Datang Kepada Kristus, Tetapi Jangan Datang Bersendirian
Cara terbaik untuk anda memperbaiki dunia adalah mempersiapkan dunia untuk Kristus dengan menjemput semua orang untuk mengikut Dia.
Baru-baru ini saya menerima sepucuk surat daripada seorang remaja puteri yang ingin tahu. Dia menulis, “Saya rasa terkurung. … Saya tidak pasti siapa diri saya, tetapi saya rasa saya berada di sini untuk sesuatu yang agung.”
Pernahkah anda mempunyai perasaan itu, tertanya-tanya jika Bapa Syurgawi tahu siapa anda dan jika Dia memerlukan anda? Remaja yang saya kasihi, saya bersaksi jawapannya adalah ya! Tuhan mempunyai rancangan untuk anda. Dia telah menyediakan anda untuk zaman ini, sekarang, untuk menjadi suatu kekuatan dan kuasa untuk kebaikan dalam pekerjaan-Nya yang hebat. Kami perlukan anda! Ia tidak akan menjadi seagung tanpa anda!
Dalam keadaan suci, nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, mengingatkan saya tentang dua kebenaran mudah yang merupakan asas kepada pekerjaan agung dan mulia anda.
Sewaktu sayaduduk di sofa bersama suami, nabi kita mendekati kerusinya, hampir lutut ke lutut bersama kami, dan memandang saya dengan mata birunya. Saya tidak pasti jika hati saya berlumba atau berhenti sepenuhnya semasa dia memanggil saya untuk melayan sebagai Presiden Umum Remaja Puteri. Dia menanya soalan yang masih bergema dalam hati saya, “Bonnie, apakah perkara yang paling penting yang perlu diketahui oleh remaja?”
Saya merenung sebentar dan berkata, “Mereka perlu tahu siapa diri mereka.”
“YA!” dia berkata, “dan mereka perlu tahu tujuan mereka.”
Identiti Ilahi Kita
Anda seorang anak Bapa Syurgawi yang dikasihi dan dihargai. Dia mengasihi anda dengan sempurna sehingga Dia mengutus Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menebus bagi anda dan saya.1 Kasih Juruselamat untuk kita tak pernah gagal—bahkan ketika kita gagal! Tidak ada yang dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan.2 Mengingati kasih ini boleh membantu anda menolak kekeliruan dunia yang cuba melemahkan keyakinan anda berkenaan identiti ilahi anda dan membutakan anda dari potensi anda.
Di satu persidangan FSY, saya bertemu dua remaja puteri yang sedang bersusah payah. Kedua-dua remaja puteri berkata mereka berpaling kepada berkat bapa bangsa mereka untuk menemui semula kasih dan bimbingan Tuhan bagi mereka secara peribadi. Carilah berkat bapa bangsa anda dan bacanya dengan kerap. Jika anda tidak mempunyainya, dapatkan satu—secepat yang mungkin. Jangan menangguh untuk mengetahui apa yang Tuhan mahu memberitahu anda sekarang tentang siapa diri anda.
Tujuan Abadi Kita
Kebenaran kedua yang diucapkan oleh Presiden Nelson pada hari itu adalah untuk mengetahui tujuan kita. Ini adalah tanggungjawab mulia kita.
Tahun-tahun lalu ,anak saya, Tanner berumur lima tahun ketika dia bermain permainan bola sepak pertamanya. Dia sungguh gembira!
Apabila kami tiba di permainan itu, kami sedar bahawa pasukannya menggunakan gol bola sepak saiz biasa—bukannya goal kanak-kanak tetapi jaring besar yang kelihatan terlalu besar untuk kanak-kanak lima tahun.
Semasa permainan bermula, saya terkejut melihat Tanner bermain sebagai penjaga gol. Saya terpesona. Adakah dia benar-benar memahami tujuannya menjaga jaring?
Wisel ditiup, dan kami sangat tertumpu dalam permainan sehingga kami lupa tentang Tanner. Tiba-tiba salah seorang ahli pasukan bertentangan mendapat bola dan menendangnya dengan pantas ke arahnya. Saya melihat ke arah Tanner untuk memastikan dia bersedia untuk berdiri dan mempertahankan gol. Saya melihat sesuatu yang tidak dijangkakan.
Pada suatu saat dalam permainan, Tanner terganggu dan mula memasuki lengan kirinya melalui lubang-lubang di dalam jaring. Kemudian dia melakukan yang sama dengan lengan kanannya. Seterusnya kaki kirinya. Akhirnya kaki kanannya. Tanner tersangkut di dalam jaring. Dia telah lupa tujuannya dan apa yang dia telah diamanahkan untuk lakukan.
Walaupun kerjaya bola sepak Tanner tidak berterusan, pelajarannya kepada saya pada hari itu tidak akan dilupakan. Kita semua kadangkala terganggu dari tujuan berada di bumi dan menumpukan perhatian kita ke tempat lain. Salah satu senjata Setan yang paling berkesan adalah mengganggu perhatian kita dengan perkara yang baik dan lebih berbaloi, pada saat penting sehingga membuta dan mengikat kita dari tujuan utama kita ke dunia ini.3
Tujuan abadi kita adalah untuk datang kepada Kristus dan menyertai-Nya secara aktif dalam pekerjaan agung-Nya. Ia semudah melakukan apa yang diajar oleh Presiden Nelson “Bila-bila masa kita melakukan apa-apa yang membantu sesiapa … membuat dan mentaati perjanjian mereka dengan Tuhan, kita sedang membantu mengumpulkan Israel.”4 Apabila kita melakukan pekerjaan-Nya bersama-Nya, kita dapat mengenali dan mengasihi-Nya dengan lebih mendalam.
