Tuhan Mengasihi Anak-anak-Nya
Saya ingin berkongsikan tiga cara khas Bapa Syurgawi menunjukkan kasih-Nya kepada kita, anak-anak-Nya.
Saudara dan saudari, saya gembira bersama anda di dalam injil Yesus Kristus. Saya membawa kasih ahli-ahli Filipina yang bingkas dan berkata, bagi pihak mereka, Mabuhay!
Pada pagi Easter ini, saya bersaksi akan Kristus hidup, yang telah bangkit daripada kematian dan kasih-Nya bagi kita dan Bapa Syurgawi kita adalah suci dan abadi. Hari ini, saya ingin menumpu kepada kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus bagi semua, yang ternyata melalui Korban Tebusan Yesus Kristus. “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal” (Yohanes 3:16).
Apabila nabi Nefi ditanya oleh seorang malaikat akan pengetahuannya berkenaan Tuhan, Nefi menjawab, “Aku tahu bahawa Dia mengasihi anak-anak-Nya” (lihat 1 Nefi 11:16–17).
Satu ayat dari Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus menjelaskan kasih sempurna Juruselamat: “Dan dunia, kerana kederhakaan mereka, akan menghakimi Dia sebagai sesuatu yang tidak bernilai; … mereka mencambukkan Dia, … mereka memukul Dia, … mereka meludah ke atas Dia, dan Dia membenarkannya, kerana kebaikan hati-Nya yang penuh kasih, dan panjang sabar-Nya terhadap anak-anak manusia” (1 Nefi 19:9). Kasih Juruselamat yang sejagat merupakan daya motivasi bagi segala yang Dia lakukan. Kita tahu bahawa ia kasih Bapa Syurgawi yang sama bagi kita, kerana Juruselamat telah mengajarkan bahawa Dia dan Bapa adalah “satu” (lihat Yohanes 10:30; 17:20–23).
Jadi, bagaimanakah kita membalas dan menunjukkan kesyukuran kita bagi kasih sejagat Mereka? Juruselamat telah mengajar kita dengan jemputan menyeluruh yang mudah ini: “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku” (Yohanes 14:15).
Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan, “Kasih Tuhan yang sejagat dan sempurna terbukti dalam semua berkat-berkat rancangan-Nya, termasuklah hakikatnya bahawa berkat-berkat terpilih-Nya dikhaskan bagi mereka yang mentaati hukum-hukum-Nya.”1
Saya ingin kongsikan tiga cara khas Bapa Syurgawi menunjukkan kasih-Nya kepada kita, anak-anak-Nya.
Pertama, Perhubungan bersama Tuhan dan Keluarga Menyatakan Kasih Dia
Perhubungan yang paling berharga adalah bersama Bapa dan Putera dan bersama keluarga kita sendiri, kerana perhubungan kita bersama mereka adalah abadi. Rancangan kegembiraan yang hebat ini merupakan kenyataan kasih Tuhan bagi kita. Dengan mata yang tertumpu kepada rancangan Tuhan, kita bersedia untuk mengabaikan perkara yang menyokong kepentingan diri dan menggantikannya dengan asas-asas yang membina perhubungan-perhubungan abadi. Dalam kata lain, ini boleh dipanggil “penggalian rohani.” Dalam penggalian rohani, kita harus berseru kepada Tuhan dan berdoa kepada Dia (lihat Yeremia 29:12–13).
Berseru dan berdoa kepada Dia akan memulakan proses dan menyediakan ruang untuk membina dan memperkukuhkan perhubungan-perhubungan abadi kita. Ia meluaskan pandangan rohani dan membantu kita bertumpu untuk mengubah perkara yang boleh diubah, dan tidak takuti perkara yang tidak boleh dikawal. Pengkajian kehidupan dan pelayanan Juruselamat kita, Yesus Kristus, membolehkan kita untuk melihat kebimbangan lain dengan perspektif abadi.
