Perjalanan Peribadi Anak Tuhan
Sebagai anak-anak perjanjian Tuhan, kita mengasihi, menghormati, mengasuh, melindungi, dan mengalu-alukan roh-roh yang datang dari dunia pra-fana.
Setiap kita telah terjejas oleh wabak sedunia, dan keluarga dan rakan-rakan telah meninggalkan dunia secara tidak dijangka. Izinkan saya menyatakan tiga orang mewakili mereka yang kita rindui dan kasihi.
Inilah Brother Philippe dan Sister Germaine Nsondi. Brother Nzondi melayani sebagai bapa bangsa Pancang Republik Brazzaville Congo ketika dia meninggal dunia. Dia seorang doktor perubatan yang bermurah hati berkongsi bakatnya dengan orang lain. 1
Ini ialah Sister Clara Elisa Ruano de Villareal dari Tulcán, Ecuador. Dia menyertai injil yang dipulih pada usia 34 tahun dan merupakan pemimpin yang dikasihi. Keluarganya mengucapkan selamat tinggal dengan menyanyikan lagu rohani kegemarannya, “Dia Hidup Sang Penebusku.” 2
Ini ialah Brother Ray Tuineau dari Utah, bersama keluarganya. Isterinya, Juliet, berkata, “Saya ingin [anak-anak lelaki saya] untuk [ingat bahawa ayah mereka] selalu berusaha mengutamakan Tuhan.” 3
Tuhan telah berfirman, “Engkau hendaknya hidup bersama dalam kasih, sedemikian rupa sehingga engkau akan menangis kerana kehilangan mereka yang mati.” 4
Sementara kita menangis, kita juga bersukacita dalam Kebangkitan Juruselamat kita. Kerana Dia, orang dan rakan-rakan yang kita kasihi teruskan perjalanan abadi mereka. Seperti Presiden Joseph F. Smith jelaskan: “Kita tidak dapat melupakan mereka; kita tidak berhenti mengasihi mereka. … Mereka telah maju; kita sedang maju; kita sedang berkembang sepertimana mereka telah berkembang.” 5 Presiden Russell M. Nelson berkata, “Air mata kesedihan kita … berubah menjadi air mata penuh harapan.” 6
Kita Tahu tentang Kehidupan sebelum Kelahiran
Perspektif abadi kita memperbesarkan pemahaman kita tentang mereka yang meneruskan perjalanan melampaui kefanaan tetapi juga membuka pemahaman kita tentang mereka yang lebih awal dalam perjalanan mereka dan baru memasuki kefanaan.
Setiap orang yang datang ke bumi adalah anak lelaki atau anak perempuan Tuhan yang unik. 7 Perjalanan peribadi kita tidak bermula sejak lahir. Sebelum kita dilahirkan, kita berada dalam dunia persiapan di mana kita “menerima pelajaran-pelajaran pertama [kita] di dunia roh.” 8 Yehova memberitahu Yeremia, “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih engkau.” 9
Ada yang persoalkan kehidupan bermula, dengan pembentukan embrio, atau ketika jantung mula berdegup, atau ketika bayi dapat hidup di luar rahim, tetapi bagi kita, tidak ada keraguan bahawa anak-anak roh Tuhan berada dalam perjalanan peribadi ke bumi untuk menerima tubuh dan mengalami kefanaan.
Sebagai anak-anak perjanjian Tuhan, kita mengasihi, menghormati, mengasuh, melindungi, dan mengalu-alukan roh-roh yang datang dari dunia pra-fana.
Sumbangan Besar daripada Para Wanita
Untuk seorang wanita, mempunyai anak adalah pengorbanan besar dari segi jasmani, emosi, dan ekonomi. Kami mengasihi dan menghormati para wanita luar biasa Gereja ini. Dengan kecerdasan dan bijaksana, anda menanggung beban keluarga anda. Anda mengasihi. Anda melayani. Anda membuat pengorbanan. Anda menguatkan iman, melayani mereka yang memerlukan, dan banyak menyumbang kepada masyarakat.
