Perjanjian Baru 2023
13 Ogos. Bagaimanakah Yesus Kristus Boleh Membantu Saya Berubah? Roma 1–6


“13 Ogos. Bagaimanakah Yesus Kristus Boleh Membantu Saya Berubah? Roma 1-6,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“13 Ogos. Bagaimanakah Yesus Kristus Boleh Membantu Saya Berubah?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023

pembaptisan

13 Ogos

Bagaimanakah Yesus Kristus Boleh Membantu Saya Berubah?

Roma 1–6

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita menemukan kebahagiaan dengan mengikuti Yesus Kristus?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah dalam bahagian atau komuniti kita yang memerlukan bantuan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh membantu satu sama lain bersedia untuk pelayanan misionari?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menyumbang kepada usaha bahagian kita untuk melakukan pekerjaan sejarah keluarga dan bait suci?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

“Injil Yesus Kristus adalah satu injil perubahan!” Presiden Russell M. Nelson telah berkata (“Decisions for Eternity,” Liahona, Nov. 2013, 108). Demikian juga, Rasul Paulus menjelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, kita “mengamalkan hidup yang baru” (Roma 6:4). Kerana Yesus Kristus, setiap hari—bukan hanya pada hari pembaptisan kita—boleh membawa ‘hidup yang baru’ atau peluang untuk berjalan lebih jauh dari dosa dan lebih dekat kepada Tuhan. Pengamalan injil Yesus Kristus bermaksud untuk bertaubat dan menjadi lebih dekat kepada Tuhan—secara berterusan, kadangkala secara beransur-ansur—mengetahui bahawa usaha kita akan membawa kita ke kegenapan kebahagiaan.

Renungkan bagaimana Juruselamat mengubah anda dan orang yang anda ajar. Bagaimanakah anda dapat menerima kuasa Juruselamat dengan lebih lengkap untuk mengubah anda? Fikirkan tentang ini semasa anda membaca Roma 1–6 dan semasa anda bersedia untuk mengajar. Anda juga boleh mengkaji pesanan Presiden Russell M. Nelson “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik” (Liahona, Mei 2019, 67–69) atau pesanan Sister Becky Craven “Mengekalkan Perubahan” (Liahona, Nov. 2020, 58–60).

Belajar Bersama

Bagi sesetengah daripada kita, “hidup yang baru” yang Kristus tawarkan (Roma 6:4) adalah susah untuk dilihat kerana ia berlaku secara beransur-ansur, sementara bagi orang lain, perubahan ini berlaku dengan lebih cepat. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk berkongsi apa maksudnya “mengamalkan hidup yang baru” bagi mereka. Apakah beberapa perkataan dan frasa dari Roma 6 yang menggambarkan kehidupan kita dengan dan tanpa pengaruh Juruselamat? (Jika para remaja memerlukan bantuan, mereka boleh mencari dalam ayat-ayat 6, 11, 22–23. Apakah perkataan dan frasa lain yang kita boleh fikirkan? Bagaimanakah Juruselamat menawar untuk membantu kita berubah? Aktiviti-aktiviti seperti berikut boleh membawa kepada perbincangan yang lebih mendalam tentang topik ini.

  • Untuk membantu kelas atau kuorum berfikir tentang perubahan yang Juruselamat boleh membantu mereka buat, jemput mereka untuk membaca definisi di bawah “Bertaubat,Pertaubatan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Mereka juga boleh membincangkan definisi pertaubatan oleh Presiden Russell M. Nelson dalam tujuh perenggan pertama pesanannya “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik.” Apakah kebenaran penting yang kita pelajari tentang pertaubatan dari definisi-definisi ini? Anda juga boleh memberi masa kepada kelas atau kuorum untuk merenungkan senarai hal-hal yang Yesus minta kita ubahkan (dalam perenggan kelima pesanannya). Galakkan mereka untuk menulis sesuatu tertentu yang mereka rasa terilham untuk berubah. Berikan kesaksian anda tentang kuasa Juruselamat untuk membantu kita bertaubat dan berubah.

