Persidangan Umum
Kasih Tuhan
Persidangan Umum Oktober 2021


13:11

Kasih Tuhan

Bapa dan Penebus kita telah memberkati kita dengan perintah-perintah, dan dalam mematuhi perintah-perintah Mereka, kita merasai kasih sempurna Mereka dengan lebih penuh dan lebih mendalam.

Bapa Syurgawi mengasihi kita dengan mendalam dan sempurna.1 Dalam kasih-Nya, Dia telah menciptakan satu rancangan, rancangan penebusan dan kegembiraan untuk memberi peluang dan kegembiraan yang kita rela terima, termasuklah segala yang Dia ada.2 Untuk mencapai ini, Dia juga rela untuk mempersembahkan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, sebagai Penebus kita. “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan abadi.”3 Dia adalah kasih suci Bapa—universal kepada semua, namun peribadi bagi setiap orang.

Yesus Kristus berkongsi dengan Bapa, kasih yang sempurna ini. Apabila Bapa pertama kalinya menjelaskan rancangan kegembiraan-Nya yang agung, Dia memanggil seseorang untuk bertindak sebagai Juruselamat dan menebus kita—bahagian penting dalam rancangan itu. Yesus menawarkan, “Di sinilah Aku, utuslah Aku.”4 Juruselamat “tidak melaksanakan apa-apa pun kecuali bagi manfaat dunia; kerana Dia mengasihi dunia, bahkan sehingga Dia menyerahkan nyawa-Nya agar Dia dapat menarik semua manusia kepada Dia. Oleh kerana itu, Dia tidak memerintahkan sesiapa pun bahawa mereka tidak patut mengambil bahagian dalam penyelamatan-Nya.”5

Kasih ilahi ini harus memberi kita ketenangan dan keyakinan yang banyak semasa kita berdoa kepada Bapa dalam nama Kristus. Tiada di kalangan kita orang asing bagi Mereka. Kita tidak perlu ragu untuk memanggil Tuhan, bahkan ketika kita berasa tidak layak. Kita boleh bergantung pada belas kasihan dan jasa Yesus Kristus untuk didengari.6 Apabila kita berpegang kepada kasih Tuhan, kita kurang bergantung kepada kelulusan orang lain untuk membimbing kita.

Kasih Tuhan Tidak Mengampunkan Dosa, Sebaliknya Ia Menawarkan Penebusan

Oleh kerana kasih Tuhan merangkumi semua, ada yang mentafsirkannya sebagai “tanpa syarat,” dan dalam minda mereka, mereka boleh menyimpulkan maksud berkat Tuhan adalah “tanpa syarat” dan keselamatan adalah “tanpa syarat.” Ini tidak benar. Ada yang berkata, “Juruselamat mengasihi saya seperti sedia ada,” dan itu benar. Namun Dia tidak boleh membawa sesiapa pun ke dalam kerajaan-Nya seperti sedia ada, “kerana tiada hal yang tidak bersih dapat tinggal di sana, atau berada di hadirat-Nya.”7 Dosa-dosa kita mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Profesor Hugh Nibley menyatakan bahawa kerajaan Tuhan tidak dapat bertahan jika ia membenarkan dosa yang paling kecil: Dengan sedikit noda kerosakan akhlak bererti dunia seterusnya tidak sempurna atau abadi. Kecacatan kecil bangunan, institusi, kanun, atau sikap akan mengakibatkan celaka di keabadian.”8 Perintah-perintah Tuhan “ketat”9 kerana kerajaan dan rakyat-Nya hanya boleh bertahan jika mereka sentiasa menolak kejahatan dan memilih kebaikan sentiasa, tanpa pengecualian.10

Elder Jeffrey R. Holland perhatikan, “Yesus faham apa yang ramai orang dalam budaya moden selalu lupa: perbezaan yang penting di antara mengampuni dosa (yang mana Dia punyai kebolehan yang tidak terhingga) dan biarkan orang berdosa (Dia tidak pernah buat demikian sekali pun).”11

Walaupun ketidaksempurnaan kini, kita masih boleh berharap untuk memperoleh “nama dan kedudukan,”12 sebuah tempat, dalam Gereja-Nya dan di dunia selestial. Setelah menyatakan dengan jelas bahawa Dia tidak boleh membenarkan dosa, Tuhan menyakinkan kita,

“Walaupun demikian, dia yang bertaubat dan melakukan perintah-perintah Tuhan akan diampunkan.”13

“Ya, dan sekerap umat-Ku bertaubat akanlah Aku ampuni mereka bagi pelanggaran mereka terhadap-Ku.”14

Pertaubatan dan rahmat ilahi menyelesaikan dilema:

“Ingatlah juga perkataan yang Amulek ucapkan kepada Zezrom, di kota Amoniha, kerana dia berkata kepadanya bahawa Tuhan pasti akan datang untuk menebus umat-Nya, tetapi bahawa Dia tidak akan datang untuk menebus mereka dalam dosa-dosa mereka, tetapi untuk menebus mereka dari dosa-dosa mereka.

