Persidangan Umum
Iman untuk Meminta dan Kemudian Bertindak
Persidangan Umum Oktober 2021


15:37

Iman untuk Meminta dan Kemudian Bertindak

Iman dalam Yesus Kristus adalah penting untuk menerima wahyu kebenaran.

Saudara dan saudari terkasih, saya bersyukur untuk peluang bercakap dengan anda dalam sesi malam hari Sabtu persidangan umum ini. Dalam pengenalannya pada persidangan pagi ini, Presiden Russell M. Nelson berkata bahawa “wahyu suci untuk soalan-soalan dalam hati anda akan menjadikan persidangan ini berharga dan diingati. Jika anda belum mencari pelayanan Roh Kudus untuk bantu anda mendengar apa Tuhan mahu anda dengar dalam dua hari ini, saya menasihati anda sekarang.” Saya telah mencari berkat itu semasa saya bersedia untuk menerima wahyu untuk masa ini bersama anda. Doa saya adalah agar anda boleh menerima wahyu daripada Tuhan.

Cara menerima wahyu daripada Tuhan tidak berubah sejak zaman Adam dan Hawa. Ia adalah sama bagi semua hamba Tuhan yang dipanggil sejak awal sampai hari ini. Ia adalah sama untuk anda dan saya. Ia selalu dilakukan dengan menjalankan iman.2

Pemuda Joseph Smith mempunyai iman yang cukup untuk menanyakan Tuhan soalan, percaya bahawa Tuhan akan menjawab keperluannya yang tulus ikhlas. Jawapan yang datang telah mengubah dunia. Dia ingin tahu gereja mana untuk disertai untuk dibersihkan dari dosa. Jawapan yang dia terima menggalakkan dia untuk terus bertanya soalan-soalan yang lebih baik dan bertindak ke atas aliran wahyu yang berterusan yang baru bermula.3

Pengalaman anda mungkin serupa dalam persidangan ini. Anda mempunyai soalan-soalan di mana anda mencari jawapan. Anda mempunyai cukup iman untuk berharap bahawa anda akan menerima jawapan daripada Tuhan melalui hamba-hamba-Nya.4 Anda tidak berpeluang untuk meminta jawapan dari pembicara, tetapi anda boleh meminta Bapa anda yang penuh kasih dalam doa.

Saya tahu dari pengalaman bahawa jawapan akan datang untuk memenuhi keperluan anda dan persediaan rohani anda. Jika anda memerlukan jawapan yang penting untuk kebajikan abadi anda atau orang lain, jawapannya akan datang. Tetapi, walaupun demikian, anda mungkin menerima—seperti Joseph Smith—jawapan untuk bersabar.5

Jika iman anda kepada Yesus Kristus telah membawa kepada hati yang dilembutkan melalui kesan-kesan Korban Tebusan-Nya, anda akan lebih mampu merasa bisikan Roh sebagai jawapan kepada doa-doa anda. Pengalaman peribadi saya adalah bahawa suara yang lembut dan kecil—yang wujud—menjadi jelas dan dapat difahami dalam minda saya apabila saya merasakan ketenangan dalaman dan menyerah kepada kehendak Tuhan. Perasaan rendah hati itu boleh digambarkan sebagai “Janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”6

Proses wahyu ini adalah sebab anda akan mendengar pembicara dalam persidangan ini mengajar ajaran Kristus.7 Wahyu datang kepada kita sebanding dengan sejauh mana kita telah berusaha untuk mengambil ajaran Kristus ke dalam hati kita dan menerapkannya dalam kehidupan kita.

Anda ingat dari Kitab Mormon bahawa Nefi mengajar kita bahawa iman kepada Yesus Kristus adalah kunci untuk menerima wahyu kebenaran dan untuk mempunyai keyakinan bahawa kita mengikuti arahan Juruselamat. Nefi menulis kata-kata berikut berabad-abad sebelum kelahiran Yesus Kristus ke dalam kefanaan:

“Para malaikat berbicara melalui kuasa Roh Kudus; oleh kerana itu, mereka mengucapkan firman Kristus. Oleh kerana itu, aku berkata kepadamu, jamuilah diri dengan firman Kristus; kerana lihatlah, firman Kristus akan memberitahu kamu segalanya yang kamu harus lakukan.

