Persidangan Umum
Percaya Semula
Persidangan Umum Oktober 2021


13:7

Percaya Semula

Percaya kepada Tuhan dan satu sama lain membawa berkat syurga.

Semasa kecil, saya pernah berfikir untuk melarikan diri dari rumah. Seperti seorang budak kecil, saya rasa tiada orang mengasihi saya.

Ibu saya dengar dan meyakinkan saya. Saya selamat di rumah.

Pernahkah anda rasa anda sedang lari dari rumah? Sering kali, lari dari rumah bererti kepercayaan terjejas atau hancur—kepercayaan diri kita, satu sama lain dan Tuhan. Apabila kepercayaan dicabar, kita tertanya-tanya bagaimana untuk percaya semula.

Pesanan saya adalah, sama ada kita kembali atau pulang ke rumah, Tuhan akan datang untuk menyambut kita.1 Melalui Dia, kita boleh mencari iman, keberanian, kebijaksanaan dan kecerdasan untuk percaya semula. Dia juga minta kita untuk angkat cahaya bagi semua, untuk lebih mengampuni dan kurang menghakimi diri kita dan satu sama lain, supaya Gereja-Nya boleh menjadi tempat yang selesa, sama ada kita datang untuk kali pertama atau kembali.

Percaya ialah tindakan iman. Tuhan menjaga iman kita. Namun, kepercayaan manusia boleh berkurang atau hilang apabila:

  • Seorang kawan, rakan bisnes, atau seseorang yang kita percaya tidak jujur, menyakitkan hati, atau mengambil kesempatan ke atas kita.2

  • Pasangan perkahwinan tidak setia.

  • Mungkin seseorang yang kita kasihi menghadapi kematian, kecederaan atau penyakit.

  • Kita hadapi soalan injil, mungkin sesuatu mengenai sejarah atau polisi Gereja, dan seseorang kata gereja sembunyikan atau tidak memberitahu kebenaran.

Situasi lain mungkin kurang spesifik tetapi kebimbangan yang setara.

Mungkin kita rasa tidak tergolong, tidak sesuai dan rasa dihakimi di Gereja.

Atau, walaupun kita telah melakukan segalanya, namun masih tidak berhasil. Walaupun miliki pengalaman peribadi dengan Roh Kudus, kita mungkin tidak tahu Tuhan hidup atau injil adalah benar.

Ramai hari ini merasakan keperluan besar untuk memulihkan kepercayaan dalam hubungan manusia dan masyarakat moden.3

Semasa kita merenung, kita tahu Tuhan ialah Tuhan kebenaran dan “tidak dapat berdusta.”4 Kita tahu kebenaran adalah pengetahuan tentang hal-hal sebagaimana adanya, dahulu dan akan datang.5 Kita tahu wahyu dan ilham yang berterusan menyesuaikan kebenaran yang tidak berubah kepada keadaan yang berubah.

Kita tahu perjanjian yang hancur mematahkan hati. “Saya melakukan hal-hal yang bodoh,” dia berkata. “Bolehkah kamu mengampuni saya?” Suami dan isteri berpegang tangan, untuk percaya semula. Dalam situasi berbeza, penghuni penjara berkata, “Jika saya patuh Kata-kata Bijaksana, saya tidak akan berada di sini hari ini.”

Kita tahu bahawa sukacita di jalan perjanjian Tuhan, dan panggilan untuk melayani dalam Gereja-Nya adalah jemputan untuk merasa kepercayaan dan kasih Tuhan untuk kita dan satu sama lain. Ahli-ahli Gereja, termasuk orang dewasa bujang, sering melayani di seluruh Gereja dan dalam komuniti kita.

Melalui ilham, lembaga uskup memanggil pasangan muda untuk melayani di nurseri bahagian. Pada mulanya, suami itu duduk di belakang, terpisah dan berjauhan. Masa berlalu, dia mula senyum dengan kanak-kanak. Kemudian, pasangan itu mengungkapkan kesyukuran. Pada mulanya, si isteri mahu anak; si suami tidak mahu. Kini, pelayanan telah mengubah dan menyatukan mereka. Ia juga membawa sukacita mempunyai anak dalam perkahwinan dan rumah mereka.