“Dan Dia telah diberikan kuasa kepada-Nya daripada Bapa untuk menebus mereka dari dosa-dosa mereka kerana pertaubatan; oleh kerana itu, Dia telah mengutus para malaikat-Nya untuk memaklumkan khabar tentang syarat-syarat pertaubatan, yang membawa kepada kuasa Penebus, sehingga kepada keselamatan jiwa mereka.”15

Dengan syarat pertaubatan, Tuhan boleh memberi belas kasihan tanpa merampas keadilan dan “Tuhan tidak berhenti menjadi Tuhan.”16

Cara dunia, sepertimana anda tahu, adalah anti-Kristus, atau “apa-apa pun kecuali Kristus.” Zaman kita adalah peringatan sejarah Kitab Mormon di mana tokoh karismatik mengejar kekuasaan yang tidak soleh terhadap orang lain, meraikan kebebasan seksual, dan menggalakkan pengumpulan kekayaan sebagai objek kewujudan kita. Falsafah mereka “membenarkan sedikit dosa dilakukan”17 atau bahkan banyak dosa, tetapi tiada yang dapat menawarkan penebusan. Itu hanya datang melalui darah Anak Domba. Tawaran kerumun yang menyokong “apa pun kecuali Kristus” atau “apa pun kecuali pertaubatan” adalah tuntutan tidak berasas bahawa dosa tidak wujud, atau jika ia wujud, tidak membawa sebarang akibat. Saya tidak dapat melihat hujah itu menang di Penghakiman Akhir.18

Kita tidak perlu cuba perkara yang mustahil untuk cuba merasionalkan dosa-dosa kita. Malah, kita tidak perlu cuba memadamkan kesan-kesan dosa dengan jasa kita sendiri. Kita bukanlah agama rasionalisasi atau agama kesempurnaan, tetapi satu agama penebusan—penebusan melalui Yesus Kristus. Jika kita berada di kalangan yang bertaubat, dengan Korban Tebusan-Nya dosa-dosa kita dipaku pada salib-Nya, dan “dengan bilur-bilur-Nya kita disembuhkan.”19

Kasih Penyayang Para Nabi Mencerminkan Kasih Tuhan

Saya telah lama kagum, dan juga merasai, kasih penyayang para nabi Tuhan dalam amaran mereka terhadap dosa. Mereka tidak didorong oleh keinginan untuk menghukum. Hasrat sejati mereka mencerminkan kasih Tuhan; malah, ia adalah kasih Tuhan. Para nabi mengasihi mereka yang datang, sesiapa pun dan apa pun ciri mereka. Seperti Tuhan, hamba-hamba-Nya tidak mahu sesiapa pun menderita akibat dosa dan pilihan yang buruk.20

Alma dihantar untuk mengisytiharkan pesanan pertaubatan dan penebusan kepada para pembenci yang sanggup menganiaya, menyeksa, dan juga membunuh orang Kristian, termasuk Alma sendiri. Namun dia kasihi mereka dan ingin menyelamatkan mereka. Setelah mengistyharkan Korban tebusan Kristus kepada orang Amoniha, Alma memohon “Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku berkeinginan dari lubuk hatiku, ya, dengan kegelisahan besar bahkan hingga terasa sakit, bahawa kamu akan mendengar perkataan-perkataanku, dan mengenyahkan dosa-dosamu, … agar kamu boleh diangkat pada hari terakhir dan masuk ke dalam peristirahatan [Tuhan].”21

Dalam kata-kata Presiden Russell M. Nelson, “Oleh kerana kita sangat mengambil berat terhadap semua anak Tuhanlah kita mengisytiharkan kebenaran-Nya.”22

Tuhan Mengasihi Anda; Adakah Anda Mengasihi Dia?

