Nama Gereja Tidak Boleh Dirunding
Apabila kita dengan rela mengikuti nasihat Tuhan seperti yang diwahyukan melalui nabi hidup-Nya, terutamanya jika ia bertentangan dengan pemikiran awal kita, memerlukan kerendahan hati dan pengorbanan, Tuhan memberkati kita dengan kuasa rohani tambahan.
Dalam persidangan pada 16 Ogos 2018, Presiden Russell M. Nelson berkata: “Tuhan telah mengungkapkan pada fikiran saya betapa pentingnya nama yang Dia telah ungkapkan untuk Gereja-Nya, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.1 Kita mempunyai tugas di hadapan kita untuk membawa diri kita selaras dengan kehendak-Nya.”2
Dua hari kemudian, pada 18 Ogos, saya bersama dengan Presiden Nelson di Montreal, Kanada. Selepas pertemuan ahli di Palais de Congrés yang mengagumkan, Presiden Nelson jawab soalan-soalan daripada wartawan. Dia akui bahawa ia “akan menjadi cabaran untuk [memulihkan nama Gereja, dan] membatalkan tradisi lebih dari seratus tahun.” Tetapi dia menambah, “nama Gereja tidak boleh dirunding.”3
Tujuh minggu kemudian, Presiden Nelson berucap dalam persidangan umum: “Tuhan telah mengungkapkan pada fikiran saya betapa pentingnya nama yang Dia telah ungkapkan untuk Gereja-Nya, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. … Juruselamat Sendiri yang berkata, ‘Kerana demikianlah gereja-Ku akan dinamakan.’” Kemudian Presiden Nelson ulangi, “nama Gereja tidak boleh dirundingkan.”4
Pertanyaan yang Baik
Satu soalan bagus muncul: “Mengapa sekarang, sudah beberapa dekad kita menerima nama panggilan “Mormon”? “Koir Mormon Tabernacle,” video pendek “Saya seorang Mormon,” lagu Sekolah Primer “I Am a Mormon Boy [Saya Seorang Budak Mormon]”?
Ajaran Kristus tidak berubah dan kekal. Namun, langkah-langkah tertentu dan penting dalam pekerjaan Juruselamat diungkapkan pada masa yang sesuai. Pagi tadi Presiden Nelson berkata, “Pemulihan ialah satu proses, bukan satu peristiwa.”5 Dan Tuhan berfirman, “Segala hal mesti terjadi pada waktunya.”6 Sekarang adalah masa kita, dan memulihkan semula nama Gereja yang diungkapkan.
Identiti dan takdir Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir memerlukan agar kita panggilnya dengan nama Dia. Baru-baru ini, saya berada di Kirtland, Ohio, di mana Nabi Joseph Smith, bersama hanya beberapa ahli Gereja, bernubuat, “Gereja ini akan memenuhi Amerika Utara dan Selatan—akan memenuhi dunia.”7 Tuhan menjelaskan pekerjaan zaman keagamaan ini sebagai “suatu pekerjaan yang menakjubkan dan suatu keajaiban.”8 Dia firmankan tentang “perjanjian [yang akan] digenapi pada zaman akhir,” membenarkan “semua … di bumi diberkati.”9
Ucapan persidangan ini diterjemahkan secara langsung kepada 55 bahasa. Akhirnya, kata-kata ini akan didengar dan dibaca dalam 98 bahasa dalam lebih daripada 220 negara dan wilayah.
Apabila Juruselamat kembali dengan keagungan dan kemuliaan, para ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang setia akan berada di kalangan semua negara, bangsa, kaum dan budaya dunia.
Pengaruh Gereja yang Bertambah Besar
Pengaruh Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan bukan saja akan berada pada mereka yang merupakan ahli Gereja. Kerana pernyataan syurgawi pada zaman kita serta tulisan suci kudus yang dipulihkan ke bumi, dan kurnia berkuasa Roh Kudus, kita akan jadi cahaya yang bersinar di atas bukit semasa ketidakpercayaan dalam Yesus Kristus menggelapkan dunia. Walaupun ramai akan biarkan dunia mengaburkan iman mereka kepada Penebus, kita “ tidak akan dipindahkan dari tempat [kita].”10 Orang Kristian yang tidak berada dalam kalangan keahlian kita akan alu-alukan peranan kita dan kesaksian kita yang kukuh tentang Kristus. Bahkan orang Kristian yang sekarang pandang kita dengan keraguan akan memeluk kita sebagai kawan. Pada zaman yang akan datang ini, kita akan dipanggil dengan nama Yesus Kristus.
