Persidangan Umum
Berkat demi Nama-Nya
Persidangan Umum April 2021


13:4

Berkat demi Nama-Nya

Tujuan kita menerima imamat adalah untuk membolehkan kita memberkati orang untuk Tuhan, melakukannya demi nama-Nya.

Para saudara, pelayan imamat Tuhan, ini kehormatan saya untuk berucap kepada anda malam ini. Saya hormat dan sungguh bersyukur kepada anda. Ketika saya berbicara dan mendengar iman besar anda, saya percaya kuasa imamat semakin meningkat di dunia, dengan kuorum yang semakin kuat dan pemegang imamat yang lebih setia.

Pada malam ini, saya akan berucap kepada anda yang ingin menjadi lebih berkesan dalam pelayanan imamat peribadi anda. Anda tahu anda perlu meningkatkan panggilan anda untuk melayani.1 Tetapi anda mungkin tertanya apakah makna tingkatkan panggilan itu untuk anda.

Saya akan mulakan dengan diaken baharu kerana mereka mungkin tidak pasti tentang makna meningkatkan pelayanan imamat mereka. Penatua yang baru ditahbiskan boleh mendengar juga. Dan uskup baharu dalam pelayanan juga mungkin berminat.

Ini membuat saya melihat kembali hari-hari saya sebagai diaken. Saya berharap ada orang memberitahu saya pada masa itu yang akan saya cadangkan sekarang. Itu boleh bantu semua tugasan imamat yang saya diberikan—bahkan yang saya terima pada masa sekarang.

Saya ditahbiskan sebagai satu-satunya diaken di cabang yang sangat kecil, dan abang saya Ted adalah satu-satunya pengajar. Kami adalah satu-satunya keluarga di cabang itu. Seluruh cabang bertemu di rumah kami. Pemimpin imamat abang saya dan saya adalah penganut baru yang baru saja menerima imamat. Saya yakin tugasan imamat saya pada masa itu adalah mengedarkan sakramen di ruang rumah saya sendiri.

Semasa keluarga saya berpindah ke Utah, saya hadiri bahagian besar yang ada banyak diaken. Dalam pertemuan sakramen pertama di sana, saya perhatikan diaken—bagaikan tentera—bergerak dengan tepat ketika mereka edarkan sakramen seperti pasukan yang terlatih.

Saya berasa takut pada Ahad berikutnya. Saya ke Gereja lebih awal untuk bersendirian agar tidak ada yang melihat saya. Saya ingat kembali bahawa Bahagian Yalecrest di Salt Lake City, dan terdapat sebuah tugu di atas tanah. Saya pergi ke belakang tugu itu dan berdoa sungguh-sungguh untuk tidak gagal semasa mengedarkan sakramen. Doa itu dijawab.

Tetapi sekarang saya tahu ada cara yang lebih baik untuk berdoa dan berfikir ketika kita berusaha berkembang dalam pelayanan imamat kita. Ini datang melalui pemahaman saya tentang mengapa individu diberi imamat. Tujuan kita menerima imamat adalah untuk membolehkan kita memberkati orang untuk Tuhan, melakukannya demi nama-Nya.2

Bertahun selepas saya menjadi diaken baru saya tahu maksudnya secara praktikal. Contohnya, bertahun lalu, sebagai imam tinggi, saya ditugaskan untuk hadiri pertemuan sakramen di pusat jagaan. Saya diminta untuk mengedarkan sakramen. Daripada fikirkan proses atau ketepatan cara saya edarkan sakramen, saya sebaliknya melihat wajah setiap orang tua itu. Saya melihat banyak dari mereka menangis. Seorang wanita menarik lengan bajuku, mendongak, dan berkata, “Oh, terima kasih, terima kasih.”

Tuhan telah memberkati saya, pelayanan yang diberikan demi nama-Nya. Pada hari itu saya doakan mukjizat seperti itu dan bukannya seberapa baik saya dapat lakukan peranan saya. Saya berdoa agar orang-orang ini dapat merasakan kasih Tuhan melalui pelayanan saya. Saya pelajari ini adalah kunci untuk melayani dan memberkati orang lain demi nama-Nya.

Baru-baru ini, saya mendengar pengalaman yang mengingatkan saya tentang kasih itu. Ketika pertemuan Gereja ditangguhkan kerana pandemik COVID-19, seorang pelayan saudara menerima tugasan dari presiden kuorum penatua untuk berkati dan memberi sakramen kepada seorang saudari yang dia layani. Ketika dia menelefon saudari itu tentang sakramen, saudari itu segan menerimanya, kerana tidak ingin saudara itu membahayakan diri dan dia turut berharap segalanya akan kembali normal.

Ketika saudara itu tiba di rumah saudari itu pada pagi Ahad, saudari itu membuat satu permintaan. Bolehkah mereka ke rumah sebelah dan adakan sakramen bersama jirannya yang berusia 87 tahun? Dengan izin uskup, saudara itu bersetuju.

Selama berminggu, dengan penjarakan sosial yang cermat dan langkah-langkah keselamatan lain, kumpulan kecil Orang Suci itu berkumpul setiap Ahad untuk acara sakramen yang sederhana. Hanya beberapa keping roti dan secawan air—tetapi banyak air mata menitis kerana kebaikan Tuhan.

Kini, pelayan saudara, keluarganya, dan saudari yang dia layani dapat kembali ke gereja. Tetapi jirannya, seorang janda berusia 87 tahun itu, sebagai langkah berhati-hati, harus tinggal di rumah. Pelayan saudara ini sehingga hari ini masih datang ke rumah saudari uzur ini setiap Ahad, dengan membawa tulisan suci dan roti kecil di tangan, untuk melaksanakan Perjamuan sakramen Tuhan.

