Persidangan Umum
Terus [maju] ke arah Tujuan
Persidangan Umum April 2021


8:19

Terus [maju] ke arah Tujuan

Ia bukanlah tentang apa yang kita lalui dalam kehidupan, tetapi apa yang kita akan menjadi.

Apabila saya membaca Kisah Rasul-Rasul dan surat Paulus, saya kagum bagaimana Paulus didorongi oleh kasih dan kesyukuran dalam melayani, mengajar, dan bersaksi tentang Yesus Kristus. Bagaimanakah seseorang melayani dengan kasih dan kesyukuran sedemikian, walaupun dalam penderitaan besar? Apakah yang telah mendorong Paulus untuk melayani? “Aku berlari terus ke arah tujuanku untuk memenangi hadiah itu yang merupakan panggilan Tuhan melalui Kristus Yesus.”1

Untuk terus maju ke arah tujuan bermaksud meneruskan dengan beriman di “lorong sempit dan kecil ini yang menuntun kepada kehidupan kekal”2 bersama Juruselamat dan Bapa kita di Syurga. Paulus menganggap penderitaannya “tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan ditunjukkan kepada kita.”3 Surat Paulus kepada orang Filipi yang ditulis ketika dia dipenjarakan merupakan satu surat yang amat gembira dan sukacita, dan menggalakkan bagi kita semua, terutamanya pada masa ini yang susah dan penuh dengan ketidaktentuan. Kita semua perlu memperoleh keyakinan daripada Paulus: “Aku telah meninggalkan segala perkara yang biasa aku lakukan. Aku menganggap semua itu sebagai sampah sahaja, supaya aku boleh mendapat Kristus.”4

Sambil kita melihat pelayanan Paulus, kita diilhami dan diangkat oleh “Paulus” zaman kita, yang juga melayani, mengajar, dan bersaksi dengan kasih dan kesyukuran di tengah-tengah cabaran yang dihadapi dalam kehidupan mereka dan orang yang dikasihi. Satu pengalaman yang dialami sembilan tahun yang lalu telah membantu saya sedari kepentingan untuk maju ke arah tujuan.

Pada tahun 2012, ketika saya berjalan buat pertama kalinya ke mesyuarat kepimpinan persidangan umum, saya berasa ditenggelami dan tidak mencukupi. Dalam minda saya terdapat satu suara yang sentiasa berkata, “Kamu tidak tergolong di sini! Ini satu kesilapan!” Sambil saya berjalan untuk mencari tempat duduk, Elder Jeffrey R. Holland melihat saya. Dia datang dan berkata, “Edward, gembira melihat kamu di sini,” dan mengusap muka saya dengan lembut. Saya terasa seperti seorang budak kecil! Kasih dan pelukan dia menenangkan dan membantu saya merasai semangat kekitaan, semangat persaudaraan. Pada keesokan harinya, saya perhati Elder Holland lakukan sepertimana dia lakukan kepada saya pada hari sebelumnya, mengusap muka Elder Dallin H. Oaks dengan mesra, senior dia!

Pada saat itu saya merasai kasih Tuhan melalui para lelaki yang kita sokong sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu. Elder Holland, melalui tindakannya yang baik hati, semula jadi, membantu saya mengatasi kepentingan diri dan perasaan kekurangan. Dia membantu saya menumpu kepada usaha kudus dan bahagia yang saya telah dipanggilkan—untuk membawa jiwa-jiwa kepada Kristus. Dia, seperti Paulus dahulu kala, membantu saya maju ke arah tujuan.

Secara menariknya, Paulus menggesa kita untuk maju hadapan, sambil memanggil kita untuk melupakan perkara yang lalu—ketakutan, fokus, kegagalan, dan kesedihan yang lepas. Dia menjemput kita, seperti nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, “kaedah baru, lebih kudus.”5 Janji Juruselamat adalah benar: “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.”6

Di ucapan persidangan umum pertama saya, saya berkongsi kisah ibu mengajar saya untuk bekerja di ladang kami. “Jangan pandang belakang,” dia berkata. “Lihat ke hadapan, kita masih ada lagi yang perlu lakukan!”7

Di pengakhiran hidupnya, ketika Ibu bergelut dengan penyakit barah, dia tinggal bersama Naume dan saya. Pada satu malam, saya terdengar dia menangis di dalam biliknya. Kesakitannya sangat kuat, walaupun dia telah menerima dos harian morfinnya dua jam sebelum itu.