Kasih Bapa dan Putera diberi tanpa harga tapi merangkumi harapan dan jangkaan. Dipetik semula daripada Presiden Nelson, “Hukum-hukum Tuhan didorongi sepenuhnya dari kasih-Nya yang tidak terbatas bagi kita dan keinginan Dia bagi kita untuk menjadi segala yang kita boleh menjadi.”23

Kerana Mereka mengasihi anda, Mereka tidak mahu meninggalkan anda “sedia ada.” Kerana Mereka mengasihi anda, Mereka ingin anda mempunyai kebahagiaan dan kejayaan. Kerana Mereka mengasihi anda, Mereka inginkan anda bertaubat kerana itulah jalan ke kegembiraan. Tetapi ia adalah pilihan anda—Mereka menghormati hak pilihan anda. Anda mesti memilih untuk mengasihi Mereka, melayani Mereka, mematuhi perintah-perintah Mereka. Barulah mereka boleh memberkati anda dengan lebih dan mengasihi anda.

Harapan utama Mereka bagi kita adalah untuk kita juga mengasihi. “Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Tuhan kerana Tuhan itu kasih.”24 Seperti ditulis oleh Yohanes, “Sahabat-sahabat yang aku kasihi, jika Tuhan sangat mengasihi kita, kita pun harus saling mengasihi.”25

Bekas Presiden Umum Sekolah Primer, Joy D. Jones, mengingat ketika sebagai pasangan muda, dia dan suaminya dipanggil untuk melawat dan melayani satu keluarga yang tidak aktif. Jelasnya dalam kunjungan pertama mereka tidak diingini. Kecewa dengan percubaan-percubaan lain yang gagal, dan setelah banyak berdoa dan renungan, Brother dan Sister Jones menerima jawapan akan mengapa mereka melayan melalui ayat dalam Ajaran dan Perjanjian yang berkata: “Engkau haruslah mengasihi Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap daya, fikiran, dan kekuatanmu; dan dalam nama Yesus Kristus engkau akan melayani-Nya.26 Sister Jones kata:

“Kami sedar bahawa kami sedang berusaha dengan ikhlas untuk melayan keluarga ini dan melayan uskup kami, tetapi kami perlu menanya diri jika kami benar-benar melayan kerana kasih untuk Tuhan. …

“ … Kami mula mengharapkan lawatan bersama keluarga ini kerana kasih kami untuk Tuhan (lihat 1 Nefi 11:22). Kami melakukannya untuk Dia. Dia membuat perjuangan bukan satu perjuangan lagi. Selepas beberapa bulan berdiri di depan pintu, keluarga itu mula menjemput kami masuk. Akhirnya, kami berdoa dengan kerap dan membincangkan Injil bersama. Satu persahabatan yang kukuh terbentuk. Kami menyembah dan mengasihi-Nya dengan mengasihi anak-anak-Nya.”27

Dalam mengakui bahawa Tuhan mengasihi kita dengan sempurna, setiap kita mungkin bertanya, “Seberapa baik saya mengasihi Tuhan? Bolehkah Dia bergantung kepada kasih saya sebagaimana saya bergantung kepada-Nya?” Bukankah ia satu aspirasi yang layak supaya Tuhan mengasihi kita di sebalik kelemahan kita tetapi juga kerana apa yang kita akan menjadi? Ya, Dia boleh berfirman kepada anda dan saya sepertimana kepada Hyrum Smith, contohnya, “Aku, Tuhan, mengasihinya kerana integriti hatinya.”28 Marilah kita ingati peringatan Yohanes: “Apabila kita mentaati perintah Tuhan, maka kita mengasihi Tuhan. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita.”29

Sesungguhnya, perintah-perintah-Nya tidaklah menyusahkan—malah sebaliknya. Ia menandakan jalan pemulihan, kegembiraan, kedamaian, dan kebahagiaan. Bapa dan Penebus kita telah memberkati kita dengan perintah-perintah, dan dalam mematuhi perintah-perintah Mereka, kita merasai kasih sempurna Mereka dengan lebih penuh dan mendalam.30

Kasih Tuhan adalah penyelesaian untuk zaman yang sentiasa berbalah. Pada zaman emas sejarah Kitab Mormon berikutan pelayanan Juruselamat, ia dilaporkan bahawa “tidak ada pertikaian di negeri itu, kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.”31 Ketika kita berusaha ke arah Sion, ingatilah janji dalam Kitab Wahyu: “Berbahagialah orang yang mencuci jubah mereka sehingga bersih. Mereka berhak makan buah pokok sumber kehidupan dan masuk ke dalam kota [suci] melalui pintu gerbang.”32

Saya bersaksi tentang realiti Bapa Syurgawi dan Penebus kita, Yesus Kristus, dan kasih mereka yang berterusan dan tidak terhingga. Dalam nama Yesus Kristus, amin.