Ajaran dan Perjanjian 2021
Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya


“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
kanak-kanak sedang menyanyi

Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya

Pemimpin Sekolah Primer bertanggungjawab untuk mengajar injil Yesus Kristus kepada semua kanak-kanak, termasuk mereka yang kurang upaya. Di Sekolah Primer, setiap anak harus dialu-alu, disayangi, dipelihara dan disertakan. Suasana ini memudahkan semua kanak-kanak memahami kasih Bapa di Syurga dan Yesus Kristus dan merasa dan mengenal pengaruh Roh Kudus. Idea-idea berikut dapat membantu anda memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.

  • Belajar tentang keperluan khas anak itu. Cara terbaik adalah untuk bercakap dengan ibu bapa atau penjaga anak. Cari cara terbaik anak itu dapat belajar dan strategik yang paling berkesan. Anda juga perlu berunding dengan pemimpin dan pengajar Sekolah Primer lain yang mempunyai pengalaman dan pendapat boleh dikongsi.

  • Ciptakan suasana yang positif supaya setiap anak merasa selamat dan disayangi. Ketahui nama semua kanak-kanak dalam kelas, dan bantu mereka berasa diterima, disayangi dan disertakan. Kanak-kanak yang kurang upaya sering dikritik, maka cari peluang untuk memuji mereka atas kelakukan positif. Bantu kanak-kanak lain untuk menjadi lebih penyayang dan menerima mereka.

  • Membuat penyelarasan supaya semua boleh terlibat. Perubahan kecil boleh dilakukan pada aktiviti supaya memastikan semua anak boleh belajar, termasuk anak yang terbatas secara fizikal atau kesusahan dalam pembelajaran. Misalnya, jika satu aktiviti mencadangkan penggunaan gambar, anda boleh menyanyi sebuah lagu berkaitan untuk melibatkan kanak-kanak dengan kecacatan penglihatan.

  • Mempunyai rutin dan struktur kelas yang konsisten. Satu cara untuk melaksanakan ini adalah dengan mencipta poster yang menunjukkan panduan jadual aliran kelas. Jadual anda boleh termasuk doa, masa mengajar dan masa aktiviti. Ini boleh mengurangkan perasaan ketidakpastian yang mungkin meningkatkan kebimbangan dalam sesetengah kanak-kanak.

  • Gunakan objek visual. Kanak-kanak dengan kesusahan pembelajaran atau cabaran perilaku akan bermanfaat dari objek visual, seperti gambar orang berkelakuan sesuai seperti mengangkat satu tangan sebelum menjawab soalan.

  • Memahami kenapa perilaku yang mencabar terjadi. Belajar tentang kecacatan atau keadaan yang mempengaruhi anak untuk bertindak dengan tidak sesuai. Ambil perhatian dengan teliti apabila perilaku yang mencabar berlaku. Pertimbangkan dengan doa cara untuk mengubahsuai situasi supaya dapat menyokong anak dengan lebih baik.

  • Bantu setiap kanak-kanak untuk berkembang dan maju. Nabi Joseph Smith mengajarkan, “Setiap minda dan roh yang Tuhan hantarkan ke dunia mudah dipengaruhi untuk berkembang” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 210). Jangan anggapkan seorang anak yang kurang upaya tidak boleh belajar atau menyumbang. Minta Tuhan untuk membantu anda ketahui bagaimana untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi rohani mereka.

Cetak