Di bandar lain, seorang ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil dan suaminya terkejut dan terharu tetapi menerima panggilan untuk melayani sebagai presiden Lembaga Pertolongan bahagian. Tidak lama selepas itu, ribut ais memotong kuasa elektrik, mengosongkan rak kedai dan rumah sesejuk peti ais. Kerana mereka mempunyai kuasa elektrik dan alat pemanas, keluarga muda ini membuka rumah mereka kepada beberapa keluarga dan individu untuk berteduh ribut itu.

Kepercayaan menjadi nyata apabila kita melakukan hal-hal yang susah dengan iman. Pelayanan dan pengorbanan meningkatkan keupayaan dan menyempurnakan hati. Percaya kepada Tuhan dan satu sama lain membawa berkat syurga.

Selepas atasi kanser, seorang saudara yang beriman dilanggar kereta. Daripada bersimpati, dia bertanya dengan penuh doa, “Apakah yang boleh saya pelajari dari pengalaman ini?” Dalam unit rawatan rapinya, dia melihat seorang jururawat yang bimbang terhadap suami dan anak-anaknya. Dia menemui jawapan apabila dia percaya Tuhan dan terdorong untuk membantu orang lain.

Seorang presiden pancang berdoa untuk tahu cara membantu seorang saudara dengan masalah pornografi yang menunggunya di luar pejabat. Tanggapan jelas datang, “Bukalah pintu dan jemput dia saudara masuk.” Dengan iman dan kepercayaan Tuhan akan membantu, pemimpin imamat membuka pintu dan memeluk saudaranya. Setiap orang merasakan kasih dan kepercayaan kepada Tuhan dan satu sama lain. Saudara itu boleh mula bertaubat dan berubah.

Walaupun keadaan individu kita adalah peribadi, asas-asas injil dan Roh Kudus dapat bantu kita tahu jika, bagaimana, dan bila untuk mempercayai orang lain semula. Apabila kepercayaan hancur atau dikhianati, kekecewaan dan kehampaan adalah nyata; demikianlah keperluan membezakan agar tahu bila iman dan keberanian sesuai untuk percaya semula.

Namun, tentang Tuhan dan wahyu peribadi, Presiden Russell M. Nelson menjamin, “Anda tidak perlu tertanya siapakah yang anda dapat percaya.”6 Kita selalu boleh mempercayai Tuhan. Tuhan mengenali kita dengan lebih baik dan mengasihi kita lebih daripada yang kita tahu atau kasihi diri kita. Kasih-Nya yang tidak terhingga dan pengetahuan sempurna tentang masa lalu, kini dan masa depan menjadikan perjanjian-Nya tetap dan pasti.

Percaya apa yang tulisan suci panggil “dalam peredaran waktu.”7 Dengan berkat, peredaran waktu, iman dan kepatuhan yang berterusan, kita boleh mencari penyelesaian dan kedamaian.

Tuhan berfirman:

“Air mata mungkin mengalir pada waktu malam, tetapi cahaya pagi membawa kegembiraan.”8

“Serahkan bebanmu pada-Nya. Percaya pada-Nya.”9

“Syurga boleh sembuhkan semua dukacita,”10

Percayalah Tuhan11 dan mukjizat-Nya. Hubungan kita boleh berubah. Melalui Korban Tebusan Kristus, kita boleh ketepikan sikap pentingkan diri dan menjadi anak Tuhan, lembut hati, rendah hati,12 penuh dengan iman dan kepercayaan yang sesuai. Apabila kita bertaubat, mengakui dan meninggalkan dosa-dosa kita, Tuhan berfirman Dia tidak mengingatinya lagi.13 Bukanlah Dia lupa; sebaliknya, dalam cara yang luar biasa, Dia memilih untuk tidak mengingatinya.

