Anda Boleh Kumpulkan Israel!
Saya sangat pasti bahawa anda sebagai para remaja boleh melakukan ini kerana (1) sesuatu tentang identiti anda dan (2) sebuah kuasa besar di dalam anda.
Hampir tiga tahun lalu, Presiden Russell M. Nelson menjemput semua remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir “untuk menyertai batalion remaja Tuhan untuk bantu mengumpulkan Israel” di kedua-dua belah tirai. Dia berkata, “Pengumpulan tersebut adalah hal paling penting yang berlangsung di dunia pada masa kini.”1 Saya sangat pasti bahawa anda sebagai para remaja boleh melakukan ini—dengan sangat baik—kerana (1) sesuatu tentang identiti anda dan (2) sebuah kuasa besar di dalam anda.
Empat puluh satu tahun lalu, dua orang penginjil dari Gereja kita dibimbing ke sebuah rumah di New Jersey, Amerika Syarikat. Kesudahannya, secara ajaibnya, ibu bapa dan 10 anak dibaptiskan. Dalam kata-kata nabi, mereka “membiarkan Tuhan menang”2 dalam kehidupan mereka. Saya sepatutnya berkata “kehidupan kami.” Saya merupakan anak ketiga keluarga itu. Saya berumur 17 tahun apabila saya membuat perjanjian kekal untuk mengikuti Yesus Kristus. Tetapi tekalah apa yang saya putuskan seterusnya? Saya tidak akan melayani misi sepenuh masa. Itu terlalu banyak. Ini tidak diharapkan daripada saya, bukan? Saya seorang ahli Gereja baru. Saya tiada duit. Selain itu, walaupun saya baru tamat dari sekolah menengah yang paling teruk di Philadelphia Barat dan telah menghadapi beberapa cabaran yang bahaya, saya sebenarnya takut meninggalkan rumah selama dua tahun.
Identiti Benar Anda
Tetapi saya baru mempelajari bahawa saya dan seluruh umat manusia telah hidup bersama Bapa Syurgawi kita sebagai anak-anak lelaki dan perempuan Dia sebelum dilahirkan. Orang lain perlu mengetahuinya, seperti saya, bahawa Dia inginkan semua anak Dia menikmati kehidupan abadi bersama-Nya. Jadi, sebelum orang hidup di bumi, Dia mempersembahkan rancangan keselamatan dan kegembiraan sempurna Dia dengan Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita. Malangnya, Setan telah melawan rancangan Tuhan.3 Menurut kitab Wahyu, “peperangan berlaku di syurga”!4 Setan dengan liciknya menipu satu pertiga anak-anak rohani Bapa Syurgawi untuk membiarkan dia menang dan bukan Tuhan.5 Tetapi bukan anda! Rasul Yohanes melihat anda mengatasi Setan “dengan berita daripada Tuhan yang diisytiharkan [anda].”6
Memahami identiti sebenar saya, dibantu oleh berkat bapa bangsa, telah memberikan saya keberanian dan iman untuk menerima jemputan Presiden Spencer W. Kimball untuk mengumpulkan Israel.7 Ia akan menjadi yang sama bagi anda, rakan-rakan terkasih. Mengetahui anda telah mengatasi Setan dengan kesaksian anda sebelumnya akan menolong anda mengasihi, berkongsi dan menjemput8 sekarang dan selama-lamanya—untuk menjemput orang lain datang dan melihat, datang dan menolong, datang dan tergolong, apabila peperangan sama bagi jiwa-jiwa anak Tuhan berterusan.
