Ikutlah Aku 2024
29 April–5 Mei: “Perubahan Yang Hebat.” Mosia 4–6


“29 April–5 Mei: ‘Perubahan Yang Hebat.’ Mosia 4–6,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“29 April–5 Mei. Mosia 4–6,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Raja Benjamin mengajar rakyatnya

In the Service of Your God [Dalam Pelayanan Tuhanmu], oleh Walter Rane

29 April–5 Mei: “Perubahan Yang Hebat”

Mosia 4–6

Adakah anda pernah mendengar seseorang bercakap dan terilham untuk ubah hidup anda? Kerana apa yang anda telah dengar, anda mungkin putuskan untuk hidup sedikit berbeza—atau sangat berbeza. Khutbah Raja Benyamin adalah khutbah sedemikian, dan kebenaran yang dia ajar mempunyai kesan sedemikian ke atas rakyat yang mendengarnya. Raja Benyamin berkongsi dengan rakyatnya apa yang malaikat telah ajarkan dia—bahawa berkat-berkat hebat adalah mungkin melalui “darah pendamaian Kristus” (Mosia 4:2). Kerana pesanan-Nya, mereka mengubah pandangan terhadap diri sendiri (lihat Mosia 4:2), Roh mengubah hasrat mereka (lihat Mosia 5:2), dan mereka membuat perjanjian dengan Tuhan bahawa mereka akan sentiasa melakukan kehendak-Nya (lihat Mosia 5:5). Inilah bagaimana kata-kata Raja Benyamin mempengaruhi rakyatnya. Bagaimanakah ia mempengaruhi anda?

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Mosia 4

Melalui Yesus Kristus, saya boleh menerima dan mengekalkan pengampunan untuk dosa-dosa saya.

Kadangkala, walaupun anda berasa dosa-dosa anda diampuni, anda mungkin bergelut untuk kekalkan perasaan itu dan berjalan di jalan kesolehan. Raja Benyamin mengajar rakyatnya bagaimana untuk menerima dan mengekalkan pengampunan dosa. Apabila anda mengkaji bab 4 dalam Mosia, pertimbangkan untuk bertanya soalan seperti ini:

Ayat 1–8.Apakah syarat-syarat Tuhan memberikan pengampunan untuk dosa anda? Apakah yang anda pelajari tentang Dia dalam ayat ini yang mengilhami anda untuk bertaubat? Bagaimanakah anda boleh tahu anda telah bertaubat?

Ayat 11–16.Menurut ayat-ayat ini, apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita jika kita melakukan hal-hal yang ayat 11 gambarkan? Bagaimanakah anda, atau seseorang yang anda kasihi, pernah mengalami perubahan ini? Bandingkan perubahan ini dengan perubahan yang digambarkan dalam Mosia 3:19.

Ayat 16–30.Bagaimanakah berkongsi apa yang anda ada dengan orang lain membantu anda mengekalkan pengampunan dosa-dosa anda? Bagaimanakah anda boleh gunakan ayat 27 dalam usaha anda untuk menjadi seperti Kristus?

Apakah maksud kita semua pengemis? Menurut ayat-ayat ini, bagaimanakah kita perlu memperlakukan semua anak Tuhan? (lihat Mosia 4:26). Siapakah yang perlukan bantuan anda?

Lihat juga Becky Craven, “Mengekalkan Perubahan,” Liahona, Nov. 2020, 58–60.

Mosia 4:5–10

ikon seminari
Saya beriman dan mempercayai Tuhan.

Jemputan Raja Benyamin untuk beriman dan mempercayai Tuhan adalah sama pentingnya hari ini seperti pada zaman dahulu. Semasa anda membaca Mosia 4:5–10, cari kebenaran tentang Tuhan yang memberi anda alasan untuk mempercayai-Nya. Perhatikan jemputan yang Raja Benyamin berikan dalam ayat 10. Mengapa mempercayai Tuhan memudahkan kita untuk melakukan jemputan Raja Benyamin?

Pertimbangkan untuk mencari beberapa tulisan suci tambahan ini untuk menyenaraikan sifat-sifat Tuhan: Yeremia 32:17; 1 Yohanes 4:8; 2 Nefi 9:17; Alma 32:22; Mormon 9:9; Eter 3:12; Ajaran dan Perjanjian 19:1–3; 88:41. Anda boleh gunakan senarai anda untuk melengkapkan ayat seperti ini: “Kerana saya tahu Tuhan adalah , Saya boleh mempercayai Dia untuk .”

Kepercayaan kita kepada Tuhan meningkat apabila kita mempunyai pengalaman bersama-Nya. Dalam Mosia 4:1–3, apakah yang membantu rakyat Raja Benyamin “sampai pada suatu pengetahuan tentang kebaikan Tuhan”? (ayat 6). Fikirkan tentang pengalaman yang anda pernah ada dengan Tuhan. Apakah yang pengalaman ini telah ajarkan anda tentang Dia? Apakah langkah yang anda ambil (atau anda boleh ambil) untuk memperdalamkan iman atau kepercayaan anda kepada Tuhan?

Lihat juga “‘Ku Tahu Bapa Hidup,” Nyanyian Rohani, no. 148.