“Oleh kerana itu, sekarang setelah aku mengucapkan perkataan-perkataan ini, jika kamu tidak dapat memahaminya, ia adalah kerana kamu tidak bertanya, tidak juga kamu mengetuk; oleh kerana itu, kamu tidak dibawa ke dalam cahaya, tetapi mesti binasa dalam kegelapan.

“Kerana lihatlah, sekali lagi aku berkata kepadamu bahawa jika kamu akan masuk ke dalam melalui jalan itu, dan menerima Roh Kudus, ia akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan.

“Lihatlah, inilah ajaran Kristus, dan tidak akan ada lagi ajaran diberikan sampai setelah Dia akan menyatakan diri-Nya kepadamu dalam daging. Dan ketika Dia akan menyatakan diri-Nya kepadamu dalam daging, apa yang akan Dia firmankan kepadamu akanlah kamu usahakan keras untuk lakukan.”8

Tuhan akan mengungkapkan hal-hal melalui hamba-hamba-Nya kepada anda dan saya hari ini dan pada hari-hari yang akan datang. Dia akan memberitahu kita apa yang kita harus lakukan.9 Juruselamat tidak akan menjerit perintah-Nya kepada anda dan saya. Dia mengajar Elia:

“Tuhan berfirman kepadanya, “Keluarlah dari gua itu dan berdirilah di hadapan-Ku di puncak gunung. Kemudian Tuhan lalu di sana. Angin ribut yang membelah gunung dan memecah bukit batu mendahului Tuhan, tetapi Tuhan tidak menyatakan diri dalam angin ribut itu. Setelah angin ribut itu berhenti, gempa berlaku, tetapi Tuhan tidak menyatakan diri dalam gempa itu.

“Selepas itu, api datang, tetapi Tuhan tidak menyatakan diri dalam api itu. Kemudian suasana menjadi senyap, lalu terdengar suatu suara yang lembut bagaikan bisikan.”10

Mendengar suara itu akan datang daripada iman kita kepada-Nya. Dengan iman yang mencukupi, kita akan meminta arahan dengan niat untuk pergi dan lakukan apa pun yang Tuhan minta.11 Kita akan mempunyai iman untuk tahu bahawa apa pun yang Dia minta akan memberkati orang lain, dan bahawa kita boleh disucikan dalam proses itu kerana kasih-Nya bagi kita.

Apabila iman kita kepada Yesus Kristus membimbing kita untuk meminta Bapa jawapan, iman itu juga akan membawa sentuhan lembut Juruselamat untuk kita mendengar arahan-Nya dan berazam dan teruja untuk patuh. Kemudian kita akan menyanyikan lagu rohani dengan sukacita, walaupun kerja itu sukar: “Karya Tuhan sungguh indah.”12

Semakin banyak ajaran Kristus dalam kehidupan dan hati kita, semakin kita merasa kasih dan simpati yang lebih besar bagi mereka yang tidak pernah mempunyai berkat iman dalam Yesus Kristus atau sedang berjuang untuk mengekalkannya. Ia susah untuk mematuhi perintah Tuhan tanpa iman dan kepercayaan kepada-Nya. Mereka yang kehilangan iman kepada Juruselamat mungkin menyerang nasihat-Nya, dan memanggil kebaikan jahat dan yang jahat baik.13 Untuk mengelakkan kesilapan sedih, adalah penting bahawa apapun wahyu peribadi yang kita terima adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Tuhan dan para nabi-Nya.

Saudara dan saudari, ia memerlukan iman untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan. Ia memerlukan iman kepada Yesus Kristus untuk melayani orang lain untuk-Nya. Ia memerlukan iman untuk pergi mengajar injil-Nya dan menawarkannya kepada orang yang mungkin tidak merasakan suara Roh atau juga mungkin menyangkal realiti pesanan itu. Tetapi apabila kita menjalankan iman kita kepada Kristus—dan mengikut nabi hidup-Nya—iman akan meningkat di seluruh dunia. Disebabkan teknologi, mungkin lebih banyak anak-anak Tuhan akan mendengar dan mengenali firman Tuhan pada hujung minggu ini daripada dua hari yang lain dalam sejarah.

