Ikutlah Aku 2024
7–13 Oktober: “Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh.” 3 Nefi 17–19


“7–13 Oktober: ‘Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh.’ 3 Nefi 17–19,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“7–13 Oktober. 3 Nefi 17–19,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Yesus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

The Light of His Countenance Did Shine upon Them [Sinar Wajah-Nya Menyinari Mereka], oleh Gary L. Kapp

7–13 Oktober: “Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh”

3 Nefi 17–19

Yesus Kristus baru saja meluangkan masa melayani di negeri Kelimpahan, mengajar injil-Nya, membenarkan orang ramai untuk melihat dan merasakan bekas pada tubuh-Nya yang bangkit, dan bersaksi bahawa Dia ialah Juruselamat yang dijanjikan. Sekarang, sudah tiba masanya untuk pergi. “Waktu-Ku di depan mata,” firman Dia (3 Nefi 17:1). Dia harus kembali kepada Bapa-Nya, dan Dia tahu bahawa orang ramai itu perlukan masa untuk merenungkan apa yang Dia telah ajarkan. Dengan janji untuk kembali keesokan harinya, Dia meminta orang ramai pulang ke rumah mereka. Tetapi tiada siapa yang pergi. Mereka tidak beritahu apa yang mereka rasa, tetapi Yesus dapat merasakannya: mereka berharap Dia akan “tinggal lebih lama sedikit bersama mereka” (3 Nefi 17:5). Dia ada hal penting lain yang perlu dilakukan, tetapi berbelas kasihan kepada anak-anak Tuhan adalah keutamaan tinggi bagi-Nya. Jadi Yesus tinggal lebih lama lagi. Apa yang terjadi selepas itu mungkin merupakan contoh yang paling menyentuh hati dalam pelayanan yang dicatatkan dalam kitab suci. Mereka yang hadir hanya boleh katakan ia tidak dapat digambarkan (lihat 3 Nefi 17:16–17). Yesus Sendiri meringkaskan pencurahan rohani tanpa dirancang ini dengan kata-kata berkuasa ini: “Lihatlah, kebahagiaan-Ku penuh.” (3 Nefi 17:20).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

3 Nefi 17; 18:24–25, 30–32

Juruselamat ialah contoh sempurna saya tentang pelayanan.

Kira-kira 2,500 orang hadir ketika Juruselamat muncul, namun Dia menemui cara untuk melayani mereka satu demi satu. Apakah yang anda perhatikan tentang cara Dia melayani dalam 3 Nefi 17; 18:24–25, 28–32? Apakah keperluan yang Dia layani? Apakah sifat-sifat yang menjadikan pelayanan-Nya berkesan? Anda juga boleh berfikir tentang bagaimana Dia melayani anda. Bagaimanakah anda dapat mengikuti teladan-Nya? (Lihat juga 3 Nefi 18:24–25 dan 28–32.)

3 Nefi 17:13–22; 18:15–25; 19:6–9, 15–36

Juruselamat mengajar saya cara berdoa.

Bayangkan perasaan anda mendengar Juruselamat berdoa untuk anda. Bagaimanakah pengalaman sedemikian mempengaruhi bagaimana anda berdoa? Renungkan ini semasa anda mengkaji 3 Nefi 17:13–22; 18:15–25; dan 19:6–9, 15–36. Apakah yang anda pelajari dari teladan dan ajaran Yesus Kristus tentang doa? Pertimbangkan untuk mencari pemahaman tentang bagaimana, bila, di mana, kepada siapa, dan mengapa berdoa. Apakah tanggapan lain yang anda peroleh dari ayat-ayat ini?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 10:5.

3 Nefi 18:1–12

ikon seminari
Saya boleh dipenuhi dengan Roh semasa saya mengambil sakramen.

Apabila kita sering melakukan sesuatu, ia boleh menjadi rutin atau bersahaja. Kadangkala kita melakukannya tanpa berfikir. Bagaimanakah anda dapat mengelaknya dari berlaku ketika tatacara mingguan sakramen? Semasa anda membaca 3 Nefi 18:1–12, renungkan bagaimana anda boleh “kenyang” secara rohani setiap kali anda mengambil sakramen (lihat juga 3 Nefi 20:1–9). Menurut ayat 5–7, 11, apakah beberapa hal yang anda harus lakukan “selalu”? Anda juga boleh merenungkan mengapa Yesus memberi kita tatacara sakramen—dan sama ada sakramen mencapai tujuan-Nya dalam hidup anda. Mengapakah sakramen kudus bagi anda?

Dalam pesanannya “Selalu Mengingati-Nya” (Liahona, Feb. 2018, 4–6), Presiden Henry B. Eyring memberi “tiga cadangan tentang apa yang anda boleh ingat setiap minggu ketika anda mengambil lambang kudus sakramen.” Apakah yang menonjol kepada anda tentang cadangan-cadangannya? Apakah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki penyembahan anda semasa sakramen dan sepanjang minggu?