Berkongsi pengalaman kudus. Sesetengah pengalaman terlalu kudus atau peribadi untuk dikongsi. Apabila menjemput orang lain untuk berkongsi pengalaman, jangan paksa mereka untuk berkongsi jika mereka tidak mahu.

Mosia 4:29–30

Saya mesti menjaga fikiran, perkataan, dan perbuatan saya.

Tuhan tidak memberi kita senarai tentang setiap dosa. Menurut Mosia 4:29–30, apakah yang Dia lakukan sebaliknya? Renungkan bagaimana fikiran, perkataan, dan perbuatan anda mempengaruhi diri anda dan orang lain. Bagaimanakah ia mempengaruhi hubungan anda dengan Tuhan? Bagaimanakah anda “menjaga [diri anda]”?

Mosia 5:1–5

Roh Tuhan boleh membuat perubahan yang hebat dalam hati saya.

Orang biasa berkata, “Saya tidak boleh berubah. Itulah siapa saya.” Sebaliknya, pengalaman rakyat Raja Benyamin menunjukkan kita bagaimana Roh Tuhan boleh mengubah hati kita. Semasa anda membaca Mosia 5:1–5, fikirkan tentang bagaimana “perubahan yang hebat” membawa kepada penukaran hati sejati telah berlaku—atau boleh berlaku—dalam hidup anda. Fikirkan tentang perubahan yang halus, beransur dan juga pengalaman “hebat”. Bagaimanakah pengalaman ini membantu anda ketika anda menghadapi godaan?

Lihat juga Yehezkiel 36:26–27; Alma 5:14.

Kristus menyembuhkan seorang wanita yang sakit

Healing Hands [Tangan Penyembuhan], oleh Adam Abram

Mosia 5:5–15

Saya mengambil ke atas diri saya nama Kristus semasa saya membuat perjanjian dengan Dia.

Apakah yang anda belajar dari Mosia 5:7–9 tentang makna mengambil ke atas diri anda nama Kristus? Apakah yang doa sakramen ajarkan (lihat Moroni 4–5) tentang ini? Bagaimanakah anda boleh tunjukkan anda “milik” Juruselamat?

Lihat juga D. Todd Christofferson, “Mengapa Jalan Perjanjian,” Liahona, Mei 2021, 116–19.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Mosia 4:1–3, 10

Pertaubatan membawa kegembiraan.

  • Untuk mengajar tentang kebahagiaan pertaubatan, mungkin anak-anak boleh kotorkan tangan mereka dan perhatikan perasaan mereka selepas mereka membasuh tangan. Kemudian anda boleh membandingkan itu dengan cara orang-orang dalam Mosia 4:1–3 rasakan sebelum dan setelah dosa-dosa mereka diampuni. Kongsi kesaksian anda tentang kuasa Juruselamat untuk membersihkan kita secara rohani.

  • Adakah anak-anak anda tahu bagaimana untuk bertaubat sepenuhnya dan dengan ikhlas? Bantu mereka mencari apa yang rakyat Raja Benyamin lakukan dalam Mosia 4:1–3, 10. Mereka juga boleh menyemak “Bertaubat, Pertaubatan” dalam Panduan Tulisan Suci. Bagaimanakah Yesus Kristus membolehkan pertaubatan?

Mosia 4:12–26

Injil Yesus Kristus mengilhami saya untuk melayani orang lain dengan kasih dan kebaikan.

  • Melayani orang lain membuat kita berasa baik. Mungkin anak-anak anda boleh bercakap tentang masa mereka mengasihi atau melayani seseorang dan bagaimana perasaan mereka. Apakah sebab-sebab tertentu orang tidak mahu melayani orang lain? Apa yang kita boleh katakan kepada seseorang untuk menjemput mereka membantu orang yang memerlukan? Cari idea dalam Mosia 4:16–26.

  • Raja Benyamin mengajar bahawa apabila kita datang kepada Kristus dan menerima pengampunan dosa-dosa kita, kita “dipenuhi dengan kasih Tuhan” (Mosia 4:12). Ini membimbing kita untuk menjadi pengasih dan baik hati terhadap orang lain. Anda dan anak-anak anda boleh mencari Mosia 4:13–16, 26 (atau lagu seperti “Aku Akan Menolongmu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 79) dan cari frasa yang menggambarkan cara kita boleh melayani orang lain. Kemudian mereka boleh melakonkan hal ini atau melukis gambar dan saling teka frasa sesama. Bagaimanakah kita boleh tunjukkan kasih dan kebaikan di rumah, di sekolah, atau di gereja?

gadis muda bermain dengan bayi

Yesus Kristus mengajar kita untuk berbuat baik kepada orang lain.

Mosia 5:5–15

Semasa saya membuat perjanjian dengan Tuhan, saya mengambil ke atas diri saya nama Kristus.

  • Anak-anak anda boleh mencipta lencana yang memaparkan nama “Yesus Kristus” dan memakainya di atas hati mereka (lihat halaman aktiviti minggu ini). Semasa mereka berbuat demikian, anda boleh bacakan mereka Mosia 5:12 dan bercakap tentang bagaimana membuat perjanjian, atau janji, dengan Tuhan adalah seperti memiliki nama Kristus “tertulis selalu dalam hati [kita].”

Kristus memberi makan kepada burung

In His Constant Care [Dalam Penjagaan-Nya], oleh Greg K. Olsen