Perjanjian Baru 2023
27 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Bahawa Saya Tahu Tubuh Saya Adalah Kurnia Kudus daripada Tuhan? 1 Korintus 1–7


“27 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Bahawa Saya Tahu Tubuh Saya Adalah Kurnia Kudus daripada Tuhan? 1 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“27 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Bahawa Saya Tahu Tubuh Saya Adalah Kurnia Kudus daripada Tuhan?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

bait suci

Bait Suci Indianapolis Indiana

27 Ogos

Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Bahawa Saya Tahu Tubuh Saya Adalah Kurnia Kudus daripada Tuhan?

1 Korintus 1–7

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang mendorong kita lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Adakah sesiapa yang baru berpindah ke bahagian kita atau baru menyertai Gereja? Bagaimanakah kita boleh bantu mereka berasa dialu-alukan?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah aktiviti-aktiviti akan datang yang kita boleh menjemput rakan-rakan kita untuk hadir?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk mencatat sejarah peribadi kita?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Baik atau buruk, Orang Suci Zaman Akhir nampaknya terkenal dengan apa yang kita tidak lakukan. Kebanyakan “tidak” itu mempunyai kaitan dengan cara kita memperlakukan badan jasmani kita. Di sebalik setiap pilihan itu tentang apa yang harus dilakukan adalah beberapa kebenaran abadi—apa yang kita tahu. Apabila kebenaran abadi membimbing pilihan kita, pilihan-pilihan itu menjadi lebih mudah untuk dibuat, lebih bahagia, dan lebih bertahan. Kebenaran abadi juga membantu kita menjelaskan pilihan kita kepada kawan-kawan kita. Sebagai tambahan kepada apa yang kita tidak lakukan, kita boleh menjadi lebih dikenali untuk apa yang kita ketahui.

Fikirkan tentang kebenaran abadi yang anda tahu tentang badan jasmani kita—mengapa kita mempunyainya, bagaimana perasaan Tuhan terhadap mereka, dan bagaimana Dia ingin kita rasa tentangnya. Bagaimanakah pengetahuan mengenai kebenaran ini telah memberkati anda dan mempengaruhi pilihan anda? Bagaimanakah pengetahuan ini boleh memberkati ahli-ahli kelas atau kuorum anda? Semasa anda merenungkan ini, baca Kejadian 1:27; 1 Korintus 6:19–20; dan artikel Presiden Russell M. Nelson “Your Body: A Magnificent Gift to Cherish” (Liahona, Ogos 2019, 50–55).

Belajar Bersama

Semasa ahli-ahli kelas atau kuorum anda mengkaji tulisan suci minggu ini, mereka mungkin mempunyai pandangan tentang ajaran-ajaran Paulus berkenaan tubuh kita dalam 1 Korintus 6. Salah satu cara untuk menjemput mereka kongsikan pandangan tersebut adalah dengan memberi setiap mereka sekeping kertas dan minta mereka menulis sekurang-kurangnya tiga jawapan kepada soalan “Bagaimanakah badan kita seperti bait suci?” Galakkan mereka untuk membaca 1 Korintus 6:19–20 semasa mereka merenungkan soalan ini. Kemudian mereka boleh berkongsi jawapan mereka dengan ahli-ahli kelas. Bagaimanakah ajaran-ajaran Juruselamat tentang tubuh kita mempengaruhi pilihan yang kita buat? Berikut adalah beberapa idea aktiviti tambahan tentang topik ini; pilihlah dari itu, atau anda sendiri boleh rancangkan satu.

  • Jika anda ingin mengadakan perbincangan lebih lanjut tentang perbandingan Paulus di antara tubuh badan dan bait suci, pertimbangkan untuk menunjukkan beberapa gambar bait suci yang berbeza. Anda boleh mencari beberapa di temples.ChurchofJesusChrist.org. Ahli kelas atau kuorum boleh membincangkan perbezaan yang mereka lihat di bait suci tersebut, bersama dengan persamaan mereka. Mereka juga boleh bercakap tentang perasaan mereka apabila berada di dalam bait suci. Apakah yang menjadikan bait suci satu tempat yang berohani dan kudus? Anda kemudian boleh menggalakkan kelas atau kuorum untuk mengaitkan perkara yang mereka telah bincangkan tentang bait suci kepada badan kita. Bagaimanakah ajaran-ajaran tentang bait suci dalam Ajaran dan Perjanjian 97:15–16; 109:8, 12 berkait dengan tubuh jasmani kita?