Tanggungjawab Kudus Melindungi Kehidupan
Bertahun yang lalu, atas kebimbangan akan kadar pengguguran di dunia, Presiden Gordon B. Hinckley berucap kepada para wanita Gereja dengan kata-kata yang berkenaan kepada kita hari ini. Dia berkata “Anda yang merupakan isteri dan ibu adalah sauh keluarga. Anda melahirkan anak-anak. Betapa besar dan kudus tanggungjawab itu. … Apakah yang sedang berlaku kepada penghargaan kita tentang kesucian hidup manusia? Pengguguran adalah kejahatan, kekejaman dan nyata serta bertentangan, yang sedang melanda bumi. Saya memohon para wanita Gereja ini untuk menghindarinya, untuk berdiri di atasnya, untuk menjauhkan diri dari situasi yang menjejaskan itu. Mungkin ada beberapa keadaan di mana ia boleh berlaku, tetapi keadaannya sangat terhad dan sebahagian besarnya adalah mustahil.” 10 … Anda adalah ibu putera dan puteri Tuhan, dan nyawa mereka kudus. Melindungi mereka adalah tanggungjawab ilahi yang tidak dapat disingkirkan dengan mudah.” 11
Elder Marcus B. Nash berkongsi cerita seorang wanita berumur 84 tahun dalam temu duga pembaptisannya, “mengakui pengguguran [bertahun sebelumnya].” Dengan tulus, dia berkata: “Saya telah menanggung beban setiap hari selama empat puluh enam tahun kerana menggugurkan anak. … Tiada apa yang saya lakukan akan menghilangkan rasa sakit dan rasa bersalah. Saya hilang harapan sehingga saya diajar Injil Yesus Kristus yang sejati. Saya belajar bertaubat … dan tiba-tiba saya dipenuhi harapan. Saya akhirnya tahu bahawa saya boleh diampuni jika saya benar-benar bertaubat dari dosa-dosa saya.” 12
Betapa kita bersyukur atas kurnia ilahi pertaubatan dan pengampunan.
Apakah yang kita boleh lakukan?
Apakah tanggungjawab kita sebagai pengikut damai Yesus Kristus? Marilah kita menjalani perintah-perintah Tuhan, ajarkan kepada anak-anak kita, dan berkongsi dengan orang yang sedia mendengar. 13 Marilah kita berkongsi perasaan kita tentang kesucian hidup dengan pembuat keputusan dalam masyarakat. Mereka mungkin tidak sepenuhnya hargai apa yang kita percaya, tetapi kita berdoa agar mereka fahami mengapa, bagi kita, keputusan ini melampaui keinginan seseorang untuk hidupnya.
Jika kehamilan yang tidak dirancang berlaku, jangkaulah dengan kasih, galakkan, dan, bila perlu, bantuan kewangan, untuk memperkuatkan seorang ibu untuk membenarkan anaknya lahir dan teruskan perjalanan fananya. 14
Keindahan Pengambilan Anak Angkat
Dalam keluarga kami, kami sangat diberkati. Dua dekad yang lalu, seorang remaja berusia 16 tahun mendapat tahu dia mengandung. Dia dan ayah bayi itu belum berkahwin, dan mereka tidak dapat melihat masa depan bersama. Wanita muda itu percaya bahawa bayi dalam kandungannya adalah sangat berharga. Dia melahirkan seorang bayi perempuan dan membenarkan satu keluarga yang soleh mengambil anak itu sebagai anak angkat. Bagi Bryce dan Jolinne, anak itu adalah jawapan doa mereka. Mereka menamakannya Emily dan mengajarnya untuk mempercayai Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus.
Emily membesar. Kami bersyukur Emily dan cucu lelaki kami, Christian, jatuh cinta dan berkahwin di rumah Tuhan. Emily dan Christian kini mempunyai anak perempuan mereka sendiri.
Baru-baru ini Emily menulis: “Sepanjang sembilan bulan kehamilan ini, saya mempunyai masa untuk merenungkan peristiwa kelahiran saya sendiri. Saya memikirkan ibu kandung saya, yang baru berusia 16 tahun. Semasa saya mengalami kesakitan dan perubahan oleh kehamilan, saya membayangkan betapa sukarnya [ibu saya] pada usia muda 16 tahun. … Bahkan sekarang air mata mengalir ketika saya memikirkan ibu kandung saya, yang tahu dia tidak dapat memberi saya kehidupan baik [dan dengan tidak pentingkan diri] membenarkan saya untuk dijadikan anak angkat. Tidak dapat bayangkan apa yang dia lalui selama sembilan bulan—dihakimi ketika tubuhnya berubah, terlepas pengalaman remaja, mengetahui bahawa setelah melahirkan anak, dia perlu menyerahkan anaknya ke pangkuan orang lain. Saya sangat berterima kasih atas pilihannya yang tidak pentingkan diri, dia tidak gunakan hak pilihannya untuk mengambil hak pilihan saya.” Emily menyimpulkan, “Saya bersyukur untuk rancangan ilahi Bapa Syurgawi, untuk ibu bapa saya yang [menyayangi dan menjaga] saya, dan untuk bait suci di mana kita dapat dimeteraikan dengan keluarga kita untuk keabadian.” 15
Juruselamat “memanggil seorang kanak-kanak, lalu menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus memeluk kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka, Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku menyambut Aku.” 16
Apabila Keinginan Soleh Belum Menjadi Nyata.
