Satu Peratus Lebih Baik
Setiap usaha untuk berubah yang kita buat, tidak kira betapa kecilnya bagi kita, ia boleh bawa perbezaan terbesar dalam hidup kita.
Selama lebih dari satu abad, pasukan lumba basikal kebangsaan Great Britain telah jadi bahan ketawa dari dunia lumba basikal. Terbenam dalam prestasi tidak baik, pelumba British hanya dapat beberapa pingat emas dalam pertandingan Olimpik selama 100 tahun dan lebih teruk lagi, dalam acara lumba basikal terhebat, lumba tiga minggu Tour de France—tiada pelumba British pernah menang dalam 110 tahun. Lebih menyedihkan bagi pelumba British adalah ketika beberapa pengeluar basikal tidak mahu jual basikal kepada orang British kerana bimbang ia akan rosakkan reputasi mereka. Walaupun mencurahkan banyak sumber ke dalam teknologi canggih dan setiap rejimen latihan baharu, tidak ada yang berhasil.
Tiada apa-apa, sehingga tahun 2003, apabila perubahan kecil dan tidak diketahui telah berlaku yang akan ubah trajektori lumba basikal British selamanya. Pendekatan baharu itu juga akan dedahkan satu asas abadi—dengan satu janji—tentang kekerapan kita dalam usaha fana untuk perbaiki diri kita. Jadi apakah yang berlaku dalam lumba basikal British yang boleh digunakan untuk usaha peribadi kita untuk jadi anak perempuan dan lelaki Tuhan yang lebih baik?
Pada tahun 2003, Sir Dave Brailsford diupah. Tidak seperti jurulatih sebelumnya yang cuba dapatkan hasil dramatik, Sir Brailsford sebaliknya komited kepada strategi yang dia rujuk sebagai “pengumpulan hasil kecil.” Ini bermaksud melaksanakan pembaikan kecil dalam semua yang anda lakukan. Ia melibatkan pengukuran berterusan, statistik utama dan fokus pada pembaikan kelemahan tertentu.
Ia serupa dengan pengamalan nabi Samuel si bangsa Laman sebagai “berjalan dengan hati-hati.”1 Pandangan yang lebih luas dan menyeluruh ini mengelakkan tumpuan hanya pada masalah atau dosa yang jelas di depan mata. Kata Brailsford, “Seluruh asas datang dari idea bahawa jika anda pisahkan segala yang anda boleh fikirkan tentang menunggang basikal, kemudian memperbaikinya sebanyak 1 peratus, anda akan dapat peningkatan yang besar apabila anda gabungkannya semula.”2
Pendekatan-Nya sejajar dengan cara Tuhan, yang juga ajarkan kita kepentingan 1 peratus—walaupun merisikokan 99 peratus. Sudah tentu, Dia sedang ajarkan kewajipan injil untuk cari individu yang perlukannya. Tetapi bagaimana jika kita guna asas sama kepada asas kedua injil yang manis dan menyenangkan iaitu pertaubatan? Selain daripada tersentap oleh kesukaran antara dosa dan pertaubatan, bagaimana jika pendekatan kita adalah untuk memberi tumpuan tertentu—bahkan semasa kita meluaskannya? Adalah lebih baik kita melakukan satu perkara sahaja berbanding dengan kesemuanya?
Contohnya,bagaimana jika anda mempunyai kesedaran baharu, anda telah abaikan pembacaan Kitab Mormon seharian? Sebaliknya, daripada membaca semua 531 halaman dalam satu malam, bagaimana jika anda buat komitmen untuk baca hanya 1 peratus sahaja—hanya lima halaman—atau matlamat lain yang mudah bagi situasi anda? Bolehkah pengumpulan hasil kecil tetapi stabil dalam hidup kita akhirnya menjadi cara untuk menang bahkan termasuk kelemahan peribadi kita? Bolehkah pendekatan sebegini untuk mengatasi kelemahan kita benar-benar berkesan?
Penulis terkenal James Clear berkata strategi ini amat berkesan bagi kita. Dia tegaskan bahawa “tabiat adalah ‘hasil peningkatan untuk kemajuan diri.’ Jika anda boleh dapat hanya satu peratus lebih baik pada sesuatu setiap hari, pada akhir tahun anda akan jadi 37 kali lebih baik.”3
Hasil kecil Brailsford bermula dengan hal-hal ketara, seperti peralatan, kain dan pola latihan. Tetapi pasukan dia tidak berhenti di situ. Mereka terus cari 1 peratus pembaikan dalam kawasan yang terlepas pandang dan tidak dijangka seperti pemakanan, tidur, dan juga penyelenggaraan. Lama-kelamaan, pembaikan yang kelihatan kecil mendatang hasil besar, lebih cepat daripada jangkaan orang lain. Sesungguhnya, mereka ikuti asas abadi iaitu “baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit.”4
Akankah usaha kecil membawa “perubahan yang hebat”5 yang anda ingini? Jika dilaksanakan dengan betul, saya yakin 99 peratus ia akan berkesan! Tetapi satu peringatan dengan pendekatan ini adalah untuk jumlahan hasil kecil, mesti ada usaha yang konsisten, hari demi hari. Dan walaupun kita tidak akan sempurna, kita mesti berazam untuk cerminkan ketabahan kita dengan kesabaran. Buat sedemikian, ganjaran kesolehan yang meningkat akan bawa kebahagiaan dan kedamaian yang anda cari. Seperti yang Presiden Russell M. Nelson telah ajarkan: “Tiada apa-apa pun yang lebih membebaskan, lebih memuliakan, mahupun lebih penting bagi kemajuan individu kita daripada fokus harian yang tetap tentang pertaubatan. Pertaubatan bukanlah sebuah peristiwa tetapi sebuah proses. Ia merupakan kunci kepada kegembiraan dan kedamaian minda. Ketika digabungkan dengan iman, pertaubatan membolehkan kita mengguna kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus.”6
Berkenaan pertaubatan iaitu prasyarat iman, tulisan suci adalah jelas. Semua yang pada mulanya perlukan “segelintir iman.”7 Jika kita boleh kumpulkan mentaliti “biji sawi”,8 kita juga, boleh harapkan peningkatan yang tidak dijangka dan luar biasa dalam hidup kita. Tetapi ingatlah, seperti kami tidak cuba berubah jadi orang jahat kepada orang baik semalaman, begitu juga kita harus ubah pola perbaikan kita secara kecil. Walaupun perubahan yang diperlukan dalam hidup anda adalah besar, bermula pada skala kecil. Itu benar terutamanya jika anda berasa terbeban atau kecewa.
