Perjanjian Baru 2023
8 Oktober. Bagaimanakah Injil Yesus Kristus Dapat Membantu Saya Memperkuatkan Keluarga Saya? Efesus


“8 Oktober. Bagaimanakah Injil Yesus Kristus Dapat Membantu Saya Memperkuatkan Keluarga Saya? Efesus,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“8 Oktober. Bagaimanakah Injil Yesus Kristus Dapat Membantu Saya Memperkuatkan Keluarga Saya?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023

ibu dan anak perempuan memasak

8 Oktober

Bagaimanakah Injil Yesus Kristus Dapat Membantu Saya Memperkuatkan Keluarga Saya?

Efesus

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, tambahan kepada perbincangan tentang urusan kelas atau kuorum yang tertentu, anda boleh membincangkan tanggapan dan tema daripada persidangan umum. Soalan-soalan berikut boleh membantu.

  • Apakah tema atau pesanan yang menonjol kepada kita? Apakah yang memperkuatkan iman kita terhadap Yesus Kristus?

  • Apakah yang memperkukuhkan kesaksian kita terhadap nabi-nabi hidup? Apakah yang kita terilham untuk lakukan menurut apa yang kita pelajari atau rasai?

  • Apakah yang perlu kita lakukan sebagai satu kelas atau kuorum untuk mengingati dan bertindak atas nasihat yang kita dengar dalam persidangan umum?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Sesetengah orang dalam kelas atau kuorum anda mungkin mempunyai keluarga yang kuat dan penyayang yang memupuk iman dan kerohanian. Yang lain mungkin bersendirian dalam usaha mereka untuk mematuhi injil, dan ada yang mungkin menghadapi pertikaian dan kelukaan hati di rumah. Tetapi tiada sesiapa dalam kelas atau kuorum anda yang mempunyai keluarga yang sempurna, bebas dari cabaran. Dan semua orang mempunyai akses kepada kuasa Yesus Kristus, yang dapat menyembuhkan dan menguatkan keluarga.

Juruselamat ingin memberkati keluarga. Kadangkala cara Dia melakukan ini adalah melalui kasih dan teladan seorang remaja yang berusaha untuk mengikuti-Nya dan mematuhi injil-Nya. Semasa anda bersedia untuk mengajar para remaja tentang kuasa yang tersedia untuk mereka dan keluarga mereka melalui Yesus Kristus, renungkan asas-asas dalam Efesus yang dapat membantu kita memperkuatkan hubungan keluarga. Anda juga boleh mengkaji “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org).

Belajar Bersama

Selepas memberi ahli-ahli kelas atau kuorum peluang untuk berkongsi apa yang Roh ajarkan kepada mereka minggu ini semasa mereka mengkaji Efesus, carikan cara untuk memperkenalkan topik bagaimana Yesus Kristus dapat membantu kita menguatkan keluarga kita. Contohnya, anda boleh menjemput para remaja untuk mencari dan berkongsi petikan dalam Efesus yang mengandungi asas-asas yang kita boleh gunakan untuk memperkuatkan hubungan keluarga. Beberapa contoh mungkin termasuk Efesus 2:19–22; 3:14–19; 4:1–3, 25–26, 29–32; 5:1–2; 6:1–4. Bagaimanakah nasihat dalam ayat-ayat ini memberkati sebuah keluarga? Bagaimanakah Juruselamat dan injil-Nya menjadi satu berkat dalam rumah kita? Berikut adalah beberapa idea aktiviti tambahan yang berkaitan dengan topik ini.

  • Jika anda ingin membincangkan perintah “hormatilah bapa dan ibumu” (Efesus 6:2), anda boleh bermula dengan menanya ahli-ahli kelas atau kuorum maksud perkataan hormatilah bagi mereka. Seseorang mungkin boleh berkongsi definisi dari kamus atau Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Jemput para remaja untuk bercakap tentang bagaimana mereka boleh mengaplikasikan perintah ini dalam kehidupan mereka sendiri. Ia juga boleh menjadi inspirasi untuk meneroka bagaimana Yesus Kristus menghormati Bapa-Nya di Syurga dan ibu-Nya, Maria (lihat, sebagai contoh, Lukas 2:41–52; Yohanes 8:29; 19:25–27). Apakah yang kita boleh pelajari dari teladan Yesus yang dapat menguatkan hubungan kita dengan ibu bapa kita?

  • Ia mungkin membantu untuk membincangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina rumah yang kukuh. Apakah beberapa perkara yang diperlukan untuk membina sebuah keluarga yang kuat? Sebagai sebahagian dari perbincangan ini, anda boleh berkongsi pernyataan ini oleh Elder L. Whitney Clayton: “Yang pentingnya ialah reka bentuk dalaman jiwa penghuni dan bukan struktur bangunan tersebut” (“Rumah Yang Terbaik,” Liahona, Mei 2020, 107–9). Anda juga boleh membincangkan empat cadangan yang Elder Clayton berikan dalam pesanannya untuk bagaimana membina “rumah terbaik.”

  • Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” termasuk pesanan ini: “Kegembiraan dalam kehidupan kekeluargaan adalah paling mungkin dicapai apabila berasaskan ajaran Tuhan Yesus Kristus. Bagaimanakah ajaran-ajaran Juruselamat mencipta landasan untuk keluarga yang bahagia? Perisytiharan keluarga dan tulisan suci di bawah “Sumber-sumber Berkaitan” menyediakan contoh. Bagaimanakah ahli keluarga membantu satu sama lain mematuhi ajaran-ajaran ini?

keluarga sedang belajar bersama

Ajaran-ajaran Yesus Kristus adalah landasan untuk kegembiraan dalam kehidupan keluarga.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Jika para remaja merasa anda mempercayai mereka, keyakinan mereka terhadap potensi ilahi mereka akan bertambah dan pencapaian mereka akan mengagumi anda. Bantu mereka melihat visi tentang apa yang Bapa Syurgawi tahu mereka boleh menjadi.