“10 September. Bagaimanakah Saya Boleh Menemui Ketenangan dalam Yesus Kristus Apabila Orang Yang Dikasihi Meninggal Dunia? 1 Korintus 14-16,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)
“10 September. Bagaimanakah Saya Dapat Menemui Ketenangan dalam Yesus Kristus Apabila Orang Yang Dikasihi Meninggal?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023
10 September
Bagaimanakah Saya Boleh Menemui Ketenangan dalam Yesus Kristus Apabila Orang Yang Dikasihi Meninggal Dunia?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Mengamalkan injil. Bagaimanakah berpaling kepada Tuhan boleh membantu kita menghadapi cabaran dan percubaan?
-
Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan doa dan persahabatan kita?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Apakah rancangan untuk berkongsi injil yang telah dibincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian? Bagaimanakah kelas atau kuorum kita boleh melibatkan diri?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah melakukan pekerjaan sejarah keluarga boleh mengeratkan hubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Apabila seseorang yang kita kasihi meninggal dunia, ia sangat menyedihkan. Pemisahan daripada orang tersayang membawa perasaan kesedihan yang mendalam. Tetapi Paulus mengajar bahawa “kematian sudah dilenyapkan, dan kemenangan sudah tercapai!” (1 Korintus 15:54) kerana Kebangkitan Yesus Kristus. Dalam kata lain, “sengat kematian”—kesakitan dan keputusasaan yang kita rasakan dalam kefanaan—ditelan di dalam Kristus” (Mosia 16:7–8; lihat juga 1 Korintus 15:54–57).
Pada suatu ketika, semua orang akan mengalami kematian orang yang dikasihi. Bagaimanakah anda akan membantu mereka yang anda ajar menemui ketenangan pada masa-masa yang sukar itu melalui iman mereka kepada Yesus Kristus? Fikirkan tentang soalan ini semasa anda bersedia untuk mengajar dengan membaca 1 Korintus 15, Mosia 16:7–9, dan Ajaran dan Perjanjian 42:44–46.
Belajar Bersama
Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk berkongsi pengalaman di mana mereka merasakan sesuatu yang pedih. Kemudian anda boleh menanya mereka mengapakah Paulus menggunakan perkataan “sengat” untuk menggambarkan kematian (lihat 1 Korintus 15:54–56). Berikan mereka beberapa minit untuk mengkaji semula 1 Korintus 15 dan berkongsi kebenaran yang mereka temui tentang bagaimana sengat kematian boleh diatasi. Kemudian pertimbangkan aktiviti-aktiviti seperti berikut untuk membantu para remaja lebih memahami bagaimana Juruselamat dapat memberi ketenangan kepada kita apabila seseorang yang kita kasihi meninggal dunia.
-
Anda boleh membahagikan ahli-ahli kelas atau kuorum kepada pasangan dan minta setiap pasangan untuk mengkaji bersama beberapa petikan tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Mereka boleh menulis jawapan kepada soalan seperti “Apakah kebenaran penting yang saya harap untuk ingat apabila saya kehilangan orang yang dikasihi?” Minta mereka untuk memasukkan maklumat dari ayat-ayat tulisan suci dalam jawapan mereka. Kemudian jemput mereka untuk berkongsi dengan kelas kebenaran yang paling bermakna kepada mereka dan mengapa.
-
Pertimbangkan untuk kaji bersama satu kisah dari pesanan persidangan umum yang menunjukkan bagaimana seseorang menemui harapan dalam Yesus Kristus apabila seseorang yang mereka kasihi meninggal dunia. Contoh-contoh termasuk pesanan Sister Reyna I. Aburto “Maut Tiada Kemenangan” (Liahona, Mei 2021, 85–86) atau pesanan Elder S. Mark Palmer “Kesedihan Kita Akan Berubah Menjadi Kegembiraan” (Liahona, Mei 2021, 88–89). Anda mungkin terilham untuk berkongsi pengalaman anda sendiri atau menjemput para remaja untuk berkongsi bagaimana mereka memperoleh ketenangan dan harapan dalam Yesus Kristus selepas orang tersayang meninggal dunia.
-
Selepas mempertimbangkan keperluan ahli-ahli kelas atau kuorum anda, tunjukkan satu atau beberapa video dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Jemput para remaja untuk berkongsi tanggapan mereka. Bagaimanakah pengetahuan bahawa Yesus Kristus telah dibangkitkan mempengaruhi pandangan kita terhadap kematian? Jemput ahli-ahli kelas atau kuorum anda untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Juruselamat dan Kebangkitan-Nya dan bagaimana pengetahuan ini memberi mereka harapan.
-
Yohanes 11 menggambarkan pengalaman Juruselamat dengan kematian orang yang dikasihi—kawan-Nya Lazarus. Kelas atau kuorum boleh membaca ayat 1–45 bersama, dan semasa mereka membaca, mereka boleh berkongsi perkara yang mereka pelajari dari teladan Juruselamat. Apakah yang kita boleh pelajari dari laporan ini yang boleh memberi kita ketenangan apabila seseorang yang kita kasihi meninggal dunia? Bagaimanakah kita boleh mengikuti teladan Juruselamat untuk “berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa … dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan”? (Mosia 18:9). Apa lagi pelajaran dari Ajaran dan Perjanjian 42:45–46 yang boleh membantu kita melakukan ini?
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Yesaya 25:8; 1 Korintus 15:20–22; Mosia 16:7–9; Alma 7:11–12; 11:42–44; 22:14; 28:12–14; 40:11–12
-
Dallin H. Oaks, “Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?,” Liahona, Mei 2021, 75–77
-
Moisés Villanueva, “Dirahmati oleh Tuhan Sepanjang Hidupku,” Liahona, Nov. 2021, 44–46