Apa lagi yang anda boleh lakukan untuk menyembah dengan lebih bermakna? Anda boleh tanya diri anda soalan seperti ini: “Bagaimanakah pengorbanan Juruselamat mempengaruhi kehidupan harian saya?” “Apakah yang saya sedang lakukan dengan baik sebagai pengikut-Nya, dan apakah yang saya boleh memperbaiki?”

Lihat juga Matius 26:26–28; Jeffrey R. Holland, “Lihatlah Anak Domba Tuhan,” Liahona, Mei 2019, 44–46.

Berikan masa untuk merenung. Kadangkala, mengkaji tulisan suci menjadi gabungan pembacaan, berdoa, dan merenung. Apabila anda membenarkan masa senyap untuk merenung dan bercakap dengan Tuhan tentang apa yang anda pelajari, anda boleh meningkatkan kuasa firman-Nya dalam hidup anda.

3 Nefi 18:22–25

Saya boleh “angkat” cahaya Yesus Kristus.

Andaikan anda ada seorang kawan yang tidak tahu apa-apa tentang Yesus Kristus tetapi anda adalah salah seorang pengikut-Nya. Apakah yang kawan anda akan nyatakan tentang Dia, berdasarkan tindakan anda? Apakah maksud “angkatlah cahayamu agar ia boleh bersinar ke dunia”? (3 Nefi 18:24). Apakah jemputan lain yang Juruselamat berikan dalam 3 Nefi 18:22–25 yang membantu anda mengangkat cahaya itu?

Lihat juga Bonnie H. Cordon, “Agar Mereka Boleh Melihat,” Liahona, Mei 2020, 78–80.

3 Nefi 18:36–37; 19:6–22

Para pengikut Yesus Kristus mencari kurnia Roh Kudus.

Fikirkan tentang doa anda baru-baru ini. Apakah yang doa anda ajarkan tentang hasrat paling dalam anda? Selepas meluangkan sehari di hadirat Juruselamat, orang ramai “berdoa untuk perkara yang paling mereka inginkan”—Kurnia Roh Kudus (3 Nefi 19:9). Mengapakah kurnia Roh Kudus sangat diingini? Semasa anda membaca petikan-petikan ini, renungkan hasrat anda sendiri untuk penemanan Roh Kudus. Bagaimanakah anda boleh bersungguh-sungguh mencari penemanan itu?

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

3 Nefi 17:7, 20–25

Juruselamat mengasihi setiap anak Bapa Syurgawi.

  • Anda boleh gunakan gambar seperti dalam panduan ini untuk membantu anak-anak anda membayangkan laporan dalam 3 Nefi 17. Pertimbangkan untuk membaca frasa atau ayat dari 3 Nefi 17 yang menekankan kasih Juruselamat bagi orang ramai (seperti ayat 7 dan 20–25). Anak-anak anda boleh melukis diri mereka dengan Yesus. Ketika mereka lakukan ini, bantu mereka fikirkan cara Yesus telah menunjukkan kasih-Nya kepada mereka.

Yesus memberkati kanak-kanak

Behold Your Little Ones [Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu], oleh Gary L. Kapp

3 Nefi 18:1–12

Saya boleh berfikir tentang Yesus ketika saya mengambil sakramen.

  • Anda boleh jemput anak-anak anda untuk memberitahu anda apa yang berlaku semasa sakramen. Kemudian anda boleh membaca 3 Nefi 18:1–12 dan minta anak-anak anda mengangkat tangan apabila mereka mendengar sesuatu yang serupa dengan apa yang kita lakukan hari ini. Apakah yang Yesus Kristus mahu kita ingat atau fikirkan semasa sakramen? (lihat 3 Nefi 18:7, 11).

3 Nefi 18:15–24; 19:6–9, 15–36

Yesus mengajar saya cara berdoa.

  • Nyanyi bersama satu lagu tentang doa, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6), adalah cara yang baik untuk membantu anak-anak anda fikirkan mengapa kita berdoa. Anda dan anak-anak anda kemudian boleh membaca 3 Nefi 18:18–21 dan bercakap tentang apa yang Yesus ajarkan tentang doa. Jemput anak-anak anda untuk beritahu anda bagaimana perasaan mereka ketika mereka berdoa dapat membantu mereka berkongsi kesaksian tentang doa.

  • Anak-anak boleh pergi mencari berkat-berkat doa yang berharga. Anda boleh menulis rujukan ayat suci berikut pada kepingan kertas dan menyembunyikannya: 3 Nefi 18:15; 3 Nefi 18:20; 3 Nefi 18:21; 3 Nefi 19:9; dan 3 Nefi 19:23. Kemudian anak-anak anda boleh mencari kepingan kertas tersebut dan membaca ayat-ayat itu, mencari hal-hal yang Yesus Kristus atau para pengikut-Nya ajarkan tentang doa.

malaikat mengelilingi Yesus dan anak-anak bangsa Nefi

Angels Ministered unto Them [Malaikat Melayani Mereka], oleh Walter Rane.