Persidangan Umum
Pemilikan Terhebat
Persidangan Umum Oktober 2021


12:44

Pemilikan Terhebat

Setiap kita harus datang kepada Kristus dengan komitmen tanpa kompromi kepada injil-Nya.

Tulisan suci berbicara tentang seorang pemerintah muda yang kaya, bergegas ke Yesus, berlutut di kaki-Nya dan, dengan ikhlas, menanya Tuan, “Apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?” Setelah mengkaji senarai panjang perintah yang lelaki ini patuhi dengan setia, Yesus minta dia jual semua hartanya, berikan hasilnya kepada orang miskin, ambil salibnya, dan ikuti Dia. Keberanian arahan ini menyebabkan pemerintah muda—meskipun seliparnya mahal—kecut hati, dan dia pergi berdukacita kerana, tulisan suci berkata, “Dia sangat kaya.”1

Jelasnya, ini adalah cerita yang beri peringatan penting tentang penggunaan kekayaan dan keperluan orang miskin. Tetapi pada dasarnya, ia berkisah tentang kesetiaan sepenuh hati dan tidak terhingga kepada pertanggungjawaban ilahi. Dengan atau tanpa kekayaan, setiap kita harus datang kepada Kristus dengan komitmen tanpa kompromi kepada injil-Nya seperti yang diharapkan daripada pemuda ini. Dalam bahasa vernakular remaja hari ini, kita harus isytiharkan diri kita “dalam sepenuhnya.”2

Dalam prosa terkenalnya, C. S. Lewis bayangkan Tuhan berkata kepada kita sesuatu seperti ini: “Saya tidak mahu … masa anda … [atau] wang anda … [atau] kerja anda, [sebanyak] saya [hanya] mahukan Anda. [Pokok itu anda sedang pangkas.] Saya tidak mahu potong satu cabang di sini dan satu cabang di sana, saya mahu … semuanya [dipotong]. [Dan gigi itu.] Saya tidak mahu gerudi [nya], atau tampalnya, atau [isi]nya. [Saya mahu] cabutnya. [Malah, saya mahu anda serahkan diri anda] yang alamiah. … [Dan] saya akan berikan anda satu diri baharu. Malah, Saya akan berikan anda diri-Ku: kehendakku… akan jadi [kehendak-mu].’”3

Semua yang berucap di persidangan umum ini semua akan berkata, dalam pelbagai cara, apa yang Kristus katakan kepada pemuda kaya ini: “Datanglah kepada Juruselamat anda. Datanglah dengan rela hati Pikullah salib anda, walau bagaimanapun berat, dan ikut Dia.”4 Mereka akan katakan ini dengan mengetahui bahawa dalam kerajaan Tuhan, tiada setengah usaha, tiada mula dan henti, tiada berpaling balik. Kepada mereka yang meminta kebenaran untuk menguburkan ibu bapa yang meninggal dunia atau sekurang-kurangnya ucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga lain, Yesus menjawab dengan tegas. “Itu adalah untuk orang lain,” Dia berkata. “Orang yang mula membajak, tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintahan Tuhan.”5 Apabila hal-hal yang sukar diminta oleh kita, lebih lagi bertentangan dengan keinginan hati, ingatlah janji setia kita kepada Kristus yang kita mengabdikan hidup kepada-Nya. Walaupun Yesaya yakinkan kita bahawa ia sedia ada “[tanpa] wang [dan tanpa harga],”6—semenangnya—kita mesti bersedia, menggunakan ayat T. S. Eliot, untuk ada bayaran “tidak kurang daripada segalanya.”7

Sudah tentu, kita semua ada beberapa tabiat atau kecacatan atau sejarah peribadi yang boleh hindarkan kita dari pencelupan rohani yang lengkap dalam pekerjaan ini. Tetapi Tuhan ialah Bapa kita dan sangat baik dalam mengampuni dan melupakan dosa-dosa yang kita telah tinggalkan, mungkin kerana kita memberi Dia banyak latihan dalam melakukan demikian. Dalam apa jua keadaan, terdapat bantuan ilahi untuk setiap kita pada bila-bila masa kita berasa untuk membuat perubahan dalam kelakuan kita. Tuhan beri Saul “sifat yang baru.”8 Yehezkiel memanggil semua orang Israel purba untuk singkirkan masa lalunya dan “biarlah fikiran dan hati … Menjadi baru.”9 Alma panggil “perubahan yang hebat ini dalam hati”10 yang akan menyebabkan jiwa berkembang, dan Yesus Sendiri ajarkan bahawa “tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Tuhan kecuali dia dilahirkan semula.”11 Dengan jelasnya, kemungkinan untuk berubah dan hidup pada tahap yang lebih tinggi selalu menjadi salah satu kurnia Tuhan kepada mereka yang mencarinya.