Kita terus berusaha untuk mendekati Juruselamat melalui iman, pertaubatan yang dihargai dan mentaati perjanjian. Apabila kita mengikat diri kepada-Nya melalui perjanjian dan tatacara, kita memenuhi hidup kita dengan keyakinan yang bertambah,5 perlindungan,6 dan kegembiraan yang mendalam dan berpanjangan.7
Apabila kita datang kepada-Nya, kita dapat melihat orang lain melalui pandangan-Nya.8 Datanglah kepada Kristus. Datang sekarang, tetapi jangan datang bersendirian!9
Injil Yesus Kristus bukan sahaja baik; ia juga penting untuk semua. “Tidak ada jalan atau cara lain yang melaluinya [kita] dapat diselamatkan, kecuali di dalam dan melalui Kristus.”10 Kita memerlukan Yesus Kristus! Dunia memerlukan Yesus Kristus.11
Ingatlah, cara terbaik untuk anda memperbaiki dunia adalah mempersiapkan dunia untuk Kristus dengan menjemput semua orang untuk mengikut Dia.
Terdapat satu cerita dalam Kitab Mormon yang berbicara dengan berkuasa tentang Kristus yang dibangkitkan meluangkan masa bersama bangsa Nefi. Bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi?
Semasa Kristus mengumumkan bahawa Dia mesti kembali kepada Bapa, “Dia mengarahkan mata-Nya ke sekelilingnya lagi.”12 Melihat tangisan dalam mata orang ramai, Dia tahu hati mereka mahu-Nya tinggal lebih lama.
Dia bertanya: “Adakah sesiapa yang sakit di kalanganmu? Bawalah mereka ke mari. Adakah kamu mempunyai sesiapa pun yang tempang, atau buta, … tuli, atau yang sengsara dalam apa cara sekali pun? Bawalah mereka ke mari dan Aku akan menyembuhkan mereka.”13
Dengan rasa kasihan yang besar, Dia tidak menetapkan had dan memanggil semua “yang sengsara dalam apa cara sekali pun.” Saya suka bahawa tiada apa pun yang terlalu besar atau terlalu kecil untuk disembuhkan oleh Yesus Kristus.
Dia juga tahu penderitaan kita dan memanggil, Bawalah mereka dengan kesengsaraan dan kemurungan, yang letih, yang angkuh dan tidak kukuh, yang disalah fahami, yang kesunyian, atau mereka yang “sengsara dalam apa cara sekali pun.”
Dan semua “maju bersama … ; dan Dia telah menyembuhkan setiap orang daripada mereka. …
“… Dan mereka semua, baik mereka yang telah disembuhkan mahupun mereka yang sihat, membongkokkan diri pada kaki-Nya dan menyembah-Nya.”14
Setiap kali saya membaca cerita ini, saya bertanya diri: Siapa yang akan saya bawa kepada Kristus? Siapa yang akan anda bawa?
Bolehkah kita memandang lagi, seperti dilakukan oleh Yesus, untuk memastikan tiada yang terlepas dan semua orang dijemput untuk mengenali-Nya?
Izinkan saya berkongsi contoh moden tentang betapa mudahnya ia boleh jadi. Rakan saya Peyton yang berumur 15 tahun, mempunyai matlamat untuk membaca lima ayat suci semasa sarapan setiap hari, tetapi dia tidak melakukannya bersendirian. Memandang lagi, Peyton menjemput ibu bapa dan adik-beradiknya, termasuk adik lelakinya yang berumur lima tahun. Tindakan kecil ini adalah apa yang Kristus ajarkan ketika Dia menjemput, “Bawa mereka ke mari.”
Jemputan daripada Tuhan ini masih dihulurkan hari ini. Remaja puteri dan remaja putera, bermulalah sekarang, di mana anda berada—di rumah anda sendiri. Mahukah anda berdoa dan meminta Bapa Syurgawi bagaimana anda dapat menyokong ibu bapa semasa mereka berterusan untuk datang kepada Kristus.? Mereka memerlukan anda sama seperti anda memerlukan mereka.
Kemudian memandang lagi kepada adik-beradik, kawan-kawan, dan jiran-jiran anda. Siapa yang akan anda bawa kepada Kristus?
Juruselamat kita menyatakan, “Lihatlah Aku adalah cahaya; Aku telah menunjukkan satu teladan bagimu.”15 Kita akan merasai kasih sayang dan kedamaian Juruselamat apabila kita menyertai-Nya dalam menyelamatkan keluarga Tuhan, kerana Dia telah berjanji, “Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup.”16
Betapa gemilangnya masa ini untuk terlibat dalam tujuan Kristus!
Ya, anda berada di sini untuk sesuatu yang agung. Saya menyertai Presiden Nelson, yang berkata, “Tuhan memerlukan anda untuk mengubah dunia. Apabila anda menerima dan mengikut kehendak-Nya untuk anda, anda akan mendapati diri mencapai yang mustahil!”17
Saya bersaksi dengan berani bahawa Tuhan tahu siapa anda, dan Dia mengasihi anda! Bersama-sama, kita akan memajukan tujuan-Nya sehingga hari agung itu di mana Kristus sendiri kembali ke bumi ini dan memanggil kita untuk datang “ke mari.” Kita akan berkumpul bersama dengan gembira, kerana kita adalah mereka yang datang kepada Kristus, dan kita tidak datang bersendirian. Dalam nama Yesus Kristus, amin.