Saya masuk biliknya dan menangis bersama dia. Saya berdoa agar dia menerima kelegaan segera bagi kesakitannya. Kemudian dia lakukan perkara yang sama seperti di ladang bertahun yang lalu: dia berhenti dan mengajar saya satu pelajaran. Saya tidak akan melupai mukanya pada ketika itu: lemah, pilu, dan penuh kesakitan, melihat anaknya yang sedih dengan penuh kasihan. Dia senyum di kala tangisan, menemui mata saya, dan berkata, “Ini terpulang kepada Tuhan sama ada kesakitan ini akan dilegakan atau tidak.”

Saya duduk dengan senyap. Dia juga duduk dengan senyap. Peristiwa itu tetap jelas dalam fikiran saya. Malam itu, melalui ibu saya, Tuhan telah mengajar saya satu pelajaran yang akan tetap bersama saya selamanya. Apabila ibu saya menyatakan penerimaannya terhadap kehendak Tuhan, saya ingati sebab Yesus Kristus menderita di Taman Getsemani dan penyaliban di Golgota. Dia berfirman: “Lihatlah Aku telah memberikan kepadamu Injil-Ku, dan inilah Injil [Ku] yang telah Aku berikan kepadamu—bahawa Aku datang ke dunia untuk melakukan kehendak Bapa-Ku, kerana Bapa-Ku telah mengutus-Ku.”8

Kristus dalam Getsemani

Saya renungkan soalan kenabian nabi terkasih kita, Presiden Nelson, kepada kita pada persidangan umum lepas. Presiden Nelson bertanya: “Adakah anda sudi membiarkan Tuhan menang dalam hidup anda? Adakah anda sudi membiarkan Tuhan menjadi pengaruh yang paling penting dalam hidup anda? … Adakah anda membenarkan suara-Nya menjadi … lebih penting daripada hasrat anda yang lain? Adakah anda sudi untuk membiarkan kehendak anda ditelan dalam kehendak-Nya?”9 Ibu saya akan menjawab “ya” dengan beremosi dan tegas, dan ahli-ahli Gereja beriman yang lain di seluruh dunia juga akan menjawab “ya” dengan beremosi dan tegas. Presiden Nelson, terima kasih kerana mengilhami dan menaikkan semangat kami dengan soalan-soalan kenabian tersebut.

Baru-baru ini, saya berbual bersama seorang uskup di Pretoria, Afrika Selatan, yang telah mengebumikan isteri dan anak perempuan dewasanya pada hari yang sama. Nyawa mereka telah diragut oleh wabak koronavirus ini. Saya bertanya khabar dia. Jawapan Uskup Teddy Thabethe memperkukuhkan tekad saya untuk mentaati kata-kata dan nasihat nabi, pelihat, dan pewahyu Tuhan. Uskup Thabethe menjawab bahawa harapan dan ketenangan sentiasa wujud dengan pengetahuan bahawa Juruselamat telah mengambil kesakitan orang ramai ke atas Diri-Nya, maka Dia tahu bagaimana untuk membantu kita.10 Dengan iman yang mendalam dia bersaksi, “Saya bersyukur bagi rancangan keselamatan, rancangan kegembiraan.” Kemudian dia tanya saya satu soalan, “Bukankah nabi kita cuba mengajar ini di persidangan umum yang lepas?”

Walaupun cabaran kefanaan akan datang kepada kita, marilah kita tumpukan matlamat kita untuk “terus [maju] ke arah tujuan,” yang mana “hadiah itu … merupakan panggilan Tuhan.”11

Jemputan saya kepada kita semua adalah untuk tidak berputus asa! Kita dipanggil untuk “buang segala halangan yang menghalang kita dan dosa yang berpaut pada kita. Marilah kita tempuh perlumbaan di hadapan kita dengan tekun, … pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir.”12

Ia bukanlah tentang apa yang kita lalui dalam kehidupan, tetapi apa yang kita akan menjadi. Terdapatnya sukacita dalam kemajuan ke arah tujuan. Saya bersaksi bahawa Dia yang mengatasi segalanya akan membantu jika kita melihat kepada Dia. Dalam nama Yesus Kristus, amin.