“12 November. Bagaimanakah Saya Boleh Mendekati Yesus Kristus melalui Tatacara dan Perjanjian Kudus? Ibrani 7-13,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)
“12 November. Bagaimanakah Saya Boleh Mendekati Yesus Kristus melalui Tatacara dan Perjanjian Kudus?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023
12 November
Bagaimanakah Saya Boleh Mendekati Yesus Kristus melalui Tatacara dan Perjanjian Kudus?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita telah lebih mendekati Juruselamat? Bagaimanakah kita berusaha untuk menjadi lebih seperti-Nya?
-
Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang terlintas dalam fikiran kita sejak akhir-akhir ini? Bagaimanakah kita boleh membantu individu-individu tersebut?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjawab soalan rakan-rakan kita tentang Gereja, yang dapat memperkukuhkan iman mereka terhadap Juruselamat?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah beberapa cara untuk kita berhubung dengan ahli keluarga lain, seperti datuk dan nenek dan sepupu?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Selama berabad-abad, anak-anak Israel, kadangkala dipanggil orang Ibrani, telah mengambil bahagian dengan tekun dalam tatacara-tatacara yang berkaitan dengan khemah ibadat dan hukum Musa. Namun ramai di antara mereka tidak menyedari bahawa hal-hal ini “melambangkan perkara-perkara di syurga”—”bayangan daripada perkara-perkara baik yang akan datang” (Ibrani 9:23; 10:1). Semua tatacara ini dimaksudkan untuk mengajar mereka tentang Yesus Kristus. Inilah yang Paulus jelaskan dalam Suratnya kepada orang Ibrani. Pesanannya juga penting bagi kita hari ini kerana kita juga mempunyai tatacara kudus dengan tujuan yang sama. Jadi ia berharga untuk bertanya diri kita soalan-soalan berikut: Adakah tatacara-tatacara ini membantu kita mengingati Yesus Kristus? Adakah lebih banyak yang kita boleh lakukan untuk mengalami kuasa Yesus Kristus melalui tatacara injil? Atau adakah kita, seperti orang Ibrani zaman purba, kehilangan kepentingan yang lebih mendalam?
Renungkan soalan-soalan ini semasa anda membaca Ibrani 7–13 dan semasa anda bersedia untuk mengajar tentang bagaimana tatacara dan perjanjian membawa kita lebih dekat kepada Yesus Kristus. Anda juga boleh mengkaji beberapa pesanan persidangan umum yang terdapat dalam panduan ini.
Belajar Bersama
Untuk membantu mereka yang anda ajar melihat bagaimana mereka boleh mendekati Yesus Kristus melalui tatacara dan perjanjian injil-Nya, anda boleh menjemput mereka untuk menyenaraikan beberapa tatacara injil dan perjanjian berkaitan di papan tulis. Apakah yang tatacara dan perjanjian ini ajarkan kita tentang Kristus dan Korban Tebusan-Nya? Pernyataan oleh Elder David A. Bednar dalam “Sumber-sumber Berkaitan” menyediakan definisi tatacara dan pemahaman penting yang lain. Aktiviti-aktiviti seperti berikut juga boleh membantu.
-
Anda boleh menjemput para remaja untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 84:19–22 dan membincang soalan-soalan seperti berikut: Apakah maksud “kuasa ketuhanan”? Bagaimanakah tatacara dan perjanjian membantu kita mengalami kuasa itu? Apakah perbezaan tatacara dan perjanjian buat dalam kehidupan kita? Bagaimanakah ia membantu kita kekal berhubung dengan Juruselamat? Untuk membantu menjawab soalan-soalan ini, para remaja boleh membaca empat perenggan pertama dalam pesanan Elder Kent F. Richards “Kuasa Ketuhanan” (Liahona, Mei 2016, 118) atau pesanan Elder Bednar “Biarlah Rumah Ini Dibina Demi Nama-Ku” (Liahona, Mei 2020, 84–87), terutamanya bahagian “Mengubah Dari Dalam.”
-
Pertimbangkan untuk menanya mereka yang anda ajar bagaimana mereka akan menjelaskan tatacara sakramen kepada seseorang yang tidak tahu apa-apa tentangnya. Bahagian “Pengalaman dan Kesaksian” dalam pesanan Elder Taniela B. Wakolo “Tatacara Penyelamatan Akan Membawa Kita Cahaya Menakjubkan” (Liahona, Mei 2018, 39–41) memberi satu contoh. Bagaimanakah sakramen membawa kita lebih dekat kepada Yesus Kristus? Apakah peluang yang kita miliki untuk mengajar orang lain tentang ini?
-
Kaji semula lima cadangan dalam pesanan Elder Peter F. Meurs “Sakramen Boleh Menolong Kita Menjadi Kudus” (Liahona, Nov. 2016, 85–87) boleh membantu para remaja memahami bagaimana untuk lebih bersedia bagi sakramen. Bincangkan bagaimana tatacara-tatacara kudus ini dan perjanjian-perjanjian berkaitan dapat membantu membawa kita lebih dekat kepada Juruselamat.
-
Pertimbangkan untuk menulis perkataan Sakramen, Pembaptisan dan Bait Suci di papan tulis. Di bawah setiap perkataan, jemput para remaja untuk menyenaraikan perjanjian yang kita buat. Rujukan yang terdapat dalam “Sumber-sumber Berkaitan” boleh membantu. Bincang bersama bagaimana perjanjian-perjanjian ini membantu kita mendekati Yesus Kristus.
-
Anda boleh membahagikan kelas atau kuorum anda kepada kumpulan dan tugaskan setiap kumpulan untuk mengkaji semula satu bahagian pesanan Elder Ronald A. Rasband “Berpegang Pada Perjanjian Kita” (Liahona, Nov. 2019, 53–56) atau pesanan Elder D. Todd Christofferson “Mengapa Jalan Perjanjian” (Liahona, Mei 2021, 116–19). Galakkan mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang bagaimana mematuhi perjanjian mereka menguatkan hubungan mereka dengan Yesus Kristus.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Mosia 18:8–10 (Perjanjian pembaptisan)
-
Moroni 4–5 (Perjanjian sakramen)
-
Elder David A. Bednar mengajar: “Tatacara kudus adalah penting dalam injil Juruselamat dan dalam proses untuk datang kepada Dia dan mencarikan kelahiran semula rohani. Tatacara injil ialah tindakan kudus yang mempunyai tujuan rohani, kepentingan abadi, dan berkait kepada undang-undang dan statut Tuhan. …
“Tatacara keselamatan dan permuliaan yang dilakukan dalam Gereja Tuhan yang sudah dipulihkan bukan upacara atau pertunjukkan bersimbol sahaja. Sebenarnya, mereka mendirikan cara-cara yang sah di mana berkat-berkat dan kuasa syurga boleh menjadi sebahagian kehidupan kita. …
“Tatacara-tatacara yang diterima dan dipatuhi dengan integriti adalah penting untuk memperoleh kuasa ketuhanan dan semua berkat yang sedia ada melalui Korban Tebusan Juruselamat” (“Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu,” Liahona, Mei 2016, 59–60).