Carian yang Setia Diberi Ganjaran
Saya jemput kita semua untuk terus tingkatkan iman kita kepada Kristus, yang terus mengubah kehidupan semua yang cari-Nya.
Bermula pada tahun 1846, beribu-ribu lelaki, wanita dan kanak-kanak perintis menuju barat ke Sion. Iman besar mereka bangkitkan keberanian mereka yang tak terbatas. Bagi sesetengah orang, perjalanan itu tidak pernah selesai kerana mereka mati di sepanjang jalan. Yang lain, menghadapi kesukaran yang hebat, maju ke hadapan dengan iman.
Oleh kerana mereka, generasi kemudian, seperti keluarga saya nikmati berkat-berkat injil Yesus Kristus yang sejati.
Sama seperti pemuda lain, yang akan beritahu nanti, saya mula persoalkan agama dan iman saya pada umur 14 tahun. Saya hadiri gereja dekat rumah saya, tetapi saya rasakan keinginan untuk mengunjungi banyak gereja yang berbeza.
Pada satu petang, saya ternampak dua lelaki muda berpakaian sut gelap dan baju putih memasuki rumah jiran saya. Mereka kelihatan istimewa.
Keesokan hari, saya bertemu dengan jiran saya, Leonor Lopez, dan bertanya kepadanya tentang dua lelaki itu. Leonor berkata mereka ialah penginjil dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dia beritahu saya dengan ceria bahawa keluarganya telah dibaptiskan ke dalam Gereja setahun yang lalu. Melihat minat saya, Leonor jemput saya untuk bertemu dan belajar dengan penginjil tentang Gereja.
Dua hari kemudian, saya sertai keluarga Lopez untuk bertemu dengan penginjil. Mereka perkenalkan diri sebagai Elder John Messerly dari Ogden, Utah, dan Elder Christopher Osorio dari Walnut Creek, California. Saya tidak akan lupakan mereka.
Memandangkan saya hanya berumur 14 tahun, Elder Messerly menegaskan kami pergi ke rumah saya supaya ibu saya dapat tahu apa yang mereka ajarkan kepada saya. Dia dengan baik hati jelaskan bahawa mereka datang untuk kongsi pesanan tentang Yesus Kristus dan meminta kebenarannya untuk ajar saya. Ibu bersetuju dan juga sertai kami sambil mereka ajar saya.
Penginjil terlebih dahulu meminta Leonor untuk berdoa. Ini menyentuh hati saya dengan mendalam kerana doanya bukan pengulangan kata-kata yang dihafal tetapi satu ungkapan dari hatinya. Saya rasa dia benar-benar bercakap dengan bapa Syurgawinya.
Kemudian penginjil ajar kami tentang Yesus Kristus. Mereka tunjukkan gambar-Nya yang mengagumkan saya kerana ia adalah gambar Kristus yang telah bangkit.
Mereka ajar kami bagaimana Yesus menubuhkan Gereja-Nya pada zaman purba, Dia sebagai ketua dan ada dua belas Rasul. Mereka ajar kami tentang Kemurtadan—bagaimana kebenaran dan wewenang Kristus telah diambil dari bumi selepas para Rasul-Nya mati.
Mereka beritahu kami tentang seorang pemuda berumur 14 tahun, Joseph Smith, pada awal tahun 1800, melawat gereja yang berlainan untuk cari kebenaran. Masa berlalu, Joseph menjadi lebih keliru. Selepas baca dalam Alkitab bahawa kita boleh “berdoa kepada Tuhan”1 untuk kebijaksanaan, Joseph, bertindak dengan iman, pergi berdoa dalam hutan dan bertanya gereja manakah yang dia harus ikuti.
Salah seorang penginjil baca laporan Joseph tentang apa yang berlaku semasa dia berdoa:
“Aku melihat suatu tiang cahaya benar-benar berada di atas kepalaku, melebihi keterangan matahari, yang turun secara perlahan-lahan sehingga ia berada padaku.
