Rasa kasihan Kekal Juruselamat
Ungkapan rasa kasihan kepada orang lain adalah intipati Injil Yesus Kristus.
Salah satu asas paling luar biasa yang diajar oleh Juruselamat semasa pelayanan duniawi-Nya adalah kepentingan melayani orang lain dengan rasa kasihan. Marilah kita renungkan asas ini dan aplikasi praktikalnya dengan pertimbangkan laporan kunjungan Yesus ke rumah Simon, orang Farisi.
Injil Lukas ceritakan bahawa seorang wanita, dianggap seorang pendosa, memasuki rumah Simon semasa Yesus berada di sana. Dengan hati yang menyesal, wanita itu menghampiri Yesus, basuh kaki-Nya dengan air mata, sapunya dengan rambut dia, dan kemudian cium dan sapunya dengan minyak wangi.1 Tuan rumah yang angkuh, anggap dirinya lebih tinggi dari segi moral daripada wanita itu, berfikir kepada dirinya dengan kehinaan dan keangkuhan, “Jika dia benar-benar seorang nabi, tentu dia tahu bahawa wanita yang menyentuhnya itu hidup dalam dosa!”2
Sikap angkuh orang Farisi menyebabkannya menghakimi Yesus dan wanita itu dengan tidak adil. Kerana Dia maha mengetahui, Juruselamat tahu fikiran Simon dan, dengan kebijaksanaan yang besar, cabar sikap meninggi diri Simon, dan juga nasihatinya kerana kekurangan kesopanan dalam menerima tetamu istimewa seperti Juruselamat ke dalam rumahnya. Sebenarnya, teguran langsung Yesus tentang orang Farisi menjadi saksi bahawa Yesus memang miliki kurnia nubuat dan bahawa wanita ini, dengan hati yang menyesal dan rendah hati, telah bertaubat dan diampuni dosa-dosanya.3
Seperti banyak peristiwa lain semasa pelayanan duniawi Yesus, laporan ini menunjukkan sekali lagi bahawa Juruselamat bertindak dengan rasa kasihan terhadap semua yang akan datang kepada-Nya—tak kira keadaan—dan terutamanya terhadap mereka yang paling perlukan bantuan-Nya. Penyesalan dan kasih takzim yang ditunjukkan kepada Yesus oleh wanita itu adalah bukti pertaubatan ikhlas dan keinginan wanita itu untuk terima pengampunan dosa-dosanya. Walau bagaimanapun, keangkuhan Simon, ditambah dengan hatinya yang keras,4 menghalangnya daripada menunjukkan empati bagi jiwa yang bertaubat itu, dan dia merujuk bahkan Juruselamat dunia dengan sikap tidak peduli dan penghinaan. Sikapnya menunjukkan cara hidup yang mematuhi peraturan dengan tegas dan pernyataan luaran tentang kepercayaannya melalui sikap membesarkan diri dan kekudusan palsu.5
Pelayanan Yesus yang berbelas kasihan dan diperibadikan dalam laporan ini menunjukkan satu contoh sempurna bagaimana kita harus berinteraksi dengan orang lain. Tulisan suci mempunyai banyak contoh bagaimana Juruselamat, digerakkan oleh rasa kasihan yang mendalam dan berkekalan, berinteraksi dengan orang-orang pada zaman-Nya, bantu mereka yang menderita dan yang “tidak berdaya, seperti kawanan domba tanpa gembala.”6 Dia hulurkan tangan-Nya yang penuh belas kasihan kepada mereka yang perlukan kelegaan dari beban mereka, secara jasmani dan rohani.7
Sikap rasa kasihan Yesus berakar dalam kasih ihsan,8 iaitu dalam kasih suci dan sempurna-Nya yang merupakan intipati korban tebusan-Nya. Rasa kasihan adalah suatu ciri asas bagi mereka yang berusaha untuk pengudusan. Asas ilahi ini, ia bergabung dengan sifat Kristian lain seperti berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa dan memiliki empati, belas kasihan dan kebaikan hati.9 Pernyataan rasa kasihan kepada orang lain adalah intipati Injil Yesus Kristus dan bukti keras kedekatan rohani dan emosi kita kepada Juruselamat. Tambahan pula, ia menunjukkan tahap pengaruh yang Dia miliki dalam cara hidup kita dan menunjukkan potensi roh kita.