  • Sister Becky Craven berkata bahawa kawan-kawan dari masa lalu kadangkala berkata, “Kamu tidak berubah langsung!” Anda boleh berkongsi komen Sister Craven tentang ini (lihat “Mengekalkan Perubahan,” 59–60). Minta ahli kelas atau kuorum membayangkan dalam lima atau sepuluh tahun, mereka bertemu seorang kawan dari masa lalu mereka. Apakah perubahan yang mungkin jelas bagi kawan-kawan kita? Dalam cara apakah kita berharap kita akan berubah? Bagaimanakah iman dalam Yesus Kristus membantu kita untuk berubah? (lihat Mosia 5:2–5, 7; Alma 5:11–13; Eter 12:27, atau “pola berterusan untuk perubahan” yang digambarkan oleh Sister Craven dalam empat perenggan pesanannya bermula dengan “Ketika saya masih muda”). Anda boleh meminta para remaja untuk berkongsi pengalaman apabila Yesus Kristus membantu mereka berubah.

  • Kadangkala kita mungkin berfikir bahawa kita diharapkan untuk membuat perubahan atau pembaikan dalam hidup kita secara sendiri. Bagaimanakah ini berbeza dari pertaubatan yang benar? Untuk membantu kelas atau kuorum membincangkan soalan ini, anda boleh kaji semula bersama-sama kenyataan dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Apakah yang kita boleh lakukan sekarang untuk mencari bantuan dan kuasa Juruselamat supaya perubahan kita akan menjadi tetap dan bahagia? Ini boleh menjadi peluang yang baik bagi para remaja untuk mempertimbangkan matlamat perkembangan peribadi mereka. Bagaimanakah kita boleh melibatkan Juruselamat dalam matlamat kita?

remaja puteri sedang berjalan

Iman kepada Yesus Kristus membantu kita bertaubat dan menjadi lebih seperti-Nya setiap hari.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

  • Presiden Russell M. Nelson menjelaskan: “Kita boleh mengubah tingkah laku kita. Keinginan kita boleh berubah. Bagaimana? Hanya ada satu cara. Perubahan benar—perubahan kekal—boleh datang hanya melalui penyembuhan, pembersihan, dan kuasa yang memungkinkan Korban Tebusan Yesus Kristus. … Dia mengasihi anda—setiap anda! Dia membenarkan anda mengakses kuasa-Nya semasa anda mematuhi perintah-perintah-Nya, dengan bersemangat, bersungguh, dan tepat” (“Decisions for Eternity,” 108).

  • Elder Dale G. Renlund mengajar: “Kuasa yang membolehkan pertaubatan [adalah] pengorbanan penebusan Juruselamat kita. Pertaubatan ikhlas harus melibatkan kepercayaan kepada Tuhan Yesus Kristus, kepercayaan bahawa Dia boleh mengubah kita, kepercayaan bahawa Dia boleh mengampuni kita, dan kepercayaan bahawa Dia akan membantu kita mengelak kesalahan lebih. Kepercayaan jenis ini menjadikan Korban Tebusan-Nya berkesan dalam kehidupan kita. Apabila kita … “pusing kembali” [bertaubat] dengan bantuan Juruselamat, kita akan dapat merasai harapan dalam janji-janji-Nya dan kegembiraan dari pengampunan. Tanpa Sang Penebus, harapan dan kegembiraan yang wujud hilang, dan pertaubatan hanya menjadi perubahan tingkah laku yang menyedihkan. Tetapi dengan menggunakan keimanan terhadap Dia, kita menjadi penganut terhadap kebolehan dan keinginan-Nya untuk mengampunkan dosa” (Dale G. Renlund, “Pertaubatan: Pilihan yang Menggembirakan,” Liahona, Nov. 2016, 122).

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Aktiviti-aktiviti dalam panduan ini mencadangkan cara-cara yang mungkin untuk membantu kelas atau kuorum anda belajar bersama tentang Juruselamat dan kuasa-Nya untuk membantu kita berubah. Mungkin terdapat pendekatan lain yang akan lebih berkesan bagi mereka yang anda ajar. Cari bimbingan Roh dengan penuh doa semasa anda merancangkan cara untuk membina iman kepada Yesus Kristus.