Saya menyatakan kasih saya kepada pasangan soleh yang berkahwin dan tidak mempunyai anak-anak seperti diharapkan dan kepada wanita dan lelaki yang belum berpeluang untuk berkahwin menurut hukum Tuhan. Impian hidup yang tidak direalisasikan sukar difahami jika hanya dilihat dari perspektif kefanaan. Sebagai hamba Tuhan, saya berjanji bahawa apabila anda setia kepada Yesus Kristus dan perjanjian anda, anda akan menerima berkat pampasan dalam hidup ini dan hasrat soleh anda dalam waktu Tuhan. 17 Terdapat kebahagiaan dalam perjalanan kefanaan walaupun semua harapan soleh kita tidak direalisasikan. 18
Selepas kelahiran, kanak-kanak masih memerlukan bantuan kita. Sesetengah sangat memerlukannya. Setiap tahun melalui para uskup dan sumbangan puasa dan dana kemanusiaan anda, kehidupan berjuta-juta kanak-kanak diberkati. Presidensi Utama baru-baru ini mengumumkan 20 juta dana tambahan untuk membantu UNICEF dalam usaha global mereka untuk memberi dua bilion vaksin. 19 Kanak-kanak dikasihi oleh Tuhan.
Pilihan Kudus untuk Mempunyai Anak
Ia membimbangkan bahawa beberapa negara makmur di dunia mempunyai lebih kurang kadar kelahiran. 20 “Perintah Tuhan bagi anak-anak-Nya untuk beranak-pinak dan bertambah di dunia masih berkuat kuasa.” 21 Bila untuk mempunyai anak dan berapa banyak anak adalah keputusan peribadi yang harus dibuat antara suami dan isteri dan Tuhan. Dengan iman dan doa, keputusan-keputusan kudus ini boleh menjadi pengalaman berwahyu yang indah. 22
Saya berkongsi cerita keluarga Laing dari California Selatan. Sister Rebecca Laing menulis:
“Pada musim panas 2011, kehidupan keluarga kami kelihatan sempurna. Perkahwinan kami bahagia dengan empat anak—berumur 9, 7, 5, dan 3. …
“Kehamilan dan kelahiran anak saya semuanya berisiko tinggi … [dan] kami rasa [sangat] diberkati atas empat anak, [memikirkan] bahawa keluarga kami sudah lengkap. Pada bulan Oktober semasa mendengar persidangan umum, saya merasakan perasaan yang tidak dapat diragukan bahawa kami akan mempunyai bayi lagi. Apabila LeGrand dan saya merenung dan berdoa, … kami tahu bahawa Tuhan mempunyai rancangan lain untuk kami daripada rancangan kami sendiri.
“Selepas satu lagi kehamilan dan kelahiran yang sukar, kami diberkati dengan seorang anak perempuan yang cantik. Kami menamakan dia Brielle. Dia merupakan suatu mukjizat. Tidak lama selepas kelahirannya, ketika masih berada dalam [bilik persalinan], saya mendengar suara Roh yang jelas: ‘Ada satu lagi.’
“Tiga tahun kemudian, seorang lagi mukjizat, Mia. Brielle dan Mia sangat menggembirakan keluarga kami.” Dia menyimpulkan, “Bersikap terbuka kepada arahan Tuhan dan mengikuti rancangan-Nya untuk kita akan selalu membawa kebahagiaan yang lebih besar daripada … bergantung pada pemahaman kita sendiri.” 23
Juruselamat mengasihi setiap anak
“Dan Dia mengambil anak-anak kecil mereka, satu demi satu, dan memberkati mereka. …
“Dan … mereka mengarahkan mata mereka ke arah langit, … dan mereka melihat para malaikat turun dari syurga … di tengah-tengah api; dan [para malaikat] … mengelilingi anak-anak kecil itu, … dan para malaikat melayani mereka.” 24
Saya bersaksi bahawa perjalanan peribadi anda sebagai anak Tuhan tidak bermula pada nafas pertama anda di bumi dan tidak akan berakhir apabila anda menghembuskan nafas terakhir kefanaan.
Semoga kita selalu ingat bahawa setiap anak roh Tuhan datang ke bumi untuk perjalanan peribadi mereka sendiri. 25 Semoga kita mengalu-alukan mereka, melindungi mereka, dan selalu mengasihi mereka. Apabila anda menerima anak-anak ini dalam nama Juruselamat dan membantu mereka dalam perjalanan abadi mereka, saya berjanji Tuhan akan memberkati anda dan mencurahkan kasih dan restu-Nya atas anda. Dalam nama Yesus Kristus, amin.