“… Ketika cahaya itu berada padaku, aku melihat dua Lembaga, yang mana keterangan dan kemuliaan Mereka tidak dapat digambarkan, berdiri di atasku di udara. Salah seorang daripada Mereka berfirman kepadaku, memanggil namaku dan berfirman, sambil menunjuk kepada yang seorang lagi—Inilah Putera-Ku yang Ku kasihi. Dengarkanlah Dia!”2
Semasa pelajaran itu, Roh mengesahkan kepada saya beberapa kebenaran.
Pertama, Tuhan dengar semua doa ikhlas anak-anak-Nya, dan syurga terbuka kepada semua orang—bukan hanya sebilangan orang.
Kedua, Tuhan Bapa, Yesus Kristus, dan Roh Kudus adalah tiga makhluk yang berasingan, bersatu dalam tujuan Mereka “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.”3
Ketiga, kita diciptakan menurut rupa Tuhan. Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus, mempunyai tubuh daging dan tulang seperti kita, tetapi Mereka dimuliakan dan disempurnakan, dan Roh Kudus adalah lembaga roh.4
Keempat, melalui Joseph Smith, Yesus Kristus memulihkan injil-Nya dan Gereja sejati ke bumi. Wewenang imamat yang dianugerahkan kepada Rasul-rasul Kristus 2,000 tahun yang lalu adalah imamat yang sama yang dianugerahkan ke atas Joseph Smith dan Oliver Cowdery oleh Petrus, Yakobus dan Yohanes.5
Akhirnya, kita belajar tentang satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus: Kitab Mormon. Ditulis oleh nabi zaman dahulu, ia ceritakan tentang orang-orang yang tinggal di Benua Amerika sebelum, semasa dan selepas kelahiran Yesus. Darinya kita belajar bagaimana mereka tahu, kasihi dan sembah Kristus, yang muncul kepada mereka sebagai Juruselamat yang dibangkitkan.
Roh Kudus beri kesan yang mendalam semasa saya belajar tentang pengisytiharan Juruselamat kepada mereka: “Lihatlah, Akulah Yesus Kristus, yang telah para nabi bersaksi akan datang ke dunia.”6
Penginjil beri kami salinan Kitab Mormon. Kami baca dan terima jemputan yang terdapat pada penghujung Kitab Mormon, yang membaca:
“Dan apabila kamu akan menerima hal-hal ini, aku hendak mendorongmu agar kamu akan bertanya kepada Tuhan, Bapa Yang Abadi, dalam nama Kristus, jikalau hal-hal ini tidak benar; dan jika kamu akan bertanya dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh, beriman kepada Kristus, Dia akan menyatakan kebenarannya kepadamu, melalui kuasa Roh Kudus.
“Dan melalui kuasa Roh Kudus kamu dapat mengetahui kebenaran tentang semua hal.”7
Sudah hampir 45 tahun sejak ibu saya dan saya pelajari kegembiraan dan kuasa untuk beriman kepada Kristus. Kerana iman mereka kepada Kristus, keluarga Lopez kongsi kepercayaan mereka dengan saya. Ia disebabkan iman mereka kepada Kristus bahawa dua penginjil ini tinggalkan rumah mereka di Amerika Syarikat untuk cari ibu dan saya. Iman semua rakan yang dikasihilah yang tanam benih iman dalam kami yang telah tumbuh jadi pokok perkasa berkat-berkat abadi.
Semasa tahun-tahun yang diberkati ini, kita telah tahu, sebagai Presiden Russell M. Nelson isytiharkan: “Segalanya baik dalam kehidupan—setiap berkat yang berpotensi untuk kepentingan abadi—bermula dengan iman. Membiarkan Tuhan menang dalam hidup kita dengan iman bahawa Dia bersedia membimbing kita. Pertaubatan sejati bermula dengan iman bahawa Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk membersihkan, menyembuhkan dan menguatkan kita.8
Saya jemput kita semua untuk terus tingkatkan iman kita kepada Kristus, yang telah ubah kehidupan ibu saya yang dikasihi dan saya dan terus ubah kehidupan semua yang cari-Nya. Saya tahu Joseph Smith ialah nabi Pemulihan, Presiden Nelson ialah nabi kita hari ini, Yesus ialah Kristus yang hidup dan Penebus kita, dan Bapa Syurgawi hidup dan jawab semua doa anak-anak-Nya. Saya bersaksi akan kebenaran ini dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.