“24 September. Bagaimanakah Saya Boleh Mengikuti Teladan Juruselamat dalam Membantu Mereka yang Memerlukan? 2 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)
“24 September. Bagaimanakah Saya Boleh Mengikuti Teladan Juruselamat dalam Membantu Mereka yang Memerlukan?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023
24 September
Bagaimanakah Saya Boleh Mengikuti Teladan Juruselamat dalam Membantu Mereka yang Memerlukan?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Mengamalkan injil. Apakah yang kita bincangkan di pertemuan lepas dan apakah jemputan atau tugasan yang telah dibuat? Apakah yang telah kita lakukan untuk memenuhi jemputan atau tugasan tersebut?
-
Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Apakah yang boleh kita lakukan atau katakan untuk membantu mereka yang mungkin berasa kesunyian atau jauh dari Bapa Syurgawi?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Apakah beberapa cara yang kita boleh bantu orang lain merasakan kasih Yesus Kristus?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah idea yang boleh kita berkongsi dengan satu sama lain untuk membantu mengukuhkan keluarga kita?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Apakah peluang yang anda dan ahli-ahli kelas atau kuorum anda ada untuk melayani mereka yang memerlukan di sekeliling anda? Pada suatu masa ketika Para Orang Suci di Yerusalem menderita dan memerlukan bantuan, Paulus menulis kepada orang Korintus dan menggalakkan mereka untuk memberi dengan murah hati, “dengan rela dan sukacita, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.” Dia berjanji bahawa apabila mereka melakukan ini, Tuhan akan “memberkati [mereka] dengan berlimpah-limpah” supaya mereka “mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik” (2 Korintus 9:7–8).
Paulus juga menunjuk kepada teladan Yesus Kristus, yang “meskipun Dia kaya, Dia menjadikan diri-Nya miskin untuk kebaikan kamu, supaya dengan kemiskinan-Nya itu, kamu menjadi kaya” (2 Korintus 8:9). Juruselamat mengorbankan kekayaan syurga dengan rela supaya Dia dapat melayani kita dan menjadikan kita kaya secara abadi. Fikirkan contoh-contoh dari kehidupan-Nya apabila Dia menghulurkan tangan untuk melayani orang di sekeliling-Nya. Selain membaca 2 Korintus 8–9 semasa anda bersedia untuk mengajar, pertimbangkan untuk membaca pesanan Sister Michelle D. Craig “Mata untuk Melihat” (Liahona, Nov. 2020, 15–17).
Belajar Bersama
Untuk memulakan perbincangan anda, minta kelas atau kuorum untuk membuat satu senarai sebab mengapa seseorang tidak melayani orang lain yang memerlukan. Apakah yang kita pelajari dari ajaran Paulus dalam 2 Korintus 8:9; 9:7–8 yang mengilhami kita untuk melakukan lebih banyak untuk melayani mereka yang memerlukan? Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu mereka yang anda ajar lebih memahami cara untuk membantu menjaga orang-orang di sekeliling mereka.
-
Beberapa kali dalam tulisan suci, Tuhan mengajar bagaimana Dia rasa tentang menjaga yang miskin dan yang berkeperluan. Beberapa contoh telah disenaraikan dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Salah satu cara untuk mengkaji semula ajaran-ajaran ini adalah dengan membahagikan kelas atau kuorum anda kepada pasangan dan minta setiap pasangan untuk mengkaji beberapa tulisan suci. Minta mereka untuk membincangkan apa yang ayat-ayat ajarkan tentang menjaga yang miskin dan yang berkeperluan. Mengapakah menjaga orang miskin dan yang memerlukan sangat penting kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Jemput para remaja untuk merancang cara mereka boleh membantu orang-orang yang berkeperluan secara individu.
-
Kadangkala kita menjadi sangat sibuk dengan kebimbangan kita sendiri sehingga kita gagal mengenali keperluan orang di sekeliling kita. Dalam pesanannya “Mata untuk Melihat,” Sister Michelle D. Craig mengkaji semula cerita Tuhan membuka mata seorang lelaki muda (lihat 2 Raja-Raja 6:15–17). Apakah yang kita boleh pelajari dari cerita ini? Apakah yang kita boleh pelajari dari cerita lain yang dia telah berkongsi tentang mengenali keperluan orang lain dan menjangkau kepada mereka? Ahli-ahli kelas atau kuorum juga boleh berkongsi pengalaman apabila seseorang mengenali keperluan mereka dan melayani mereka. Bilakah kita mengenali keperluan orang lain dan melayani mereka? Bagaimanakah perasaan kita apabila menerima atau memberi pelayanan seperti itu?
-
Adakah ahli-ahli kelas atau kuorum anda memahami bagaimana untuk memenuhi tugas mereka bagi membantu menjaga mereka yang berkeperluan? Pertimbangkan untuk membincang bersama Mosia 4:16–21 dan 18:8–10, serta bahagian-bahagian yang berkaitan dalam General Handbook (10.2.2 untuk kuorum Imamat Harun atau 11.2.2 untuk remaja puteri). Apakah yang kita terdorong untuk lakukan setelah mempelajari dari sumber-sumber tersebut? Pertimbangkan untuk merancang cara anda boleh bekerjasama untuk membantu mereka yang memerlukan dalam kelas atau kuorum, bahagian, atau komuniti anda. Video-video dalam “Sumber-sumber Berkaitan” boleh menyediakan beberapa idea. Untuk peluang pelayanan dalam kawasan anda, lihat JustServe.org.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Matius 25:31–45; Yakobus 1:27; Mosia 2:17; Alma 34:27–28; Mormon 8:35–39; Ajaran dan Perjanjian 104:14–18 (Kepentingan menjaga yang miskin dan yang berkeperluan)
-
Jeffrey R. Holland, “Bukankah Kita Semua Pengemis?,” Liahona, Nov. 2014, 40–42