Percayalah ilham Tuhan untuk bijak membezakan. Kita boleh mengampuni orang lain pada masa dan cara yang betul seperti yang Tuhan ajari,14 “[ber]waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.”15

Kadangkala semasa hati kita sangat hancur dan menyesal, kita lebih terbuka kepada penghiburan dan bimbingan Roh Kudus.16 Kutukan dan keampunan bermula dengan mengenali kesalahan. Selalunya kutukan berfokus pada masa lalu. Keampunan pula berfokus pada masa depan. “Tuhan mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.”17

Rasul Paulus bertanya, “Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita?” Dia jawab, “baik kematian mahupun kehidupan, … baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi dapat menghalang Tuhan mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!”18 Namun, ada seseorang yang boleh memisahkan kita daripada Tuhan dan Yesus Kristus—dan seseorang itu ialah kita, diri kita sendiri. Seperti Yesaya katakan, “Dosa kamu memisahkan kamu daripada-Nya.”19

Melalui kasih dan hukum ilahi, kita bertanggungjawab atas pilihan kita dan akibatnya. Tetapi kasih penebusan Juruselamat kita “tidak terhingga dan abadi.”20 Apabila kita bersedia untuk pulang ke rumah, bahkan ketika kita “masih jauh dari rumah,”21 Tuhan bersedia dengan belas kasihan yang besar untuk mengalu-alukan kita, dengan segala persiapan yang terbaik.22

Presiden J. Reuben Clark berkata, “Saya percaya Bapa Syurgawi kita ingin menyelamatkan setiap anak-anaknya, … agar dalam keadilan dan belas kasihan-Nya, Dia akan memberi kita ganjaran maksimum untuk perbuatan kita, memberi kita segala yang dia dapat berikan, dan dalam balasan, saya percaya Dia akan mengenakan hukuman minimum ke atas diri kita yang Dia boleh berikan.”23

Di atas salib, rayuan berbelas kasihan Juruselamat kita kepada Bapa-Nya bukanlah “Bapa, ampunilah mereka,” tetapi “Bapa, ampunilah mereka. Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.”24 Hak pilihan dan kebebasan kita bermakna kerana kita bertanggungjawab di hadapan Tuhan dan diri kita, kerana identiti, pengetahuan dan perbuatan kita. Kita boleh mempercayai keadilan dan belas kasihan Tuhan yang sempurna untuk menghakimi dengan sempurna maksud dan tindakan kita.

Kita mengakhiri hidup seperti permulaan kita—dengan belas kasihan Tuhan apabila kita pulang kepada-Nya dan satu sama lain.

Anda ingat perumpamaan Yesus Kristus tentang seorang lelaki yang mempunyai dua anak lelaki?25 Seorang anak meninggalkan rumah dan mensia-siakan warisannya. Apabila dia sedar, dia berusaha untuk pulang ke rumah. Anak yang lain pula, berasa dia telah mematuhi perintah-perintah “bertahun-tahun,”26 tidak menyambut kepulangan saudaranya.

Saudara dan saudari, bolehkan anda anggap Yesus meminta kita untuk membuka hati, pemahaman, belas kasihan, dan kerendahan hati kita dan untuk melihat diri kita dalam kedua-dua peranan ini?

Seperti anak pertama, kita mungkin merayau dan kemudian berusaha untuk pulang ke rumah. Tuhan menunggu untuk menyambut kita.

Dan seperti anak yang lain, kita dipuji untuk bersukacita bersama Tuhan apabila kita pulang kepada-Nya. Dia menjemput kita untuk menjadikan jemaah, kuorum, kelas, dan aktiviti kita terbuka, autentik, selamat—rumah untuk semua. Dengan kebaikan hati, kefahaman, dan saling menghormati, kita mencari Tuhan, berdoa dan menerima berkat-berkat injil yang Dia pulihkan untuk semua.

Perjalanan hidup kita adalah individu, tetapi kita boleh datang semula kepada Tuhan Bapa dan Putera Terkasih-Nya melalui kepercayaan kepada Tuhan, satu sama lain dan diri kita.27 Yesus menegur, “Janganlah takut, percayalah kepada-Ku.”28 Seperti Nabi Joseph, semoga kita percaya penjagaan Bapa Syurgawi kita.29 Saudara dan saudari, kawan-kawan sekalian, sila cari semula iman dan kepercayaan—satu mukjizat yang Dia janjikan kepada anda hari ini. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.