Iman Berkuasa di dalam Anda
Bagaimana dengan kuasa besar di dalam anda? Fikirkan ini: anda bersorak gembira9 untuk datang ke dunia yang jatuh di mana semua orang akan menghadapi kematian jasmani dan rohani. Kita tidak akan dapat mengatasinya sendiri. Kita akan menderita tidak sahaja daripada dosa-dosa diri kita malah dosa-dosa orang lain juga. Manusia akan mengalami hampir setiap jenis keretakan dan kekecewaan10—lengkap dengan tirai kelupaan pada minda kita dan musuh terburuk dunia terus menyasar dan menggoda kita. Semua harapan untuk kembali terbangkit dan bersih ke hadirat suci Tuhan bergantung kepada satu Makhluk yang menunaikan perjanjian Dia.11
Apakah yang membolehkan anda untuk maju ke hadapan? Presiden Henry B. Eyring mengajar, “Ia memerlukan iman kepada Yesus Kristus untuk menyokong rancangan kebahagiaan dan peranan-Nya apabila anda hanya tahu sedikit saja tentang cabaran yang anda akan hadapi dalam kefanaan.”12 Apabila Yesus Kristus berjanji bahawa Dia akan datang dalam kefanaan dan menyerahkan hidup Dia untuk mengumpulkan13 dan menyelamatkan kita, anda tidak hanya mempercayai Dia. Anda “roh mulia”14 mempunyai “iman yang amat besar” sehingga anda menganggap perjanjian-Nya sebagai sebuah kepastian.15 Dia tidak dapat berdusta, jadi anda melihat Dia bagaikan Dia telah menumpahkan darah-Nya bagi anda, lama sebelum Dia dilahirkan.16
Dalam kata-kata berlambang Yohanes, anda “mengatasi [Setan] dengan darah Anak Domba.”17 Presiden Dallin H. Oaks mengajar bahawa di dunia itu “[anda] nampak pengakhiran dari permulaannya.”18
Bayangkan satu hari sebelum anda pergi ke sekolah salah seorang daripada ibu bapa anda membuat perjanjian benar bahawa anda boleh makan makanan kegemaran anda apabila pulang ke rumah! Anda sangat teruja! Ketika di sekolah anda membayangkan diri memakan makanan itu dan sudah boleh merasainya. Sememangnya, anda berkongsikan berita baik anda dengan orang lain. Tidak sabar untuk pulang ke rumah membuat anda sangat gembira sehinggakan ujian dan cabaran sekolah kelihatannya ringan. Tiada yang boleh mengambil kebahagiaan atau membuat anda ragu kerana kepastian janji itu! Begitu juga, sebelum anda roh mulia dilahirkan, anda telah belajar untuk melihat perjanjian-perjanjian Kristus dalam cara pasti ini, dan anda merasai keselamatan-Nya.19 Iman besar anda serupa otot yang semakin kuat dan besar apabila anda melatihkannya, tetapi ia sudah tersedia di dalam anda.
Bagaimanakah anda boleh membangunkan iman besar anda kepada Kristus dan menggunakannya untuk mengumpulkan Israel sekarang dan menakluki Setan semula? Dengan mempelajari hari ini untuk memandang ke hadapan dan melihat dengan kepastian yang sama perjanjian Tuhan untuk mengumpulkan dan menyelamatkan. Dia terutamanya menggunakan Kitab Mormon dan para nabi-Nya untuk mengajar kita caranya. Lama sebelum Kristus, “para nabi, dan … imam, dan … pengajar [Nefi] … [memujuk rakyat] untuk menanti-nantikan Mesias, dan percaya kepada-Nya untuk datang seakan-akan Dia telah datang.”20 Nabi Abinadi mengajar, “Dan sekarang, jika Kristus tidak datang ke dunia, berbicara tentang apa yang akan datang seakan-akan ia telah datang, tidak dapatlah ada penebusan.”21 Seperti Alma, Abinadi “menanti-nantikan dengan mata iman”22 dan menganggap perjanjian Tuhan tentang keselamatan sebagai sudah ditunaikan. Mereka “mengatasi Setan dengan darah Domba dan … kata-kata kesaksian mereka” lama sebelum Kristus dilahirkan, sepertimana anda telah mengatasinya. Dan Tuhan telah memberikan kuasa kepada mereka untuk menjemput dan mengumpulkan Israel. Dia akan melakukan sama bagi anda apabila anda memandang ke hadapan dengan iman, melihat Israel dikumpulkan—di seluruh dunia dan di dalam “circle” anda23—dan menjemput semua orang!