Ia bermakna untuk perhatikan bahawa tindakan rasa kasihan Yesus bukan hanya sekali-kala atau disuruh lakukan, berdasarkan senarai tugas-tugas untuk dilengkapkan, tetapi penyataan harian tentang realiti kasih suci-Nya untuk Tuhan dan anak-anak-Nya dan keinginan-Nya yang kekal untuk bantu mereka.
Yesus dapat kenal pasti keperluan orang walaupun berjauhan. Jadi, tidak menghairankan, bahawa selepas menyembuhkan seorang hamba ketua askar Roma,10 Yesus lakukan perjalanan dari Kapernaum ke kota yang dipanggil Nain. Di sanalah Yesus laksanakan salah satu mukjizat pelayanan duniawi-Nya yang paling manis apabila Dia perintahkan seorang pemuda yang sudah mati, anak tunggal seorang ibu balu, untuk bangkit dan hidup. Yesus bukan saja rasai penderitaan kuat ibu itu tetapi keadaan hidupnya yang susah dan Dia digerakkan dengan rasa kasihan yang tulen terhadapnya.11
Seperti wanita berdosa dan balu Nain, ramai orang dalam lingkungan pengaruh kita mencari penghiburan, perhatian, kekitaan dan apa pun bantuan yang kita boleh berikan kepada mereka. Kita semua boleh jadi alat dalam tangan Tuhan dan bertindak dengan rasa kasihan terhadap mereka yang memerlukan, seperti yang Yesus lakukan.
Saya kenal seorang anak perempuan yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan sumbing lelangit yang sangat serius. Dia telah jalani banyak pembedahan sejak hari kedua kehidupannya. Digerakkan oleh rasa kasihan tulen kepada mereka yang alami cabaran yang sama, gadis ini dan ibu bapanya berusaha untuk beri sokongan, pemahaman, dan bantuan emosi kepada orang lain yang hadapi realiti yang susah ini. Baru-baru ini mereka tulis fsn kongsi kepada saya: “Melalui cabaran anak perempuan kami, kami berpeluang untuk bertemu dengan orang-orang indah yang perlukan penghiburan, sokongan, dan galakan. Beberapa ketika dahulu, anak perempuan kami, yang berumur 11 tahun sekarang, berbual dengan ibu bapa bayi dengan cabaran yang sama. Semasa perbualan ini, anak perempuan kami tanggalkan pelitup muka yang dia pakai kerana pandemik supaya ibu bapa itu dapat lihat bahawa terdapat harapan, walaupun bayi itu masih ada masa yang panjang dalam beberapa tahun akan datang untuk perbaiki masalah itu. Kami bersyukur atas peluang untuk beri empati kami kepada mereka yang menderita, seperti Juruselamat lakukan untuk kami. Kami rasakan kesakitan kami dilegakan setiap kali kami melegakan kesakitan seseorang.”
