Ajaran dan Perjanjian 2021
Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak


“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Yesus duduk bersama kanak-kanak kecil

Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak

Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengasihi dan mengajar anak-anak-Nya dengan cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini dengan wewenang imamat-Nya yang kudus. Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, sewaktu anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari, dan mengkaji tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus untuk berjaya (lihat 2 Nefi 33:1).

Mereka yang diamanahkan untuk penjagaan anda ialah anak-anak Bapa Syurgawi, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk membantu mereka dengan cara yang terbaik. Melalui Roh Kudus, Tuhan akan membimbing ketika anda bersedia dan semasa anda mengajar. Dia akan mengungkapkan kepada anda apa yang harus anda katakan dan apa yang harus anda lakukan (lihat 2 Nefi 32:5).

Dalam semua aspek hidup mereka, kanak-kanak berharga ini sentiasa menyerap informasi, membentuk dan menghalusi pendapat mereka, dan membuat dan berkongsi penemuan. Ini terutamanya benar dalam injil, kerana kanak-kanak kerap kali bersedia dan bersemangat untuk belajar kebenaran mudah. Iman mereka dalam perkara rohani adalah kuat dan tulen, dan mereka melihat setiap saat sebagai peluang untuk belajar. Mereka rela bertindak atas apa yang mereka telah belajar, walaupun pemahaman mereka masih tidak lengkap. Inilah cara kita semua harus menerima injil. Seperti diajar oleh Juruselamat, “Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Tuhan seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan-Nya” (Lukas 18:17).

Panggilan untuk mengajar kanak-kanak adalah amanah kudus, dan ia adalah perkara biasa untuk berasa tenggelam dengan perasaan pada masa-masa tertentu. Tetapi ingat bahawa Bapa Syurgawi anda telah memanggil anda, dan Dia tidak akan meninggalkan anda. Ini adalah pekerjaan Tuhan, dan apabila anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran, dan kekuatanmu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2), Dia akan membesarkan keupayaan, kurnia, dan bakat, dan pelayanan anda akan memberkati hidup kanak-kanak yang anda ajar.

Cetak