Pelayanan imamatnya, seperti pelayanan saya di pusat jagaan, diberikan kerana kasih. Baru-baru ini, pelayan saudara ini tanya uskupnya jika ada ahli lain di bahagian yang dia boleh jaga. Hasrat saudara ini untuk meningkatkan pelayanan imamatnya berkembang semasa dia melayani demi nama Tuhan dan dengan cara yang eksklusif kepada-Nya. Saya tidak pasti sama ada pelayan saudara itu ada berdoa bagi mereka yang dia layani untuk tahu kasih Tuhan, tetapi kerana pelayanannya demi nama Tuhan, hasilnya sama.

Hasil indah yang sama datang ketika saya berdoa sebelum berikan berkat imamat kepada seseorang yang sakit atau dalam keperluan. Ia berlaku sekali di dalam hospital ketika doktor menggesa saya—lebih daripada menggesa—mengarah saya—untuk beri laluan supaya mereka dapat bekerja, berbanding dengan saya berikan satu berkat imamat. Saya menunggu, dan akhirnya memberi berkat imamat. Dan pada hari itu, anak perempuan yang diberkati, menurut kata doktor akan mati, masih hidup. Saya amat bersyukur pada masa ini bahawa pada hari itu, saya tidak mengikut emosi sendiri tetapi mengikut kehendak Tuhan untuk memberkati anak perempuan itu. Dan saya tahu jenis berkat itu: Saya berkati dia untuk disembuhkan. Dan dia di sembuh.

Ini telah terjadi berkali-kali semasa saya berikan berkat kepada seseorang yang nazak, dengan anggota keluarga di keliling tempat tidur, berharap mendapat berkat penyembuhan. Walaupun saya hanya ada sedikit masa, saya selalu berdoa untuk tahu berkat yang Tuhan dapat berikan demi nama-Nya. Dan saya tanya bagaimana Dia ingin memberkati orang itu dan bukan kehendak saya atau orang-orang terdekat inginkan. Pengalaman saya adalah walaupun berkat itu tidak seperti yang mereka atau orang yang mereka kasihi inginkan, Roh menyentuh hati untuk menerima dan merasakan penghiburan.

Ilham yang sama muncul ketika para bapa bangsa berpuasa dan berdoa memohon bimbingan untuk memberikan berkat yang Tuhan inginkan bagi seseorang. Sekali lagi, saya telah mendengar berkat yang mengejutkan saya dan juga mengejutkan orang yang menerima berkat itu. Jelaslah, berkat itu berasal dari Tuhan—peringatan-peringatan dan janji-janji di dalamnya diberikan demi nama-Nya. Doa dan puasa bapa bangsa itu diberi ganjaran oleh Tuhan.

Sebagai uskup, semasa temu duga kelayakan saya berdoa kepada Tuhan agar saya dapat rasakan kehendak-Nya untuk orang itu, pastikan ilham-Nya tidak tersembunyi oleh penghakiman saya sendiri. Itu sukar jika Tuhan, dalam kasih, ingin memberkati seseorang dengan pembetulan. Perlukan usaha untuk membezakan kehendak Tuhan daripada kehendak anda dan kehendak yang orang lain inginkan.

Saya percaya kita dapat meningkatkan pelayanan imamat kita sepanjang hayat dan mungkin lebih. Itu bergantung pada ketekunan kita untuk tahu kehendak Tuhan dan usaha untuk dengar suara-Nya sehingga kita tahu kehendak-Nya untuk orang yang kita layani demi-Nya. Peningkatan itu akan dilakukan dalam beberapa langkah kecil. Ia mungkin datang perlahan-lahan, tetapi ia akan datang. Tuhan menjanjikan ini kepada kita:

“Kerana barang siapa yang setia untuk menerima dua imamat ini yang telah Aku firmankan tentangnya, dan meningkatkan pemanggilan mereka, dikuduskan oleh Roh bagi memperbaharui tubuh mereka.

“Mereka menjadi anak-anak lelaki Musa dan Harun dan benih keturunan Abraham, dan gereja dan kerajaan, dan umat pilihan Tuhan.

“Dan juga mereka semua yang menerima imamat ini menerima-Ku, firman Tuhan.”3

Inilah kesaksian saya bahawa kunci-kunci imamat telah dipulihkan kepada Nabi Joseph Smith. Pelayan Tuhan muncul dari syurga untuk pulihkan imamat bagi peristiwa besar yang telah berlaku dan ada di hadapan kita. Israel akan dikumpulkan. Umat Tuhan akan dipersediakan untuk Kedatangan Kedua-Nya. Pemulihan akan diteruskan. Tuhan akan mengungkapkan lebih banyak kehendak-Nya kepada nabi dan hamba-Nya

Anda mungkin merasa kecil jika dibandingkan dengan apa yang Tuhan akan lakukan. Jika anda rasa sedemikian, saya menjemput anda untuk berdoa dan tanya Tuhan. Dia kenali anda, Dia menganugerahkan imamat kepada anda, dan anda bangkit dan tingkatkan urusan imamat kerana Dia mengasihi anda dan percayakan anda untuk memberkati orang yang Dia kasihi demi nama-Nya.

Saya berkati agar anda boleh rasakan kasih-Nya dan kepercayaan-Nya dalam nama Tuhan Yesus Kristus, amin.