Perjanjian Baru 2023
22 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Kekal Kuat dalam Komitmen Saya kepada Yesus Kristus? 1 dan 2 Tesalonika


“22 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Kekal Kuat dalam Komitmen Saya kepada Yesus Kristus? 1 dan 2 Tesalonika,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023 (2022)

“22 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Kekal Kuat dalam Komitmen Saya kepada Yesus Kristus?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023

remaja berjalan

22 Oktober

Bagaimanakah Saya Boleh Kekal Kuat dalam Komitmen Saya kepada Yesus Kristus?

1 dan 2 Tesalonika

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita terilham untuk lakukan demi membantu mereka?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjadi cahaya kepada ahli keluarga atau rakan yang tidak berkongsi kepercayaan kita?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan lebih banyak kasih dan sokongan kepada keluarga kita serta membawa perbezaan positif dalam rumah kita?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Kebanyakan kita mengenali seseorang yang pada satu masa nampaknya komited sepenuhnya kepada Yesus Kristus tetapi sejak itu, jatuh dari iman mereka. Ia adalah biasa untuk tertanya-tanya, “Bolehkah ia berlaku kepada saya?” Paulus memuji kesetian Orang Suci Tesalonika tetapi diilhamkan untuk memberi amaran kepada mereka tentang ajaran palsu dan pengaruh lain yang boleh melemahkan iman mereka. Tidak kira betapa kuat komitmen kita kepada Juruselamat sekarang, sentiasa terdapat banyak yang kita boleh lakukan untuk “melengkapkan apa yang masih [kita] perlukan untuk percaya kepada Kristus” (1 Tesalonika 3:10).

Semasa anda berdoa tentang orang-orang dalam kelas atau kuorum anda, beri perhatian kepada dorongan-dorongan yang Tuhan hantarkan kepada anda. Apakah yang anda rasa akan membantu mereka kekal beriman kepada Juruselamat di sebalik pertentangan yang mereka akan hadapi? Apakah yang telah membantu anda? Semasa anda membuat persediaan untuk mengajar, anda boleh kaji semula pesanan Elder Dale G. Renlund “Komitmen Kukuh kepada Yesus Kristus” (Liahona, Nov. 2019, 22–25) sebagai tambahan kepada 1 dan 2 Tesalonika.

Belajar Bersama

Untuk membantu para remaja mengkaji semula apa yang mereka telah baca dalam 1 dan 2 Tesalonika dan memperkenalkan topik untuk kekal kuat dalam komitmen kita kepada Juruselamat, anda boleh membaca bersama 2 Tesalonika 2:1–3. Bincangkan maksud istilah “kejatuhan”. Terutamanya, apakah maksudnya bagi seseorang individu untuk jatuh dari iman kepada Yesus Kristus? Anda boleh membandingkan istilah ini dengan frasa lain yang Paulus gunakan, seperti “tetap teguh bersatu dengan Tuhan” (1 Tesalonika 3:8) dan “janganlah jemu berbuat baik” (2 Tesalonika 3:13). Anda kemudian boleh kaji semula 1 Tesalonika 5:15–23. Bagaimanakah mengikut nasihat Paulus dalam ayat-ayat ini membantu kita tidak jatuh dari iman kita kepada Yesus Kristus—mahupun ketika kita menghadapi pertentangan? Gunakan aktiviti-aktiviti seperti berikut untuk membantu ahli-ahli kelas atau kuorum kekal kuat dalam komitmen mereka kepada Juruselamat.

  • Ia boleh menjadi inspirasi untuk belajar dari teladan orang lain yang menjadi tak tergoyah dalam komitmen mereka kepada Kristus. Contohnya, anda boleh mengkaji bersama teladan orang Anti-Nefi-Lehi, yang telah menjadi “bangsa yang liar dan yang keras hati dan yang ganas” tetapi “tidaklah pernah jatuh” setelah mereka “berpaling kepada Tuhan” (Alma 17:14; 23:6–8). Apakah yang Alma 24:8–18 cadangkan tentang mengapa mereka tetap setia? Apakah pilihan utama yang mereka buat? Bagaimanakah Juruselamat membantu mereka? Contoh-contoh tambahan boleh didapati dalam pesanan Elder Dale G. Renlund “Komitmen Kukuh kepada Yesus Kristus.” Beberapa remaja boleh membaca beberapa contoh tersebut dan kongsikan apa yang mereka pelajari tentang kekal setia kepada Kristus. Bagaimanakah kita tetap kekal setia kepada Tuhan di sebalik kelemahan kita?

  • Dalam usaha kita untuk memperkukuhkan iman kita, ia membantu untuk menyedari kuasa-kuasa yang berusaha melemahkan iman kita. Penglihatan Lehi tentang pokok kehidupan menggambarkan beberapa kuasa ini. Anda boleh menunjukkan gambar penglihatan (lihat Buku Seni Injil [2009], no.69) dan mengkaji bersama butiran, yang terdapat dalam 1 Nefi 8:10–34. Dalam penglihatan itu, apakah yang menjauhkan orang dari menikmati buah pokok itu? Apakah yang membantu orang ramai sampai ke pokok itu dan tinggal di sana? Apakah yang dilambangkan oleh perkara-perkara tersebut dalam kehidupan kita?

  • Dalam pesanannya “Kuasa untuk Mengatasi Musuh” (Liahona, Nov. 2019, 110–12), Elder Peter M. Johnson menyenaraikan tiga cara Setan cuba melemahkan kita. Anda boleh menugaskan setiap remaja untuk membaca tentang salah satu daripada ini dan berkongsi dengan kelas atau kuorum contoh bagaimana Setan menggunakan alat ini terhadap para remaja hari ini. Kemudian mereka boleh membaca salah satu daripada empat cadangan Elder Johnson untuk mengatasi taktik musuh dan berkongsi apa yang mereka pelajari.

Yesus Kristus

Be Not Afraid [Jangan Takut], oleh Michael Malm

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Ia mungkin sesuai untuk menjemput pelajar-pelajar membantu satu sama lain mencari jawapan kepada soalan mereka. Apabila didorong oleh Roh, anda boleh melakukan ini walaupun anda rasakan anda tahu jawapannya.