Dengan iman yang semakin bertambah bahawa ini adalah Gereja dan kerajaan Tuhan di bumi, lebih banyak ahli membayar persepuluhan dan menderma untuk membantu mereka yang memerlukan, walaupun ahli-ahli itu menghadapi cubaan mereka sendiri. Dengan iman bahawa mereka dipanggil oleh Yesus Kristus, para penginjil di seluruh dunia telah menemukan cara untuk mengatasi cabaran yang terjadi oleh pandemik, melakukannya dengan keberanian dan sikap yang baik. Dan dalam usaha tambahan mereka, iman mereka telah menjadi semakin kuat.

Pertentangan dan percubaan sudah lama menjadi biji benih untuk perkembangan iman. Itu selalunya benar, terutamanya sejak permulaan Pemulihan dan pengasasan Gereja Tuhan.14

Apa yang Presiden George Q Cannon berkata lama dahulu adalah benar hari ini dan akan menjadi sehingga Juruselamat datang secara peribadi untuk memimpin Gereja dan umat-Nya: “Kepatuhan kepada Injil membawa [orang] ke dalam hubungan yang rapat dengan Tuhan. Ia menubuhkan perhubungan erat di antara manusia di bumi dan Pencipta Agung kita di syurga. Ia membawa kepada minda manusia perasaan keyakinan yang sempurna dalam Yang Maha Kuasa dan dalam kerelaan-Nya untuk mendengar dan menjawab rayuan mereka yang percaya kepada-Nya. Pada masa percubaan dan kesukaran keyakinan ini adalah sangat berharga. Kesusahan boleh datang ke atas diri individu atau ke atas bangsa itu, bencana boleh mengancam dan setiap harapan manusia mungkin hilang, namun, apabila orang-orang menggunakan hak istimewa yang datang dari kepatuhan kepada Injil, mereka mempunyai tempat berdiri yang teguh; kaki mereka berada di atas batu yang tidak dapat digerakkan.”15

Saya bersaksi bahawa batu di atasnya kita berdiri adalah kesaksian kita bahawa Yesus ialah Kristus; bahawa inilah Gereja-Nya, yang Dia pimpin secara peribadi, dan Presiden Russell M. Nelson ialah nabi hidup-Nya hari ini.

Presiden Nelson mencari dan menerima arahan daripada Tuhan. Dia adalah teladan untuk mencari arahan itu dengan ketekunan untuk mengikutinya. Ketekunan yang sama untuk patuh kepada arahan Tuhan ada dalam hati semua mereka yang telah berbicara atau akan berbicara, berdoa, atau menyanyi di persidangan umum Gereja-Nya ini.

Saya berdoa agar semua orang di seluruh bumi yang menonton atau mendengar persidangan ini akan merasakan kasih Tuhan terhadap mereka. Bapa Syurgawi telah menjawab doa saya agar saya boleh merasakan sekurang-kurangnya sebahagian kecil kasih Juruselamat kepada anda dan kasih-Nya terhadap Bapa Syurgawi-Nya, iaitu Bapa Syurgawi kita.

Saya bersaksi Yesus Kristus hidup. Dialah Juruselamat dan Penebus kita. Inilah Gereja-Nya. Dia adalah ketua. Dia, dan Bapa Syurgawi-Nya, menampakkan diri kepada Joseph Smith di sebuah hutan di New York. Injil Yesus Kristus dan imamat-Nya dipulihkan melalui utusan syurgawi.16 Melalui kuasa Roh Kudus, saya tahu ini benar.

Saya berdoa agar anda mempunyai kesaksian yang sama. Saya berdoa agar anda akan meminta Bapa Syurgawi untuk iman kepada Yesus Kristus yang anda perlukan untuk membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian yang akan membenarkan Roh Kudus menjadi teman tetap anda. Saya tinggalkan kasih dan kesaksian saya kepada anda dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.