Gangguan-gangguan kadangkala menghalang kita daripada merasai kasih Tuhan dalam aktiviti dan perhubungan keluarga kita. Seorang ibu mendapati alat elektronik mengganggu perhubungan keluarganya tampil dengan satu penyelesaian. Di meja makan dan masa keluarga yang lain, dia berkata, “Tinggalkan telefon; marilah kita bersemuka.” Dia berkata ini kebiasaan baru bagi keluarga mereka dan ia memperkukuhkan perhubungan keluarga mereka apabila mereka bersemuka secara benar. Kini mereka menikmati perbincangan Ikutlah Aku bersama secara sekeluarga.
Kedua, Yesus Menyatakan Kasih bagi Anak-Anak-Nya Dengan Memanggil Nabi
Dunia kita kini dibanjiri “peperangan kata-kata dan kekacauan pendapat” (Joseph Smith—Sejarah 1:10). Paulus mengingati kita bahawa “banyak bahasa di dunia ini” (1 Korintus 14:10). Suara manakah yang jelas dan bermakna di kalangan bunyi yang riuh? Suara nabi, pelihat, dan pewahyu Tuhan.
Saya ingati dengan jelas selepas menjalani pembedahan pada tahun 2018 dan kembali bekerja, saya berada di tempat letak kereta ibu pejabat Gereja. Tiba-tiba, saya mendengar suara Presiden Russell M. Nelson memanggil, “Taniela, Taniela.” Saya pergi kepada dia, dan dia bertanyakan khabar saya.
Saya menjawab, “Saya sedang pulih dengan baik, Presiden Nelson.”
Dia memberi saya nasihat dan satu pelukan. Saya benar-benar merasai pelayanan peribadi seorang nabi kepada “seorang.”
Presiden Nelson telah melawat banyak negara di bumi. Dalam minda saya, dia bukan sahaja melayan ribuan orang, tetapi dia melayan ribuan “seorang.” Dengan demikian, dia mengongsi kasih Tuhan bagi semua anak-anak-Nya.
Baru-baru ini, kata-kata Presiden Nelson menjadi sumber kekuatan dan ilham bagi rakyat Filipina. Seperti setiap negara di dunia, sepanjang 2020, negara Filipina amat terjejas oleh pandemik COVID-19, termasuklah letusan gunung berapi, gempa bumi, taufan dan banjir yang dahsyat.
Namun, seperti tiang cahaya yang menyinar menerusi awan-awan gelap ketakutan, kesunyian, dan kehilangan harapan, datangnya kata-kata nabi. Ia termasuk panggilan untuk berpuasa dan berdoa secara sedunia untuk maju ke hadapan walaupun pandemik sedang berleluasa. Dia menjemput kita untuk menjadikan rumah kita tempat perlindungan peribadi bagi iman. Dia menyeru setiap Orang Suci Zaman Akhir untuk menghormati semua anak-anak Tuhan dan benarkan Tuhan menang dalam kehidupan kita.2
Satu lagi perkara yang mengilhamkan ialah video kesaksian Presiden Nelson tentang kuasa kesyukuran, dan doa penutupnya menyentuh hati seluruh Filipina.3 Di wilayah Leyte, video tersebut ditayangkan di dalam satu acara antara agama, dan ia juga disebut ketika ucapan pengukuhan rohani seorang imam. Negara Filipina, dan juga seluruh dunia, amat diberkati untuk merasai kasih Tuhan melalui kata-kata nabi terpilih-Nya.
Ketiga, Teguran Boleh Menjadi Penyataan Kasih Tuhan bagi Anak-Anak-Nya
Kadangkala, Tuhan menunjukkan kasih Dia dengan menegur kita. Ia merupakan satu cara untuk mengingatkan kita bahawa Dia mengasihi kita dan mengetahui siapa kita. Janjian berkat kedamaian-Nya terbuka kepada semua yang mengikut jalan perjanjian dengan berani dan sedia untuk menerima pembetulan.
