“7–13 Disember. Moroni 7–9: ‘Semoga Kristus Mengangkat Engkau,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“7–13 Disember. Moroni 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
7–13 Disember
Moroni 7–9
“Semoga Kristus Mengangkat Engkau”
Tujuan anda adalah untuk membantu orang-orang lebih dekat kepada Tuhan, bukan untuk membentangkan pengajaran sahaja. Bersedia untuk Sekolah Minggu dengan membaca Moroni 7–9 dengan ahli-ahli kelas di dalam minda, carilah asas-asas yang akan membantu mereka.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemputlah setiap ahli-ahli kelas untuk menyemak Moroni bab 7, 8, atau 9 dan carilah satu kebenaran yang bermakna untuknya. Ahli-ahli kelas kemudian boleh berkongsi kebenaran yang mereka temui dan bagaimana ia telah memberkati mereka.
Mengajar Ajaran
“Apa pun daripada Tuhan mengajak dan memujuk untuk melakukan kebaikan secara berterusan.”
-
Untuk menjadi pengikut Yesus Kristus, kita harus mampu menghakimi di antara baik dan jahat. Membincangkan kebenaran-kebenaran dalam Moroni 7:3–19 boleh membantu ahli-ahli kelas mengelak untuk menilai “dengan salah” (Moroni 7:18). Untuk menyediakan perbincangan, separuh daripada kelas boleh menyelidiki ayat-ayat ini untuk nasihat yang diberikan oleh Mormon mengenai cara mengenal pasti apa yang berasal dari Tuhan, dan yang lainnya boleh menyelidiki cara untuk mengenal pasti apa yang berasal dari setan. Mereka kemudiannya boleh membincangkan apa yang mereka temui dan berkongsi contoh hal-hal yang menjemput mereka “untuk melakukan kebaikan, dan untuk mengasihi Tuhan, dan untuk melayani–Nya” (Moroni 7:13). Bagaimanakah kita menerapkan nasihat Mormon dalam keputusan harian kita? Bagaimanakah kita dapat membuat pilihan yang benar dan masih menunjukkan kasih terhadap orang-orang di sekeliling kita yang tidak menjalani Injil?
-
Ramai orang bertanya-tanya, “Bagaimanakah saya dapat mengetahui jika satu bisikan yang saya ada berasal dari Tuhan atau dari fikiran saya sendiri?” Anda boleh menulis soalan-soalan ini di papan tulis dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki Moroni 7:13–16 untuk asas-asas yang boleh membantu menjawab soalan ini. Bagaimanakah ayat-ayat ini dapat membantu kita mengenal pasti ilham ilahi? Ia mungkin akan membantu untuk menjelaskan bahawa “Roh Kristus,” juga dikenali sebagai cahaya Kristus, adalah kadangkala dirujuk sebagai hati nurani kita. Penyataan oleh Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber-sumber Tambahan” juga boleh membantu.
Pengikut-pengikut Yesus Kristus mencari iman, harapan, dan kasih ihsan.
-
Untuk membantu kelas anda lebih memahami hubungan antara iman, harapan, dan kasih ihsan, anda boleh menunjukkan bangku tiga kaki (atau satu gambar) dan mintalah ahli-ahli kelas mempertimbangkan bagaimana iman, harapan, dan kasih ihsan adalah seperti tiga kaki ini ( lihat kenyataan Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Anda kemudiannya boleh menjemput mereka untuk memilih satu dari sifat-sifat ini dan carilah apa yang Mormon ajarkan tentangnya dalam Moroni 7:21–48. Bincangkan soalan-soalan seperti berikut: Mengapakan kita perlu iman dan harapan untuk menerima kurnia kasih ihsan? Bagaimanakah setiap sifat-sifat ini menghubungkan kita kepada Yesus Kristus? Mengapakah sifat-sifat ini penting untuk seorang pengikut Yesus Kristus? Apakah yang akan terjadi kepada kita jika kita kehilangan iman? Harapan? kasih ihsan? Jemputlah ahli-ahli kelas untuk mengambil beberapa masa untuk menulis tanggapan yang mereka miliki.
Memahami ajaran yang benar dapat membantu kita membuat pilihan-pilihan yang benar.
-
Kelas anda mungkin tidak perlu membincangkan mengapa ia salah untuk membaptiskan bayi, tetapi perkataan Mormon mengenai topik ini dapat membantu mereka melihat bahaya ajaran palsu secara umumnya. Untuk menggambarkan bagaimana Kitab Mormon “[menundukkan] ajaran-ajaran palsu” (2 Nefi 3:12), anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Moroni 8:4–21 secara berkumpulan atau individu. Setengah dari mereka boleh mencari ajaran yang Mormon rasakan orang ramai tidak faham, termasuklah Korban tebusan Yesus Kristus (lihat ayat 20) dan pertanggunjawaban (lihat ayat 10). Separuh yang lain boleh mencari akibat-akibat dari kesalahan orang-orang tersebut. Setiap kumpulan boleh berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang kepentingan mempelajari dan menjalani ajaran yang benar? Di manakah kita dapat menemui penjelasan yang benar tentang ajaran Kristus? Bagaimanakah kita dapat memastikan pemahaman kita tentang ajaran tersebut adalah benar?