Terima kasih atas usaha mulia anda untuk majukan nama Gereja yang benar. Dalam persidangan tiga tahun yang lalu, Presiden Nelson berjanji kepada kita “bahawa perhatian ketat anda untuk menggunakan nama Gereja Juruselamat yang betul … akan membawa iman dan kuasa rohani yang lebih besar untuk ahli-ahli Gereja-Nya.”11
Janji ini telah ditunaikan oleh para pengikut setia di seluruh dunia.12
Brother Lauri Ahola dari Amerika Syarikat timur berkata bahawa kadangkala dia dapati ia kekok untuk kongsi nama penuh Gereja. Tetapi oleh sebab nasihat nabi, saya berusaha. Pada satu masa, dia mengunjungi seorang kawan di gereja yang berlainan iman. Ini adalah kata-katanya:
Seorang kenalan bertanya, “Adakah kamu seorang Mormon?”
“‘Saya seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, ya,’ saya jawab. Dia mula menanya saya beberapa soalan, setiap kali bermula dengan: ‘Adakah Gereja Mormon percaya … ?’ Dan setiap kali, saya mulakan jawapan saya dengan frasa: ‘Dalam Gereja [Yesus] Kristus yang dipulihkan, kami percaya …’
“… Apabila dia sedar bahawa saya tidak terima gelaran ‘Mormon,’ dia tanya saya, ‘Bukankah kamu Mormon?’
“Jadi saya tanya dia jika dia tahu siapakah Mormon—dia tidak tahu. Saya beritahu dia bahawa Mormon adalah seorang nabi … [dan saya] rasa bangga untuk dikaitkan dengan [dia].
“‘Tetapi,’ saya teruskan, ‘Mormon tidak mati untuk dosa-dosa saya. Mormon tidak … menderita di Getsemani atau mati di atas salib [bagi saya]. … Yesus Kristus ialah Tuhan saya dan Juruselamat saya. … Dan melalui nama-Nya saya ingin dikenali. …’
“… Selepas beberapa saat kesenyapan, [dia kata], ‘Jadi, kamu seorang Kristian!’”13
Ingat kata-kata Presiden Nelson? “Saya berjanji kepada anda jika anda akan lakukan sebaik mungkin dalam memulihkan nama Gereja Tuhan yang betul, Dia yang mengetuai gereja ini akan mencurahkan kuasa dan berkat-Nya ke atas kepala-kepala Orang Suci Zaman Akhir, yang tidak pernah kita lihat sampai sekarang.”14
Tuhan Sentiasa Buka Jalan
Tuhan akan selalu menepati janji-Nya. Dia buka jalan bagi kita semasa kita lakukan pekerjaan-Nya.
Bertahun-tahun kami berharap untuk beli tapak web internet ChurchofJesusChrist.org dan ChurchofJesusChrist.com. Tidak pernah untuk dijual. Hampir pada masa pengumuman Presiden Nelson, kedua-dua tapak web sedia dibeli. Ia merupakan suatu mukjizat.15
Tuhan telah mengembangkan usaha kami dalam kaji semula nama-nama yang sudah lama dilampirkan kepada Gereja.
Nama Koir Mormon Tabernacle telah diubah kepada Koir Tabernacle di Temple Square. Laman web LDS.org, yang menerima lebih daripada 21 juta kunjungan setiap bulan, telah diubah ke ChurchofJesusChrist.org.16 Nama Kolej Bisnes LDS diubah kepada Kolej Ensign. Laman web Mormon.org diubah kepada ChurchofJesusChrist.org. Lebih daripada seribu produk yang mempunyai nama “Mormon” atau “LDS” yang dilampirkan kepada mereka telah dinama semula. Orang Suci Zaman Akhir yang setia menyesuaikan laman web, podcast dan akaun Twitter mereka.
Kita menggunakan lambang baharu yang berpusatkan Yesus Kristus.
