Persidangan Umum
Kebenaran Suci, Ajaran Suci dan Wahyu Suci
Persidangan Umum Oktober 2021


5:27

Kebenaran Suci, Ajaran Suci dan Wahyu Suci

Sila jadikan persidangan ini satu masa untuk menjamu pesanan-pesanan daripada Tuhan melalui hamba-hamba-Nya.

Saudara dan saudari yang dikasihi, selamat datang ke persidangan umum! Betapa gembiranya dapat bersama anda! Saya kerap memikir tentang anda selama beberapa bulan ini. Saya telah berdoa tentang anda dan untuk anda. Dalam minggu-minggu sebelumnya saya telah berdoa dengan bersungguh-sungguh agar persidangan ini akan menjadi masa pewahyuan dan renungan bagi semua yang mencari berkat-berkat tersebut.

Kami gembira dapat berucap kepada anda dari Pusat Persidangan semula. Kebanyakan tempat duduk masih kosong, tetapi kehadiran beberapa ahli Koir Tabernacle merupakan langkah ke hadapan yang menakjubkan. Kami mengalu-alukan anda semua ke persidangan yang kebanyakannya masih virtual ini, di mana pun anda berada.

Kita masih menangani kesan COVID-19 dan variannya. Kami berterima kasih kerana anda mengikut nasihat kami dan nasihat pakar perubatan dan pegawai kerajaan dalam komuniti masing-masing.

Kami mengadakan setiap persidangan umum seperti yang diarahkan oleh Tuhan.1 Dalam tahun-tahun yang lepas, bentuk persidangan telah berubah. Ketika saya masih muda, persidangan umum berlangsung selama tiga atau empat hari. Kemudian, persidangan dikurangkan kepada dua hari. Setiap pesanan—pada masa itu dan sekarang—adalah hasil dari doa bersungguh dan banyak persediaan rohani.

Para Penguasa Umum dan Pegawai Umum Gereja yang berucap akan menumpukan pesanan mereka kepada Juruselamat kita, Yesus Kristus, belas kasihan-Nya, dan kuasa penebusan-Nya yang tidak terhingga. Tidak pernah ada masa dalam sejarah dunia di mana pengetahuan tentang Juruselamat semakin penting dan berkaitan bagi setiap jiwa manusia. Bayangkan betapa cepatnya konflik yang memusnahkan di seluruh dunia—dan mereka dalam kehidupan individu kita—boleh diselesaikan jika kita semua memilih untuk mengikut Yesus Kristus dan mentaati ajaran-ajaran-Nya.

Dengan roh itu, saya menjemput anda untuk memberi perhatian kepada tiga perkara semasa persidangan ini: kebenaran suci, ajaran Kristus yang suci dan wahyu suci. Di sebalik keraguan sesetengah orang, memang ada perkara yang benar dan salah. Memang ada kebenaran mutlak—kebenaran abadi. Salah satu wabak zaman kita adalah tidak ramai yang tahu ke mana untuk berpaling bagi kebenaran.2 Saya boleh menjaminkan kepada anda bahawa apa yang anda akan dengar hari ini dan keesokan hari membuktikan kebenaran suci.

Ajaran suci Kristus adalah berkuasa. Ia mengubah kehidupan semua yang memahami dan berusaha untuk melaksanakannya dalam hidup dia. Ajaran Kristus membantu kita mencari dan kekal pada jalan perjanjian. Kekal pada jalan yang sempit tetapi sangat jelas akan melayakkan kita untuk menerima semua yang Tuhan miliki.3 Tiada apa-apa pun yang lebih berharga daripada segala yang Bapa kita milik!

Akhirnya, wahyu suci untuk soalan-soalan dalam hati anda akan menjadikan persidangan ini berharga dan diingati. Jika anda belum mencarikan pelayanan Roh Kudus untuk membantu anda mendengar apa yang Tuhan ingin anda dengar dalam dua hari ini, saya menjemput anda untuk melakukannya sekarang. Sila jadikan persidangan ini satu masa untuk menjamu pesanan-pesanan daripada Tuhan melalui hamba-hamba-Nya. Belajarlah bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam hidup anda.

Ini adalah Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Kita adalah umat perjanjian-Nya. Tuhan mengisytiharkan bahawa Dia akan mempercepatkan pekerjaan-Nya pada waktunya,4 dan Dia sedang melakukannya dengan cepat. Kita berhak istimewa untuk terlibat dalam pekerjaan kudus-Nya.

Saya memohon satu berkat kepada semua yang mencari cahaya, pengetahuan, dan kebenaran yang lebih. Saya mengungkapkan kasih saya untuk setiap anda, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.