Ajaran dan Perjanjian 2021
Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil


“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
kanak-kanak kecil sedang duduk

Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kanak-kanak bersedia dan ingin belajar mengenai injil jika ia disampaikan dengan cara yang mudah difahami. Terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil, pertimbangkan untuk membantu mereka belajar dengan menggunakan jenis-jenis aktiviti berikut.

  • Bernyanyi. Nyanyian Rohani dan lagu-lagu dari Buku Nyanyian Anak-Anak mengajarkan ajaran dengan berkuasa. Gunakan indeks topik pada belakang Buku Nyanyian Anak-Anak untuk mencarikan lagu-lagu yang berkaitan dengan asas-asas injil yang anda ajar. Bantulah kanak-kanak menerap pesanan lagu-lagu dalam kehidupan mereka. Contohnya, anda boleh tanya soalan-soalan mengenai perkataan atau frasa dalam lirik lagu. Selain dari menyanyi, kanak-kanak boleh lakukan gerakan yang mengiringi lagu atau mendengar lagu sebagai muzik latar belakang ketika mereka lengkapkan aktiviti halaman.

  • Mendengar atau melakonkan satu cerita. Kanak-kanak kecil suka berkongsi dan mendengar cerita. Kongsi cerita-cerita daripada tulisan suci, kehidupan anda, sejarah Gereja, atau dari majalah Gereja, dan biarkan kanak-kanak berkongsi cerita daripada kehidupan mereka. Carikan cara untuk melibatkan mereka dalam penceritaan. Mereka boleh pegang gambar atau barang, melukis gambar tentang apa yang mereka dengar, buat lakonan tentang cerita, atau membantu memberitahu cerita. Bantu kanak-kanak mengenali kebenaran injil dalam cerita-cerita yang anda kongsi.

  • Baca ayat suci. Kanak-kanak kecil mungkin tidak berupaya untuk membaca, tetapi anda masih boleh melibatkan mereka dalam pembelajaran tulisan suci. Anda mungkin perlu menumpukan pada satu ayat, kata kunci atau perkataan. Apabila anda membaca ayat suci dengan lantang, anda boleh menjemput mereka untuk berdiri atau mengangkat tangan apabila mereka mendengar perkataan atau frasa yang anda ingin tumpukan. Mereka mungkin dapat menghafal frasa pendek dari ayat suci jika mereka mengulanginya beberapa kali. Apabila mereka mendengar firman Tuhan, mereka akan merasai Roh.

  • Jadilah aktif. Oleh kerana kanak-kanak kecil sangat aktif, rancangkan sesuatu yang membenarkan mereka untuk bergerak—berkawat, melompat, membongkok, berjalan dan gerakan lain yang berkaitan dengan asas atau cerita yang anda ajarkan. Gerakan-gerakan ini juga berkesan apabila bernyanyi bersama.

  • Lihat sebuah gambar atau menonton sebuah video. Ketika anda menunjukkan kanak-kanak sebuah gambar atau video berkaitan dengan asas injil ataupun cerita kitab suci, tanyalah soalan-soalan yang membantu mereka belajar apa yang telah dilihat. Sebagai contoh, anda boleh bertanya, “Apa yang berlaku dalam gambar atau video ini?” atau “Bagaimana perasaan anda melihat itu?” Aplikasi Gospel Library, medialibrary.ChurchofJesusChrist.org, dan children.ChurchofJesusChrist.org adalah tempat baik untuk mencari video-video.

  • Berkongsi pengalaman. pengalaman dan kesaksian. Kanak-kanak kecil mungkin tidak ada banyak pengalaman untuk berkongsi berbanding dengan kanak-kanak yang lebih besar, tetapi jika anda memberikan bimbingan tertentu, mereka dapat berkongsi pengalaman dan kesaksian tentang pembelajaran mereka.

  • Mencipta. Kanak-kanak boleh membina, melukis atau mewarna sesuatu berkenaan cerita atau asas yang mereka sedang belajar. Galakkan kanak-kanak untuk membawa ciptaan mereka pulang dan berkongsi dengan ahli-ahli keluarga untuk membantu kanak-kanak mengingati pelajaran.

  • Mengambil bahagian dalam pelajaran objek. Mengadakan pelajaran objek dapat membantu kanak-kanak memahami asas injil yang susah untuk difahami. Apabila menggunakan pelajaran objek, cari cara-cara yang melibatkan penyertaan kanak-kanak. Mereka akan belajar banyak dari pengalaman interaktif berbanding dengan hanya melihat sebuah demonstrasi.

  • Lakon peranan. Apabila kanak-kanak lakon peranan satu situasi yang mereka akan temui dalam kehidupan, mereka lebih memahami bagaimana asas injil boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

  • Ulangkan aktiviti. Kanak-kanak kecil perlu mendengar konsep-konsep berulang kali supaya dapat memahaminya. Jangan takut untuk mengulang cerita atau aktiviti banyak kali, walaupun dalam pelajaran sama. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi satu cerita tulisan suci beberapa kali dalam cara yang berlainan—dengan membaca dari kitab suci, meringkaskan cerita itu dengan perkataan diri sendiri, tunjukkan satu video, biarkan kanak-kanak membantu anda menceritakan cerita, jemput mereka lakonkan cerita, dan sebagainya. Jika satu aktiviti digunakan di kelas dan diulangi di rumah, ulangan ini membantu kanak-kanak belajar dan ingat.

  • Berinteraksi dengan orang lain. Kanak-kanak sedang mengembangkan kemahiran sosial dan sering suka belajar dan bermain dengan rakan-rakan mereka. Ciptakan peluang-peluang untuk mereka berkongsi, mengambil giliran dan bekerjasama ketika belajar.

  • Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Biasanya kanak-kanak kecil memiliki jangka perhatian yang pendek dan juga cara belajar yang berbeza. Gunakan pelbagai aktiviti dan perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak perlukan sesuatu perubahan dalam aktiviti. Contohnya, anda boleh bersilih ganti aktiviti-aktiviti yang senyap dan yang meriah.

Salah satu peranan sebagai seorang pengajar kanak-kanak kecil—bersama mengajar asas-asas injil—adalah untuk membantu kanak-kanak belajar mengambil bahagian dengan sesuai dalam kelas Gereja. Contohnya, mereka boleh belajar untuk mengambil giliran, berkongsi, menghormati satu sama lain dan seterusnya. Sesetengah pengajar menciptakan carta yang mengandungi tugasan bagi setiap kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam kelas dengan cara tertentu (seperti memberi doa, memegang gambar atau mengedar kertas). Tugasan itu boleh berubah setiap minggu. Ini membantu kanak-kanak mengambil giliran dan bertumpu terhadap kelakuan kelas yang sesuai.

Kanak-kanak—terutamanya yang lebih kecil—sering kali bermanfaat dari rutin yang tetap dan mudah diketahui. Oleh kerana kanak-kanak kecil memiliki jangka perhatian yang pendek dan kadangkala susah untuk berfokus sepanjang masa kelas, maka adalah sesuai jika rutin ini sering berubah dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain. Contohnya, rutin kelas anda boleh termasuk masa rehat untuk bermain permainan, mewarna gambar, bernyanyi bersama dan lain-lain.

Imej
kanak-kanak dan pengajar dalam kelas

Cetak