Ajaran dan Perjanjian 2021
Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak


“Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak

Sumber-sumber ini didapati di aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Anda boleh menyesuaikan aktiviti dari Ikutah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk kegunaan di kelas Sekolah Primer anda. Jangan risau sekiranya kanak-kanak telah melakukan aktiviti ini dengan keluarga di rumah; aktiviti yang berulang membantu mereka belajar. Ketika Sekolah Primer, kanak-kanak mungkin ingin berkongsi dengan kelas apa yang mereka telah pelajari di rumah tentang Juruselamat dan injil-Nya.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak

Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang senang diingati. Selain dari cetakan-cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh carikan rakaman audio atau video lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan di dalam aplikasi Sacred Music dan Gospel Media.

Majalah Friend dan Liahona

Majalah Friend dan Liahona menyediakan kisah dan aktiviti yang boleh menyokong asas yang anda ajari dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Video-video dan Seni

Karya seni, video, dan media lain dapat membantu mereka yang anda ajar membayangkan ajaran dan cerita yang berkaitan dengan tulisan suci. Layarilah Gospel Media Library di ChurchofJesusChrist.org untuk melihat koleksi sumber media Gereja. Sumber-sumber ini juga boleh didapati dalam aplikasi Gospel Media, dan banyak gambar-gambar juga didapati dalam Buku Seni Injil.

Imej
woman and child reading Church material

Cetak