Beratusan penginjil mengasaskan iman prafana berkuasa mereka dalam Kristus dengan membayangkan orang yang dihubungi atau diajari memakai pakaian pembaptisan atau baju bait suci. Dalam ucapan bertajuk “Bermula dengan Akhir dalam Fikiran,”24 Presiden Nelson berkongsi satu contoh peribadi tentang ini dan mengarahkan pemimpin misi untuk mengajar para penginjil kita untuk melakukan demikian. Mengetahui bahawa mereka beriman besar kepada Yesus Kristus di dunia pra-fana sangat membantu para penginjil terkasih kita untuk “mendengarkan Dia”25 dan menggunakan iman besar mereka untuk mengumpulkan Israel seperti dijanjikan Tuhan.
Sememangnya, membayangkan pembohongan menyakitkan iman.26 Rakan-rakan terkasih saya, sengaja membayangkan atau melihat hal-hal yang bertentangan dengan siapa anda sebenarnya, terutamanya gambar-gambar lucah, akan melemahkan iman anda kepada Kristus dan tanpa bertaubat, boleh menghancurkannya. Sila gunakan khayalan anda untuk meningkatkan iman kepada Kristus, bukan menghancurkannya.
Program Kanak-kanak dan Remaja
Program Kanak-kanak dan Remaja merupakan alat kenabian untuk membantu anda remaja meningkatkan kuasa iman besar anda. Presiden Oaks mengajar, “Program ini direka untuk membantu anda menjadi lebih seperti Juruselamat kita dalam empat aspek: rohani, sosial, jasmani dan intelektual.”27 Apabila anda para remaja—memimpin—dengan mengamalkan injil, menjaga orang lain, menjemput semua untuk menerima injil, menyatukan keluarga supaya abadi, dan mengaturkan aktiviti-aktiviti seronok,28 iman besar kepada Kristus yang anda telah miliki di dunia pra-fana akan muncul semula dan membolehkan anda untuk melakukan kerja-Nya dalam hidup ini!
Tambahan lagi, matlamat peribadi, “terutamanya matlamat jangka pendek,”29 membantu anda menyala semula iman berkuasa anda. Apabila anda menetapkan sebuah matlamat, baik anda memandang ke hadapan, seperti anda sebelumnya, dan melihat apa yang Bapa Syurgawi inginkan anda atau orang lain menjadi.30 Kemudian anda rancang dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai itu. Elder Quentin L. Cook mengajar, “Jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan merancang, menetapkan matlamat … dan [menjemput orang lain]—semuanya dengan mata iman.”31
Ini pilihan anda! Tuhan berfirman tentang anda, “Kuasa [untuk memilih] ada pada mereka.”32 Elder Neil L. Andersen menjelaskan, “Iman anda tidak akan berkembang kerana nasib, tetapi kerana pilihan anda.”33 Dia juga berkata, “[Sebarang] soalan-soalan ikhlas [anda mungkin ada] … akan diselesaikan dengan kesabaran dan mata iman.”34
Saya bersaksi bahawa (1) identiti benar anda dan (2) kuasa iman besar kepada Kristus di dalam anda akan membolehkan anda untuk “membantu mempersiapkan dunia ini untuk kedatangan Juruselamat dengan menjemput semua datang kepada Kristus dan menerima berkat Korban Tebusan-Nya.”35 Semoga kita semua berkongsikan kegembiraan daripada perjanjian pasti Kitab Mormon:
“Orang soleh yang mendengarkan … para nabi, dan … menanti-nantikan Kristus dengan ketabahan … walaupun wujud segala penganiayaan … tidak akan binasa.
“Tetapi [Kristus] … akan menyembuh mereka, dan mereka akan menikmati kedamaian dengan Dia.”36
Dalam nama Yesus Kristus, amin.