-
Mungkin kelas anda akan mendapat manfaat daripada mengikuti contoh Mormon untuk membantu seseorang membuat pilihan yang lebih baik dengan mengajar mereka ajaran yang betul. Anda boleh melakukan ini dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk memikirkan seseorang dari tulisan suci yang telah membuat pilihan yang salah. Apakah kebenaran ajaran yang akan membantu orang itu mengelakkan membuat pilihan yang salah itu lagi? Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk mencari tulisan suci atau pernyataan daripada persidangan umum baru-baru ini yang akan membantu orang tersebut memahami kebenaran ajaran. Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka temui.
Kita dapat memiliki harapan terhadap Kristus tanpa mengira keadaan kita.
-
Catatan terakhir Moroni kepada anak lelakinya dalam Moroni 9:25–26 boleh membantu ahli-ahli kelas mencari harapan dalam Kristus, walaupun dalam keadaan yang kelihatan tidak ada harapan. Mungkin anda boleh mulakan dengan meminta ahli-ahli kelas berkongsi sebab-sebab Moroni mungkin merasa kecewa. Kemudian mereka boleh membaca ayat-ayat ini dan senaraikan di papan tulis kebenaran-kebenaran yang didorong oleh Mormon kepada Moroni. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini “mengangkat [kita]” di zaman kita? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi contoh tentang “belas kasihan dan kepanjangsabaran” Tuhan yang telah mereka saksikan. Atau mereka boleh berkongsi idea-idea untuk membantu sesama menyimpan Juruselamat dan injil–Nya “dalam fikiran [kita] selamanya,” bahkan ketika kita menghadapi kekecewaan (ayat 25).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Moroni 10, anda boleh mencadangkan bahawa ia mungkin masa yang ideal untuk merenungkan bagaimana mereka telah mengalami pembaharuan kesaksian tentang kebenaran Kitab Mormon kerana mereka telah mengkajinya tahun ini.
Sumber-sumber Tambahan
Adakah ia datang dari Roh?
Untuk menjawab soalan “Bagaimanakah kita mengenal pasti bisikan-bisikan Roh?” Presiden Gordon B. Hinckley memetik Moroni 7:13 dan berkata: “Saya tidak berfikir [ia adalah] terlalu sukar. … Adakah ia meyakinkan seseorang untuk berbuat baik, bangkit, berdiri teguh, melakukan perkara yang betul, berbuat baik, menjadi murah hati? Maka, ia adalah dari Roh Tuhan” (Teachings of Gordon B. Hinckley [1997], 260–61).
Iman, harapan, dan kasih ihsan.
Presiden Dieter F. Uchtdorf membandingkan iman, harapan, dan kasih ihsan kepada bangku dengan tiga kaki, menjelaskan bahawa ketiga-tiga kebaikan itu “menstabilkan kehidupan kita tanpa mengira permukaan kasar atau tidak rata yang mungkin kita hadapi. …
“Iman, harapan, dan kasih ihsan melengkapi sesama, dan semasa yang satu bertambah, yang lain akan bertumbuh juga. Harapan datang dari iman, kerana tanpa iman, adalah tidak ada harapan. Dengan cara yang sama, iman datang dari harapan, kerana iman adalah ‘inti hal-hal yang diharapkan.’
“Harapan adalah penting untuk iman dan kasih ihsan. Ketika tidak patuh, kekecewaan, dan penangguhan mengikis iman, harapan ada di sana untuk meneguhkan iman kita. Ketika kekecewaan dan ketidaksabaran mencabar kasih ihsan, harapan dapat menyekat azam kita dan menggesa kita untuk menjaga sesama kita bahkan tanpa mengharapkan ganjaran. Lebih cerah harapan kita, lebih besar iman kita. Lebih kuat harapan kita, lebih suci kasih ihsan kita”” (“The Infinite Power of Hope,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 21, 23–24).
“Kasih suci Kristus.”
Elder Jeffrey R. Holland mencadangkan dua makna tentang ayat “kasih suci Kristus”:
“Satu … adalah jenis kasih Kristus yang penuh belas kasihan dan pengampunan yang para pengikut Kristus seharusnya miliki untuk satu sama lain . …
“[Makna yang lain adalah] kasih Kristus yang murni, muktamad, dan penebusan bagi kita . … Itu adalah kasih ihsan—kasih suci–Nya untuk kita—tanpanya kita tidak bukan apa-apa” (Christ and the New Covenant: The Messianic Message of the Book of Mormon [1997], 336).