Apabila kita kenali teguran dan bersedia menerimanya, ia menjadi satu pembedahan rohani. Siapakah yang suka pembedahan? Bagi mereka yang memerlukannya dan bersedia untuk menerimanya, ia boleh menyelamatkan nyawa. Tuhan menegur mereka yang Dia kasihi. Ayat suci memberitahu kita (lihat Ibrani 12:5–11; Helaman 12:3; Ajaran dan Perjanjian 1:27; 95:1). Teguran, atau pembedahan rohani itu, akan membawa perubahan yang perlu dalam kehidupan kita. Kita akan sedar, saudara dan saudari, bahawa ia menyempurnakan dan menyucikan bejana dalaman kita.
Joseph Smith, Nabi Pemulihan, telah ditegur. Setelah Joseph menghilangkan 116 halaman naskah Kitab Mormon, Tuhan menegur dan menunjukkan kasih dengan berfirman: “Kamu seharusnya tidak takut kepada manusia lebih daripada Tuhan. … Kamu seharusnya setia. … Lihatlah, engkau adalah Joseph, dan engkau dipilih. … Ingatlah, Tuhan penuh belas kasihan; oleh kerana itu, bertaubatlah” (Ajaran dan Perjanjian 3:7–10).
Pada tahun 2016, ketika melayan misi di Little Rock, Arkansas, saya meminta Brother Cava untuk membawa sebuah bungkusan kepada kakak saya, yang tinggal di satu pulau Fiji. Jawapannya bukanlah sesuatu yang saya jangkakan. “Presiden Wakolo,” dia merintih, “kakak kamu telah meninggal dunia dan dikebumikan 10 hari yang lalu.” Saya berasa sedih dan sedikit marah kerana keluarga saya tidak memberitahu saya.
Keesokan harinya, ketika isteri saya sedang mengajar para penginjil, pemikiran ini menembusi roh saya: “Taniela, semua pengalaman ini adalah untuk kebaikan dan perkembangan anda. Anda telah mengajar dan berkongsikan kesaksian anda tentang Korban Tebusan Yesus Kristus; sekarang hiduplah dengan sewajarnya.” Saya diperingatkan bahawa “berbahagialah orang yang ditegur Tuhan! Janganlah [kita] berasa kecil hati jika… diajar-Nya” (Ayub 5:17). Ia merupakan satu pembedahan rohani bagi saya, dan hasilnya segera.
Ketika saya renungkan pengalaman itu, saya dipanggil untuk memberi pandangan kesimpulan bagi perbincangan itu. Di kalangan perkara lain, saya kongsikan pengajaran yang saya telah perolehi: satu, saya telah ditegur oleh Roh Kudus dan saya suka kerana saya sahaja yang mendengarnya; kedua, disebabkan pengorbanan dan tebusan Juruselamat, saya tidak akan merujuk kepada cabaran-cabaran sebagai percubaan dan penderitaan, tetapi sebagai pengalaman pembelajaran; dan ketiga, kerana kehidupannya yang sempurna dan tidak berdosa saya tidak akan merujuk kepada kekurangan dan ketidakmampuan sebagai kelemahan tetapi sebagai peluang perkembangan. Pengalaman ini membantu saya ketahui bahawa Tuhan menegur kita kerana Dia mengasihi kita.
Kini saya akan menutup. Bapa Abadi dan Putera-Nya, Yesus Kristus, menunjukkan kasih Mereka dengan membolehkan kita peroleh perhubungan abadi bersama Mereka dan keluarga kita, dengan memanggil nabi moden untuk mengajar dan melayani kita, dan dengan menegur kita supaya kita belajar dan berkembang. “Bersyukur kepada Tuhan Bapa kerana kurnia Putera-Nya yang tiada bandingnya,”4 Tuhan yang telah dibangkitkan, malah Kristus yang hidup. Dalam nama Yesus Kristus, amin.