Perjanjian Baru 2023
10 Disember. Bagaimanakah Yesus Kristus Membolehkan Rancangan Bapa Syurgawi? Wahyu 1–5


“10 Disember. Bagaimanakah Yesus Kristus Membolehkan Rancangan Bapa Syurgawi? Wahyu 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“10 Disember. Bagaimanakah Yesus Kristus Membolehkan Rancangan Bapa Syurgawi?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

Patung Kristus

10 Disember

Bagaimanakah Yesus Kristus Membolehkan Rancangan Bapa Syurgawi?

Wahyu 1–5

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain dalam hal-hal yang kita sedang lalui?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menggunakan teknologi sebagai alat untuk berkongsi injil dengan lebih baik?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah yang sedang kita lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada Kristus?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Dalam satu penglihatan, Yohanes Pewahyu melihat sebuah kitab yang “tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi” layak membuka, dan ini membuat dia menangis (lihat Wahyu 5:3–4). Kitab itu mewakili “pekerjaan Tuhan,” termasuk rancangan-Nya untuk kebaqaan dan kehidupan abadi kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 77:6; Musa 1:39). Tetapi dalam penglihatan Yohanes, anak Domba didapati “layak mengambil gulungan naskhah itu dan memecahkan meterai-meterainya” (Wahyu 5:9). Berita gemilang ini menyebabkan “beribu-ribu dan berjuta-juta” malaikat menyanyi dan bersorak kerana kegembiraan (Wahyu 5:11). Yesus Kristus, Anak Domba Tuhan, menebus kita kepada Tuhan melalui kematian-[Nya] (Wahyu 5:9) dan membolehkan berkat-berkat rancangan Bapa Syurgawi kita.

Renungkan apa yang Juruselamat telah lakukan untuk anda. Pernahkah anda berasa seperti mereka dalam penglihatan Yohanes yang “bersujud serta menyembah Tuhan”? (Wahyu 5:14). Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu ahli-ahli kelas atau kuorum anda untuk lebih memahami peranan utama Yesus Kristus dalam rancangan Bapa Syurgawi. Sebagai tambahan kepada Wahyu 1–5, anda juga boleh membaca 2 Nefi 9; “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (ChurchofJesusChrist.org); dan pesanan Elder Ulisses Soares “Yesus Kristus:Pengasuh Jiwa Kita” (Liahona, Mei 2021, 82–84).

Belajar Bersama

Ahli-ahli kelas atau kuorum anda mungkin suka berlakon sebagai penerbit filem yang diminta untuk membuat filem penglihatan Yohanes dalam Wahyu 5. Berikan mereka beberapa minit untuk kaji semula bab itu dan menentukan adegan mana yang mereka ingin filemkan. Apakah yang mereka rasa akan menjadi saat-saat yang paling berkuasa? Bagaimanakah filem ini membantu membina iman kepada Juruselamat? Untuk terus membantu kelas atau kuorum anda belajar tentang peranan Yesus Kristus dalam rancangan keselamatan Bapa Syurgawi, berikut adalah beberapa cadangan:

  • Anda boleh menulis tajuk-tajuk berikut di papan tulis: Kehidupan Pra-fana, Kehidupan Fana, dan Kehidupan selepas Kematian. Jemput para remaja untuk mengkaji semula petikan tulisan suci di bawah “Sumber-sumber Berkaitan” untuk mempelajari bagaimana misi Juruselamat semasa kehidupan pra-fana-Nya, semasa kehidupan fana-Nya, dan selepas Kebangkitan-Nya telah membolehkan rancangan Bapa. Mereka boleh menulis perkara yang mereka pelajari di bawah tajuk yang berkaitan di papan tulis. Berikan ahli-ahli kelas atau kuorum peluang untuk berkongsi perasaan mereka tentang apa yang Juruselamat telah lakukan untuk mereka.

  • Untuk membantu para remaja yang anda ajar lebih memahami apa yang Yesus Kristus lakukan untuk membolehkan rancangan Bapa Syurgawi, lukiskan satu jalan di papan tulis yang mewakili perjalanan kita untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Lukiskan halangan dalam jalan yang dilabelkan kematian jasmani dan kematian rohani. (Jika perlu, para remaja boleh membaca definisi di bawah “Kematian, Jasmani” dan “Kematian, Rohani” dalam Panduan Tulisan Suci [scriptures.ChurchofJesusChrist.org]). Bagaimanakah Juruselamat telah memungkinkan kita untuk mengatasi halangan-halangan ini? (lihat 2 Nefi 9:7–10). Para remaja boleh mengkaji pesanan Elder Ulisses Soares “Yesus Kristus:Pengasuh Jiwa Kita” dan menulis ayat-ayat dari pesanan di sebelah jalan yang menunjukkan bagaimana Yesus membantu kita kembali kepada Tuhan.

  • Apabila orang lain menanya kita soalan tentang kepercayaan kita dan pilihan yang kita buat, kita boleh mengambil peluang untuk berkongsi mengapa Yesus Kristus penting bagi kita. Salah satu cara untuk menyediakan para remaja bagi peluang-peluang seperti itu adalah dengan menjemput mereka mengkaji semula pesanan Elder Dieter F. Uchtdorf “Lihatlah Orang Ini!” (Liahona, Mei 2018, 107–10) mencari kebenaran untuk berkongsi tentang Yesus Kristus. Anda boleh menyenaraikan beberapa kebenaran ini di papan tulis. Kemudian anda boleh memberi masa kepada para remaja untuk berlatih menjelaskan kepada satu sama lain mengapa kita memerlukan Yesus Kristus dan bagaimana kehidupan mereka telah diberkati kerana mereka mengenali Juruselamat.

Penyaliban Kristus, oleh Louise Parker

The Cruxifixion of Christ [Penyaliban Kristus], oleh Louise Parker

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Setiap individu dalam kelas anda adalah satu sumber kesaksian, pandangan, dan pengalaman yang kaya dengan amalan injil. Jemput mereka untuk berkongsi dan mengangkat satu sama lain.