“24 Disember. Bagaimanakah Yesus Kristus Menunjukkan Kasih-Nya kepada Saya? “Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)
“24 Disember. Bagaimanakah Yesus Kristus Menunjukkan Kasih-Nya kepada Saya?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri : Topik Ajaran 2023
24 Disember
Bagaimanakah Yesus Kristus Menunjukkan Kasih-Nya kepada Saya?
Krismas
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita menemui kebahagiaan dengan mengikuti Yesus Kristus?
-
Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah dalam bahagian atau komuniti kita yang memerlukan bantuan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh membantu satu sama lain bersedia untuk pelayanan misionari?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menyumbang kepada usaha bahagian kita untuk melakukan pekerjaan sejarah keluarga dan bait suci?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Sebelum Dia dilahirkan, Yesus Kristus dikenali sebagai Yehovah yang agung. Dia ialah “Putera” Bapa Syurgawi “Yang Dikasihi dan Terpilih dari permulaan” (Musa 4:2), penuh dengan kemuliaan, kerahmatan, dan kebenaran (lihat Yohanes 17:5; Ajaran dan Perjanjian 93:11). Namun ketika Dia dilahirkan, Maria “meletakkan dia di dalam palung; kerana mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang” (Lukas 2:7). Mengapakah Yesus Kristus rela menerima peranan-Nya sebagai Juruselamat walaupun ia bermaksud datang ke bumi dalam keadaan yang paling rendah? Jawapan yang mudah ialah Dia mengasihi kita. Semasa Nefi melihat kelahiran Juruselamat dalam suatu penglihatan, dia bersaksi akan “kasih Tuhan, yang mencurahkan diri-Nya merata-rata di dalam hati anak manusia; oleh kerana itu, ia adalah paling dihasratkan melebihi segala-galanya.” (1 Nefi 11:22).
Krismas adalah masa yang istimewa untuk merenungkan bagaimana kelahiran Juruselamat dan korban tebusan-Nya menunjukkan kasih-Nya kepada anda. Semasa anda bersedia untuk membantu para remaja yang anda ajar merasakan kasih Juruselamat, pertimbangkan untuk kaji semula Lukas 4:16–21; Yohanes 3:16–17; 3 Nefi 27:13–16; dan pesanan Elder D. Todd Christofferson “Kasih Tuhan” (Liahona, Nov. 2021, 16–19).
Belajar Bersama
Semasa kelas atau kuorum anda menghampiri penghujung pengkajian Perjanjian Baru tahun ini, anda boleh meminta para remaja untuk berkongsi beberapa cerita Perjanjian Baru kegemaran di mana Juruselamat menunjukkan kasih-Nya kepada mereka di sekeliling-Nya. Anda juga boleh membaca beberapa cerita tersebut bersama. Apakah yang cerita-cerita ini mengajar kita tentang kasih Juruselamat untuk kita? Untuk membantu anda membincangkan dengan lebih lanjut tentang kasih Juruselamat, gunakan aktiviti-aktiviti seperti berikut.
-
Jemput ahli-ahli kelas atau kuorum anda untuk memikirkan kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk kita sebagai sejambak bunga yang cantik. Pertimbangkan untuk memberi setiap orang satu bunga yang digunting keluar dari kertas dan minta mereka masing-masing membaca salah satu petikan tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Minta mereka menulis pada bunga-bunga apa yang mereka pelajari tentang kasih Bapa Syurgawi dan Yesus untuk kita. Semasa mereka berkongsi apa yang mereka pelajari, mereka boleh meletakkan bunga mereka bersama untuk mencipta sejambak bunga. Bagaimanakah kita boleh lebih mengenali cara Bapa Syurgawi dan Yesus menunjukkan kasih mereka kepada kita?
-
Beberapa nyanyian rohani menggambarkan cara Juruselamat menunjukkan kasih-Nya kepada kita (lihat, sebagai contoh, “Dia Hidup Sang Penebusku,” Nyanyian Rohani, no. 53). Ahli kelas atau kuorum boleh memilih lagu rohani dan berkongsi pengalaman ketika mereka merasakan kasih Juruselamat dalam cara yang serupa dengan yang digambarkan dalam lagu rohani. Apakah beberapa cara lain Juruselamat telah menunjukkan kasih-Nya kepada kita? Sebagai pengikut Kristus, bagaimanakah kita dapat membantu orang lain merasakan kasih-Nya?
-
Terdapat banyak idea-idea palsu di dunia tentang kasih Tuhan bagi kita. Contohnya, sesetengah orang mungkin berfikir bahawa apabila orang kaya atau makmur, ini bererti Tuhan mengasihi mereka lebih daripada orang lain. Ada yang mungkin merasakan bahawa jika Tuhan benar-benar mengasihi kita, Dia akan menerima kita sedia ada dan tidak meminta kita untuk berubah. Apakah pesanan-pesanan palsu tentang kasih Tuhan yang telah kita dengar? Untuk membantu mengatasi pesanan-pesanan palsu ini, anda boleh meminta para remaja untuk mengkaji semula pesanan Elder D. Todd Christofferson “Kasih Tuhan”. Apakah kebenaran yang kita temui dalam pesanan-pesanan ini yang membantu kita memahami kasih Tuhan untuk kita?
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Yohanes 3:16–17; 15:9–13; Roma 8:35–39; Ibrani 12:5–6, 9–11; 1 Nefi 11:21–23; Alma 7:11–12; 3 Nefi 11:13–17; Moroni 7:45–48
-
Michael John U. Teh, “Juruselamat Peribadi Kita,” Liahona, Mei 2021, 99–101
-
Taniela B. Wakolo “Tuhan Mengasihi Anak-anak-Nya,” Liahona, Mei 2021, 94–96