“Keutamaan lambang itu adalah perwakilan patung marmar Thorvaldsen Christus. Ia menggambarkan Tuhan hidup yang telah bangkit menghulurkan tangan-Nya untuk memeluk semua yang akan datang kepada-Nya.
“Secara simboliknya, Yesus Kristus sedang berdiri di bawah gerbang yang [mengingatkan] kita tentang Juruselamat yang dibangkitkan muncul dari kubur.”17
Tipografi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah disesuaikan dalam lebih daripada 50 bahasa. Nama-nama domain baharu telah diperoleh di seluruh dunia.
Kesyukuran Atas Bantuan Orang Lain
Kami hargai banyak orang baik dan berbudi yang telah hormati keinginan kami untuk dipanggil dengan nama kita yang betul. Baru-baru ini saya membaca satu rencana yang memetik kadinal Katolik yang merujuk kepada “Orang Suci Zaman Akhir.”18 Ketika saya mengunjungi seorang pemimpin gereja Kristian sebulan yang lalu di Amerika Syarikat timur, dia merujuk kepada Gereja dalam rujukan pertamanya dengan seluruh nama kita, dan diikuti lebih dengan sekali dengan “Gereja Yesus Kristus.”
Kami sedar bahawa menambah enam perkataan kepada nama kita tidak ideal bagi media, tetapi seperti presiden Nelson katakan, “Media yang bertanggungjawab akan bersimpati dalam pembalasan kepada permintaan kita.”19 Terima kasih kerana beri kami pertimbangan sama yang diberikan kepada organisasi kebudayaan, sukan, politik, atau komuniti dengan menggunakan nama pilihan kami.
Akan ada beberapa orang yang, berharap untuk jejaskan atau meremehkan kepentingan misi kita, dengan memanggil kita “Mormon” atau “Gereja Mormon.” Dengan sopan, kami sekali lagi minta media yang berfikiran adil untuk hormati keinginan kami untuk dipanggil dengan nama kami hampir 200 tahun.
Keberanian Orang Suci Zaman Akhir
Terdapat ribuan Orang Suci Zaman Akhir telah dengan berani mengisytiharkan nama Gereja. Apabila kita lakukan bahagian kita, orang lain akan ikuti. Saya suka cerita ini dari Tahiti.
Yiriura Jean berumur sepuluh tahun putuskan untuk ikuti nasihat Presiden Nelson.
“Di kelas sekolahnya mereka membincangkan hujung minggu mereka … dan Iriura bercakap tentang … Gereja.
“Cikgunya, Vaite Pifao, berkata, ‘Oh, jadi kamu orang Mormon?’
“Iriura nyatakan dengan berani, ‘Tidak, … Saya adalah ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir!’
“Cikgunya menjawab, ‘Ya, … kamu seorang Mormon.’
“Iriura menegaskan, ‘Bukan Cikgu, saya adalah ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir!’
“Cik Pifao kagum dengan keyakinan Iriura dan tertanya-tanya mengapa dia berkeras untuk guna nama panjang gerejanya. [Dia memutuskan untuk belajar lebih lanjut tentang Gereja.]
“[Kemudian, semasa Sister] Vaite Pifao dibaptiskan [dia menyatakan kesyukuran] Iriura mengikuti nasihat Presiden Nelson.”20
“Nama Gereja tidak boleh dirunding.” Marilah kita maju dengan iman. Apabila kita dengan rela mengikuti nasihat Tuhan seperti yang diwahyukan melalui nabi hidup-Nya, terutamanya jika ia bertentangan dengan pemikiran awal kita, memerlukan kerendahan hati dan pengorbanan, Tuhan memberkati kita dengan kuasa rohani tambahan dan menghantar malaikat-malaikat-Nya untuk menyokong kita dan berada di sisi kita.21 Kita menerima pengesahan Tuhan dan kelulusan-Nya.
Saya seorang saksi kepada kuasa syurga yang terletak pada nabi kita yang dikasihi, Presiden Russell M. Nelson. Hasrat-nya yang terbesar adalah untuk menyenangkan Tuhan dan memberkati anak-anak Bapa Syurgawi kita. Dari pengalaman kudus dan peribadi, saya bersaksi Tuhan mengasihi dia. Dia adalah nabi Tuhan.
Saya bersaksi bahawa Yesus ialah Kristus, Putera Tuhan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.