Kawan-kawan, pada hari ini, kita mendapati banyak jenis pembahagian masyarakat, secara besaran atau kecilan golongan digital dan politik dengan kebahayaan di sekelilingnya. Tanyalah diri kita jika kehidupan “lebih tinggi dan lebih kudus”12, dalam frasa Presiden Russell M. Nelson, sesuatu yang kita boleh cari? Apabila berbuat demikian, kita akan ingat masa yang menakjubkan dalam Kitab Mormon di mana orang bertanya dan menjawab soalan itu dengan tegas:

“Dan terjadilah bahawa tidak ada pertikaian di antara semua orang, di seluruh negeri itu … kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.

“Dan tidak ada kedengkian, dan juga pertikaian, … dan juga pelbagai jenis kegasangan nafsu apa pun; dan sudah pastinya tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.

“Tidak ada perompak, atau pembunuh, tidak juga ada bangsa Laman, atau apa-apa nama bangsa pun tetapi mereka dalam kesatuan, anak-anak Kristus, dan para pewaris kerajaan Tuhan.

Dan betapa diberkatinya mereka!13

Apa kunci kejayaan ini dalam hidup bahagia dan berpuas hati? Ia terbenam dalam ayat: “Kasih Tuhan … Berada di dalam hati bangsa itu.”14 Apabila kasih sayang Tuhan menetapkan nada untuk kehidupan kita sendiri, untuk hubungan kita kepada satu sama lain dan akhirnya perasaan kita untuk semua manusia, pada masa itu berbeza lama, menghadkan label, dan pembahagian buatan mula berlalu, dan kedamaian meningkat. Itulah yang berlaku dalam contoh Kitab Mormon kita. Tiada lagi bangsa Laman, atau bangsa Yakub, atau bangsa Yusuf, atau bangsa Zoram. Tiada “bangsa” sama sekali. Orang ramai telah ambil satu identiti yang lebih baik. Mereka semua, seperti yang dikatakan, dikenali sebagai “anak-anak Kristus.”15

Sudah tentu, kita berucap di sini tentang perintah pertama yang diberikan kepada keluarga manusia—untuk kasihi Tuhan dengan rela hati, tanpa keraguan atau kompromi, iaitu dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatan anda.16 Kasih Tuhan ini adalah perintah pertama di alam semesta. Tetapi kebenaran besar pertama di alam semesta ialah Tuhan kasihi kita dengan rela hati, tanpa keraguan atau kompromi, dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatan-Nya. Dan ketika kekuatan besar daripada hati-Nya dan kita bertemu tanpa rintangan, terdapat peningkatan kekuatan rohani dan moral yang besar. Kemudian, seperti yang Teilhard de Chardin tuliskan, “buat kali kedua dalam sejarah dunia, manusia akan menemui api.”17

Pada masa itu, dan hanya pada masa itu, kita boleh patuhi perintah utama kedua dengan berkesan dalam cara yang tidak superfisial atau remeh. Jika kita kasihi Tuhan dengan cukup untuk cuba sepenuhnya beriman kepada-Nya, Dia akan beri kita keupayaan, keinginan, dan cara untuk kasihi sesama kita dan diri kita sendiri. Mungkin kemudian kita akan dapat katakan sekali lagi, “Tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.”18

Saudara dan saudari sekalian, saya doa agar kita berjaya dimana pemuda kaya itu gagal, supaya kita akan memikul salib Kristus, tidak kira betapa berat, sukar dan permintaan itu. Saya bersaksi bahawa kita janji untuk ikut Dia, pada jalan yang akan menuju mahkota berduri dan salib Roma itu. Tak kira betapa kayanya pemerintah muda kita, dia tidak cukup kaya untuk beli jalan keluar dari pertemuan dengan lambang itu, dan begitu juga kita. Supaya diberkati dengan penerimaan kurniaan tertinggi, iaitu kurnia kehidupan abadi, ia satu permintaan kecil untuk kekal majua dan ikuti Imam Agung kita, Bintang Fajar, Pembela dan Raja kita. Saya bersaksi dengan Amaleki yang lama bahawa kita masing-masing, “persembahkanlah seluruh [jiwa kita] sebagai persembahan kepada-Nya.”19 Tentang keazaman, ketabahan itu kita nyanyi:

Terpuijlah gunung itu! Aku terpaku padanya,

Gunung kasih penebusan-Mu. …

Inilah hatiku, Oh ambil dan meteraikanlah,

Meteraikan bagi istana-Mu di Syurga.20

Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.