarkan Dia, dan menanyakan soalan kepada-Nya.” (Terjemahan Joseph Smith, Lukas 2:46).

Kami melayan misi penuh masa di Misi Demokratik Republik Demokratik Congo Mbuji-Mayi dari 2016 ke 2019. Cara berjalan dari satu zon ke zon yang lain ialah melalui jalan raya. Fenomena telah timbul di kawasan itu, dengan para penyamun yang disenjatai dengan pisau masuk jalan raya dan mengacau orang.

Lima penginjil yang melakukan perjalanan dari satu zon ke zon yang lain pada hari pemindahan menjadi mangsa kekacauan ini. Setelah menjadi mangsa fenomena ini pada masa lalu, kami mula takut bagi nyawa dan keselamatan kami semua, bahkan risau melakukan perjalanan di jalan raya ini untuk melawat penginjil dan mengadakan persidangan zon. Kami tidak tahu berapa lama ini dapat bertahan. Saya sediakan laporan dan saya hantar kepada Presidensi Kawasan. Saya menyatakan perasaan takut saya tentang penerusan perjalanan sedangkan jalan raya ialah satu-satunya cara untuk sampai ke penginjil kami.

Dalam balasannya, Elder Kevin Hamilton, Presiden Kawasan Tenggara Afrika, menulis kepada saya: “Nasihat saya ialah untuk melakukan yang terbaik. Jadilah bijak dan berdoa. Janganlah dengan sedar meletakkan diri anda atau para penginjil anda dalam keadaan bahaya, tetapi pada masa yang sama maju dalam iman. ‘Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri’ (2 Timotius 1:7).”

Dorongan ini menguatkan kami dan membolehkan kami untuk terus melakukan perjalanan dan melayan dengan berani sehingga akhir misi kami. Ini sebab kami mendengar arahan daripada Bapa kami di Syurga melalui tulisan suci itu.

Dalam tulisan suci moden, kita membaca kata-kata berilham dari nabi Joseph Smith merenungkan galakan Tuhan kepada kita: “Para saudara, adakah kita tidak akan meneruskan dalam tujuan yang sedemikian besar? Majulah dan janganlah mundur. Beranilah, saudara-saudara; dan maju, majulah menuju kemenangan!” (Ajaran dan Perjanjian 128:22).

Marilah kita miliki keberanian untuk melakukan apa yang benar, walaupun ia tidak popular, keberanian untuk mempertahankan iman kita dan bertindak melalui iman. Marilah kita miliki keberanian untuk bertaubat setiap hari, keberanian untuk menerima kehendak Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Marilah kita miliki keberanian untuk hidup dengan soleh dan melakukan apa yang diharapkan daripada kita dalam pelbagai tanggungjawab dan jawatan kita.

Sifat ketiga Juruselamat adalah keampunan. Semasa pelayanan fana-Nya, Juruselamat menghalang seorang wanita yang telah ditangkap berzina daripada direjam. Dia memerintah wanita itu untuk “pergilah, dan janganlah berdosa lagi” (Yohanes 8:11). Ini menggerakkannya ke arah pertaubatan dan keampunan, kerana seperti tulisan suci mencatat, “wanita itu memuliakan Tuhan dari saat itu dan percaya pada nama-Nya” (lihat Joseph Smith Translation, John 8:11).

Semasa pertemuan rohani Krismas pada bulan Disember 2018, Presiden Russell M. Nelson berucap tentang empat kurnia yang kita telah terima dari Juruselamat. Dia berkata bahawa satu kurnia yang Juruselamat tawarkan ialah keupayaan untuk mengampuni.

“Melalui Korban Tebusan-Nya yang tak terhingga, anda boleh mengampuni mereka yang telah melukakan anda dan yang mungkin tidak akan bertanggungjawab atas kekejaman mereka kepada anda.

“Biasanya ialah mudah untuk mengampuni orang yang mencari keampunan anda dengan ikhlas dan rendah hati. Namun Juruselamat akan memberi anda keupayaan untuk mengampuni sesiapa yang telah menganiaya anda dalam apa cara pun” (“Four Gifts That Jesus Christ Offers to You” [First Presidency Christmas devotional, 2 Dis. 2018], broadcasts.ChurchofJesusChrist.org).

Marilah kita mengampuni satu sama lain dengan ikhlas untuk mendapatkan keampunan Bapa. Pengampunan membebaskan kita dan membuat kita layak untuk mengambil sakramen setiap Hari Ahad. Pengampunan diperlukan daripada kita untuk benar-benar menjadi pengikut Yesus Kristus.

Sifat keempat Juruselamat adalah pengorbanan. Ia sebahagian Injil Yesus Kristus. Juruselamat memberi korban agung nyawa-Nya untuk kita supaya kita akan ditebus. Merasa kesakitan pengorbanan, Dia minta Bapa-Nya untuk mengambil cawan itu, tetapi Dia melaksanakan sepenuhnya korban abadi itu. Ini adalah Korban Tebusan Yesus Kristus.

Presiden M. Russell Ballard mengajar ini: “Pengorbanan ialah pertunjukan kasih sejati. Tahap kasih kita kepada Tuhan, untuk injil, dan bagi sesama kita boleh diukur dengan apa yang kita rela korbankan untuk mereka” (“The Blessings of Sacrifice,” Ensign, Mei 1992, 76).

Kita boleh mengorbankan masa kita untuk melaksanakan pelayanan, melayani orang lain, melakukan kebaikan, melakukan kerja sejarah keluarga, dan memenuhi panggilan Gereja kita.

Kita boleh memberikan secara kewangan dengan membayar persepuluhan, sumbangan puasa, dan dermaan lain untuk membina kerajaan Tuhan di bumi. Kita perlu berkorban untuk mentaati perjanjian yang kita telah buat dengan Juruselamat.

Doa saya ialah bahawa dengan mengikuti Yesus Kristus dan menerima berkat-berkat Korban Tebusan-Nya, kita menjadi lebih rendah hati, kita lebih berani, kita mengampuni lebih banyak, dan kita lebih berkorban untuk kerajaan-Nya.

Saya bersaksi Bapa Syurgawi kita hidup dan Dia kenali semua secara individu. Yesus ialah Kristus, Presiden Russell M. Nelson ialah nabi Tuhan hari ini. Saya bersaksi bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah kerajaan Tuhan di bumi dan Kitab Mormon adalah benar. Dalam nama Yesus Kristus, Penebus kita, amin.