Proses ini tidak selalu dicapai dengan cara lurus dan jelas. Bahkan di antara yang orang paling berazam mungkin ada halangan. Setelah mengalami kekecewaan ini dalam hidup saya sendiri, saya tahu bahawa kadang kala ia rasa seperti 1 peratus ke depan dan 2 peratus mundur. Namun jika kita kekal berazam untuk bangkitkan kebaikan 1 peratus itu dengan konsisten, Dia yang telah “[tanggung] penderitaan kita”9 pasti akan sokong kita.
Jelasnya, jika kita terlibat dalam dosa-dosa yang berat, Tuhan adalah jelas; kita perlu berhenti, dapatkan bantuan daripada uskup kita, dan berpaling dari amalan tersebut dengan segera. Tetapi seperti yang nyata oleh Elder David A. Bednar: “Perkembangan rohani yang kecil, mantap, meningkat adalah langkah-langkah yang Tuhan ingin kita ambil. Bersedia untuk berjalan tidak bersalah di hadapan Tuhan adalah salah satu tujuan utama kefanaan dan pengejaran seumur hidup; ia tidak berhasil dari aktiviti rohani tidak konsisten”10
Jadi, adakah pendekatan kecil ini untuk pertaubatan dan perubahan benar berkesan? Adakah bukti dalam berbasikal, seperti yang saya ceritakan tadi? Pertimbangkan apa yang berlaku kepada lumba basikal British dalam dua dekad yang lalu sejak melaksanakan falsafah ini. Pelumba basikal British kini telah menang Tour de France enam kali. Semasa empat Sukan Olimpik yang lalu, Great Britain adalah negara yang paling berjaya dalam semua acara lumba basikal. Dan pada Olimpik Tokyo yang sudah tamat, UK memenangi lebih banyak pingat emas dalam lumba basikal daripada negara lain.
Tetapi jauh lebih bersinar dari perak atau emas, janji berharga kita di jalan keabadian adalah bahawa kita akan “[menang dalam] Kristus.”11 Dan apabila kita berjanji untuk buat pembaikan kecil dan kerap, kita dijanjikan “mahkota yang mulia dan kekal.”12 Dengan menikmati mahkota yang mulia dan kekal, saya jemput anda untuk periksa kehidupan anda dan lihat apa yang menghalang atau perlahankan anda pada jalan perjanjian. Kemudian lihat dengan lebih luas. Cari hal-hal yang menurut keupayaan diri boleh diperbaiki supaya mendatangkan kegembiraan manis dalam kemajuan diri.
Ingat, Daud guna hanya satu batu kecil untuk kalahkan gergasi yang kelihatan kebal. Tetapi dia ada empat batu lain sebagai persediaan. Sama seperti kejahatan dan takdir abadi Alma yang Muda telah berubah dengan satu fikiran mudah dan penting—ingatan ajaran ayahnya tentang rahmat penyelamatan Yesus Kristus. Dan begitu juga dengan Juruselamat kita yang tidak berdosa, “tidak menerima kegenapan pada mulanya, tetapi secara berterusan dari rahmat ke rahmat, sehingga dia menerima suatu kegenapan.”13
Dialah yang tahu apabila burung pipit jatuh yang fokus pada minit dan saat kecil dan dan besar dalam kehidupan kita dan Dia bersedia sekarang untuk bantu anda dalam apa jua pencarian 1 peratus anda yang akan datang dari persidangan ini. Kerana setiap usaha kita untuk berubah, tidak kira betapa kecil bagi kita, membawa perbezaan terbesar dalam hidup anda.
Untuk tujuan ini Elder Neal A. Maxwell ajarkan, “Setiap pernyataan keinginan yang soleh, setiap tindakan pelayanan, dan setiap tindakan penyembahan, walaupun kecil dan bertambah, menambah kepada momentum rohani kita.”14 Sesungguhnya, melalui hal yang kecil, sederhana, dan bahkan hanya satu peratus hal hebat didatangkan.15 Juara mutlak adalah 100 peratus, “setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu,”16 melalui kuasa, jasa dan belas kasihan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.