Perjanjian Baru 2023
23 Julai. Apakah Maksudnya untuk Menjadi Pengikut Yesus Kristus? Kisah Rasul-Rasul 10–15


“23 Julai. Apakah Maksudnya untuk Menjadi Pengikut Yesus Kristus? Kisah Rasul-Rasul 10–15,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“23 Julai. Apakah Maksudnya untuk Menjadi Pengikut Yesus Kristus?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023

Yesus dan pengikut-pengikut

Jesus and His Disciples [Yesus dan Para Pengikut-Nya], © Balage Balogh/Art Resource, NY

23 Julai

Apakah Maksudnya untuk Menjadi Pengikut Yesus Kristus?

Kisah Rasul-Rasul 10–15

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain dalam hal-hal yang kita sedang lalui?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menggunakan teknologi sebagai alat untuk berkongsi injil dengan lebih baik?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah yang sedang kita lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada Kristus?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Bab 11 Kisah Rasul-Rasul menceritakan bahawa buat kali pertama “pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian” (ayat 26). Ia adalah hak istimewa dan tanggungjawab kudus untuk dikenali sebagai salah seorang pengikut Kristus dan dipanggil dengan nama-Nya. Seperti Presiden M. Russell Ballard berkata: “Adakah kita menyedari betapa kita diberkati untuk mengambil ke atas diri kita nama Putera Tunggal Tuhan? Adakah kita memahami betapa pentingnya itu? Nama Juruselamat adalah satu-satunya nama di bawah syurga di mana manusia dapat diselamatkan” (“The Importance of a Name,” Liahona, Nov. 2011, 79).

Apakah maksudnya untuk anda menjadi seorang Kristian—seorang pengikut Yesus Kristus? Apakah maksudnya kepada ahli-ahli kelas atau kuorum anda? Bagaimanakah pengambilan nama-Nya ke atas diri anda mempengaruhi anda? Anda juga boleh memikirkan masa apabila anda diilhami oleh teladan seseorang yang bertindak sebagai pengikut benar Kristus.

Semasa anda bersedia untuk mengajar, selain membaca Kisah Rasul-Rasul 10–15, pertimbangkan untuk membaca satu atau lebih pesanan persidangan umum yang terdapat dalam “Sumber-sumber Berkaitan.”

Belajar Bersama

Untuk membantu ahli-ahli kelas atau kuorum anda memahami maksud untuk menjadi pengikut Yesus Kristus, anda boleh menjemput mereka untuk menyelesaikan pernyataan berikut: “Seorang pengikut Yesus Kristus adalah seseorang yang …” Mereka boleh menyemak Kisah Rasul-Rasul 11:19–26, mencari pemahaman dalam ayat 21, 23–24, 26 tentang bagaimana ahli-ahli Gereja ini menunjukkan bahawa mereka adalah pengikut. Bagaimanakah menjadi pengikut Yesus Kristus mempengaruhi fikiran dan tingkah laku kita? Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menambah kepada perbincangan ini.

  • Ia boleh membantu untuk membincangkan apakah itu pengikut Yesus Kristus (lihat kenyataan oleh Elder Robert D. Hales dalam “Sumber-sumber Berkaitan”). Anda boleh meminta para remaja untuk berkongsi beberapa ajaran Yesus Kristus yang mengilhami mereka dan beberapa perkara yang mereka telah pelajari dari teladan-Nya. Mereka boleh mencari beberapa tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan,” atau yang lain yang mereka tahu, untuk idea-idea. Mereka boleh menyenaraikan di papan tulis apa yang mereka pelajari tentang Juruselamat dari ayat-ayat tersebut. Kemudian mereka boleh bercakap tentang cara mereka boleh mengikuti ajaran dan contoh yang disenaraikan di papan tulis dengan ikhlas.

  • Minta ahli-ahli kelas atau kuorum untuk berfikir tentang apa maksudnya untuk menjadi seorang Kristian. Mereka boleh membuat satu senarai kualiti yang mereka harapkan untuk dapati dalam kehidupan seseorang yang mengikuti Yesus Kristus (lihat, sebagai contoh, Yohanes 13:34–35). Anda boleh membahagikan para remaja kepada dua kumpulan dan minta setiap kumpulan untuk membaca salah satu pesanan berikut dan mencari kualiti tambahan yang mereka akan tambahkan ke dalam senarai mereka: Elder Terence M. Vinson, “Pengikut Juruselamat yang Sejati” (Liahona, Nov. 2019, 9–11) dan Elder Massimo De Feo, “Kasih Suci: Tanda Setiap Pengikut Sejati Yesus Kristus” (Liahona, Mei 2018, 81–83). Jemput para remaja untuk merenungkan sesuatu dalam senarai yang mereka ingin memperbaiki.

  • Anda boleh bertanya kepada ahli-ahli kelas atau kuorum apakah maksudnya kepada mereka untuk dipanggil dengan nama Yesus Kristus. Mereka mungkin boleh berkongsi pengalaman yang mereka miliki apabila seseorang belajar bahawa mereka adalah ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Bagaimanakah perasaan kita apabila dikenali sebagai pengikut Yesus Kristus dan ahli-ahli Gereja-Nya? Para remaja juga boleh meneroka beberapa tulisan suci atau salah satu pesanan dalam “Sumber-sumber Berkaitan”, mencari tanggapan yang mengilhami mereka untuk hidup menurut nama Yesus Kristus, yang mereka telah ambil ke atas diri mereka sendiri. Bagaimanakah dipanggil dengan nama Yesus Kristus mempengaruhi pilihan yang kita buat?

remaja puteri sedang berjalan

Sebagai ahli Gereja Kristus, kita adalah pengikut-Nya dan dipanggil dengan nama-Nya.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Sebagai seorang pengajar, anda boleh menggalakkan perbincangan yang memperkayakan pengalaman dan kesaksian pelajar.