  • Ahli-ahli kelas atau kuorum anda mungkin telah ada—atau akan mempunyai—peluang untuk menjelaskan mengapa mereka mengikuti ajaran-ajaran Juruselamat tentang menjaga tubuh mereka. Anda boleh menanya beberapa daripada mereka apa yang mereka mungkin katakan jika, contohnya, seseorang bertanya kepada mereka mengapa mereka tidak minum alkohol, teh, atau kopi atau mengapa mereka tidak memakai pakaian tertentu. Apakah beberapa kebenaran dari injil Yesus Kristus yang mempengaruhi bagaimana kita menjaga tubuh kita? Ahli kelas atau kuorum boleh mencari beberapa kebenaran ini di bawah “Sumber-sumber Berkaitan.”

  • Bagaimanakah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mahu kita rasakan tentang badan kita? Anda juga boleh membincangkan cara Setan cuba memujuk kita untuk memandang rendah atau membenci tubuh kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengatasi penipuan dan godaannya? Apakah kebenaran yang akan membantu kita? Beberapa sumber di bawah “Sumber-sumber Berkaitan” mungkin membantu.

remaja berjoging

Tubuh kita adalah kurnia daripada Tuhan, dan kebenaran injil membantu kita menjaganya.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

  • Kejadian 1:27; 1 Korintus 6:19–20; Alma 11:42–44; 40:23; Ajaran dan Perjanjian 89; 130:22

  • Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” terutamanya tiga perenggan pertama

  • Tuhan B’ri-Ku Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 73

  • Artikel-artikel tentang badan jasmani kita dalam Ogos 2019 New Era atau Liahona

  • Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Dengan pemberian tubuh badan, Tuhan telah membenarkan kita untuk mengambil satu langkah yang amat penting untuk menjadi lebih seperti Dia. Setan memahami ini. … Oleh itu, kebanyakan daripada godaan yang dia letakkan pada jalan kita menyebabkan kita menyalahgunakan badan kita atau badan orang lain. Tubuh badan anda merupakan bait suci peribadi anda, dicipta untuk menempatkan roh abadi anda [lihat 1 Korintus 3:16–17; 6:18–20]. Penjagaan anda terhadap bait suci itu adalah penting. Kini, saya menanya anda, … adakah anda lebih berminat untuk berpakaian dan kerapian badan anda untuk memikat perhatian dunia daripada menyenangkan Tuhan? Jawapan anda kepada soalan ini menghantar pesanan langsung kepada-Nya tentang perasaan anda mengenai kurnia-Nya yang luar biasa kepada anda” (“Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 68).

  • Elder D. Todd Christofferson mengajar: “Mereka yang percaya bahawa tubuh kita tiada bezanya daripada hasil peluang evolusi akan merasa tidak bertanggungjawab kepada Tuhan atau sesiapa pun untuk apa yang mereka lakukan dengan atau kepada tubuh mereka. Kita yang mempunyai kesaksian tentang realiti yang lebih luas tentang pra-fana, fana, dan keabadian selepas fana, namun mesti mengakui bahawa kita mempunyai kewajipan kepada Tuhan berkenaan pencapaian mahkota penciptaan jasmani-Nya. … Oleh kerana tubuh kita ialah alat roh kita, ia adalah penting untuk kita menjaganya sebaik yang kita boleh. Kita harus membaktikan kuasanya untuk melayani dan melanjutkan pekerjaan Kristus” (“Reflections on a Consecrated Life,” Liahona, Nov. 2010, 17).

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Peka terhadap mereka dalam kelas atau kuorum anda yang kurang upaya atau mempunyai cabaran jasmani yang lain. Bantu mereka memahami bahawa semua tubuh berharga dan layak untuk dihormati. Kasih seperti Kristus yang anda tunjukkan kepada semua bolesh mempunyai pengaruh yang kuat dalam cara ahli kelas atau kuorum melihat satu sama lain dan diri mereka sendiri.