Rakan-rakan yang dikasihi, apabila kita berusaha dengan iklas untuk bersikap rasa kasihan dalam cara hidup kita, seperti ditunjukkan oleh Juruselamat, kita akan menjadi lebih peka terhadap keperluan orang. Dengan kepekaan tinggi, perasaan minat dan kasih yang tulen akan mempengaruhi setiap tindakan kita. Tuhan akan kenali usaha kita, dan kita akan diberkati dengan peluang untuk jadi alat dalam tangan-Nya dalam menyenang hati dan memberi bantuan kepada “tangan yang terkulai,”12
Peringatan Yesus kepada Simon orang Farisi juga menjelaskan bahawa janganlah buat penghakiman yang kejam terhadap orang lain kerana kita semua perlukan pemahaman dan belas kasihan untuk ketidaksempurnaan kita daripada Bapa Syurgawi yang penuh kasih. Bukankah ini ajaran Juruselamat semasa Dia berfirman, “Mengapakah kamu perhatikan selumbar di dalam mata saudaramu, sedangkan kayu balak di dalam matamu tidak kamu perhatikan?”13
Kita perlu pertimbangkan bahawa ia tidak mudah untuk fahami semua keadaan yang mempengaruhi sikap atau reaksi seseorang. Penampilan luaran boleh menipu dan sering kali bukan suatu pengukuran tepat kelakuan seseorang. Tidak seperti anda dan saya, Kristus mampu lihat dengan jelas semua aspek dari situasi yang diberikan.14 Walaupun Dia ketahui segala kelemahan kita, Juruselamat tidak terburu-buru untuk mengutuk kita tetapi berusaha bersama kita dengan rasa kasihan dari masa ke masa, bantu kita pindahkan kayu balak dari mata kita. Yesus selalunya lihat pada hati, bukan pada penampilan luaran.15 Dia sendiri mengisytiharkan, “Janganlah hakimi orang berdasarkan apa yang kelihatan.”16
Sekarang, pertimbangkan nasihat Juruselamat yang bijaksana kepada dua belas pengikut bangsa Nefi mengenai soalan ini:
“Dan ketahuilah kamu bahawa kamu akan menjadi para hakim ke atas bangsa ini, menurut pertimbangan yang akan Aku berikan kepadamu, yang adalah adil. Oleh itu, kamu harus menjadi orang yang bagaimana? Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti Aku.”17
“Oleh itu Aku menghendaki agar kamu haruslah menjadi sempurna bahkan seperti Aku, atau Bapamu yang berada di dalam syurga yang sempurna.”18
Dalam konteks ini, Tuhan perbaiki penghakiman ke atas mereka yang ambil ke atas diri mereka untuk hakimi kelemahan orang lain yang tidak soleh. Untuk layakkan diri kita untuk buat penghakiman yang soleh, kita mesti berusaha untuk jadi seperti Juruselamat dan lihat ketidaksempurnaan individu dengan rasa kasihan, bahkan melalui mata-Nya. Memandangkan kita masih ada jalan yang panjang untuk capai kesempurnaan, mungkin ia lebih baik jika kita duduk di kaki Yesus dan merayu untuk belas kasihan untuk ketidaksempurnaan kita sendiri, seperti wanita bertaubat di rumah Orang Farisi itu, dan tidak habiskan banyak masa dan tenaga untuk perbaiki ketidaksempurnaan orang lain.
Rakan-rakan saya yang dikasihi, saya bersaksi bahawa apabila kita berusaha untuk gabungkan contoh rasa kasihan Juruselamat ke dalam hidup kita, keupayaan kita untuk memuji hemah sesama kita akan bertambah dan naluri semula jadi kita untuk hakimi ketidaksempurnaan mereka akan berkurang. Perhubungan kita dengan Tuhan akan lebih erat, dan pastinya kehidupan kita akan jadi lebih manis, perasaan kita lebih lembut dan kita akan temui sumber kegembiraan yang tidak akan berakhir. Kita akan dikenali sebagai pendamai,19 yang kata-katanya lemah lembut bagaikan embun pagi musim bunga.
Saya berdoa agar kita akan jadi lebih sabar dan lebih memahami saudara dan saudari di sekeliling kita dan bahawa belas kasihan Tuhan dalam kelembutan hati yang sempurna, akan menenangkan ketidaksabaran kita terhadap ketidaksempurnaan orang lain. Inilah jemputan Juruselamat kepada kita. Saya bersaksi bahawa Dia hidup. Dia ialah teladan sempurna penganutan yang berbelas kasihan dan sabar. Saya bersaksi tentang semua kebenaran ini dalam nama kudus Juruselamat Yesus Kristus, amin.