Ikutlah Aku
30 November–6 Disember. Moroni 1–6: “Memelihara Mereka di dalam Jalan yang Benar”


“30 November–6 Disember. Moroni 1–6: ‘Memelihara Mereka di dalam Jalan yang Benar,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 November–6 Disember. Moroni 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Alma sedang membaptis orang-orang di Perairan Mormon

Minerva Teichert (1888–1976), Alma Baptizes in the Waters of Mormon, 1949–1951, oil on masonite, 35⅞ x 48 inches. Muzium Kesenian Universiti Brigham Young, 8 Mac 1969

30 November–6 Disember

Moroni 1–6

“Untuk Memelihara Mereka pada Jalan yang Benar”

Moroni menginginkan bahawa hal-hal yang dia tulis “mungkin bermanfaat” kepada mereka yang hidup di zaman akhir (Moroni 1:4). Semasa anda membaca Moroni 1–6, dengan doa pertimbangkan hal-hal yang akan menjadi bermanfaat kepada mereka yang anda ajari.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kadangkala ahli-ahli kelas lebih dapat berkongsi pandangan daripada pengkajian peribadi mereka apabila mereka mempunyai sedikit masa untuk mengingati apa yang mereka baca. Anda boleh mengambil beberapa minit di permulaan kelas untuk menyemak pendahuluan bab untuk Moroni 1–6. (Ini juga boleh membantu ahli-ahli kelas yang tidak membaca di rumah.) Kemudian jemputlah ahli-ahli kelas untuk menyelidiki bab-bab tersebut untuk mencari ayat yang mereka dapati bermakna dan ingin berkongsi dengan seluruh kelas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Moroni 2–6

Tatacara imamat harus dilaksanakan seperti yang Tuhan perintahkan.

  • Jika ahli-ahli kelas anda (atau orang yang disayangi) bersiap untuk menerima tatacara imamat, mungkin sangat berharga untuk mengkaji apa yang Moroni ajarkan tentang tatacara ini dalam Moroni 2–6. Ahli-ahli kelas boleh bekerja dalam berpasangan untuk main peranan seperti berikut. (1) Adik lelaki atau abang anda akan ditahbiskan kepada imamat. Apakah nasihat yang akan anda berikan dari Moroni 3? (2) Seorang kawan dari agama lain tertanya mengapakah ia penting untuk mengambil sakramen setiap minggu. Apakah yang akan anda katakan? (lihat Moroni 4–5). (3) Pembaptisan anak perempuan anda semakin hampir, tetapi dia tidak pasti jika dia telah bersedia. Bagaimanakah anda akan membantunya? (lihat Moroni 6:1–3). Selepas main peranan tersebut, kelas boleh berbincang apa yang telah mereka pelajari daripada sesama. Mereka juga boleh berkongsi kesaksian mereka tentang bagaimana tatacara seperti ini membawa mereka lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

  • Untuk memperkenalkan perbincangan mengenai persiapan untuk pembaptisan, anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk menerangkan cara mereka telah bersedia untuk komitmen penting dalam kehidupan mereka, seperti misi, perkahwinan, menjadi ibu bapa, atau pekerjaan baru. Bagaimanakah persediaan tersebut dibandingkan dengan persediaan yang diperlukan untuk layak bagi pembaptisan, seperti yang dijelaskan dalam Moroni 6:1–3? (lihat juga Mosia 18:8–10; A&P 20:37). Mengapakah ciri-ciri yang disenaraikan di dalam petikan ini perlu untuk pembaptisan? Bagaimanakah kita mengetahui jika kita telah bersedia untuk tatacara ini? Galakkan ahli-ahli kelas untuk merenungkan sejauh mana mereka menjalani standard ini sejak pembaptisan mereka dan apa yang dapat mereka lakukan untuk memperbaiki diri. Anda juga boleh menjemput mereka untuk menulis sebarang tanggapan yang mereka terima dan sering merujuk kepadanya.

    seorang gadis menerima berkat

    Tatacara dilaksanakan melalui kuasa imamat.

Moroni 4–5

Mengambil sakramen membantu kita datang dekat kepada Yesus Kristus.

  • Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan aktiviti pembelajaran berkaitan dengan sakramen. Anda boleh menjemput beberapa ahli-ahli kelas untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti ini di rumah dan datang ke kelas dengan bersedia untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari. Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas berkongsi dengan satu sama lain apa yang mereka lakukan untuk mempersiapkan diri dan keluarga mereka untuk memiliki pengalaman kudus ketika sakramen.

  • Kebanyakan kita telah mendengar doa sakramen berkali-kali, tetapi adakah kita banyak berfikir tentang maksud perkataan-perkataan tersebut? Untuk membantu ahli-ahli kelas merenungkan doa-doa ini, anda boleh memberi mereka beberapa minit untuk menulis dua doa sakramen tersebut dari ingatan. Kemudian jemputlah mereka untuk membandingkan apa yang mereka tulis dengan Moroni 4:3 dan 5:2. Apakah yang mereka ingat dengan mudah? Apakah yang mereka terlepas? Adakah mereka sedar apa-apa mengenai doa-doa ini yang mereka tidak sedar sebelum ini? Jemputlah ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkataan dan ayat dari doa sakramen yang menonjol kepada mereka atau yang membantu mereka merasakan kekudusan tatacara ini. Untuk memperdalamkan penghargaan ahli-ahli kelas terhadap sakramen, pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk menyanyi atau memainkan lagu rohani untuk sakramen.  

Moroni 6:4–9

Pengikut Yesus Kristus melayani sesama.

  • Pertimbangkan untuk menggunakan analogi untuk membantu ahli-ahli kelas memahami kepentingan “dipelihara oleh firman Tuhan yang baik” (Moroni 6:4). Sebagai contoh, apakah jenis pemeliharaan yang diperlukan untuk anak benih atau bayi? Apa yang berlaku jika anda mengabaikan sesuatu yang memerlukan pemeliharaan? Bagaimanakah ahli-ahli baru dan kembali aktif Gereja serupa dengan tumbuhan atau bayi yang memerlukan pemeliharaan? Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Moroni 6:4–9 untuk idea-idea bagaimana mereka boleh “memelihara” satu sama lain secara rohani. Mereka juga boleh menemui idea-idea dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Anda boleh berkongsi pengalaman di mana seseorang telah melayani anda. Mungkin ahli-ahli kelas juga akan sukarela berkongsi pengalaman yang serupa.

  • Moroni 6:4–9 boleh membantu ahli-ahli kelas memahami bagaimana kita diberkati apabila kita “dihitung di kalangan umat gereja Kristus” dan menghadiri pertemuan gereja. Bagaimanakah kita dapat menjelaskan berkat-berkat ini kepada seseorang yang mempersoalkan perlunya gereja yang teratur? Mungkin ahli-ahli kelas boleh menyelidiki ayat-ayat ini untuk mencari sesuatu yang mereka boleh kongsi. Atau mereka boleh senaraikan beberapa berkat yang mereka telah terima sebagai ahli Gereja (lihat D. Todd Christofferson, “Apakah Tujuan Gereja,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 108–11). Apakah yang kita boleh lakukan untuk memastikan para pengikut yang lain “diingati dan dipelihara oleh firman Tuhan yang baik” semasa kita “sering bertemu bersama”? (Moroni 6:4–5).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Ahli-ahli kelas mungkin lebih bersemangat untuk membaca Moroni 7–9 minggu depan jika anda menjelaskan bahawa ia termasuk dua surat yang ditulis oleh Mormon untuk membantu anaknya tetap setiap pada masa yang sukar.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Dipelihara oleh firman Tuhan.

Elder Jeffrey R. Holland mengajar: “Kebanyakan orang tidak datang ke gereja mencari hanya untuk beberapa fakta injil baru atau untuk melihat sahabat lama, walaupun semua itu penting. Mereka datang mencari pengalaman rohani. Mereka ingin kedamaian. Mereka mahu iman mereka diperkuat dan harapan mereka diperbaharui. Mereka mahu, ringkasnya, dipelihara oleh firman Tuhan yang baik, untuk dikuatkan oleh kuasa syurga” (“A Teacher Come from God,” Ensign, Mei 1998, 26).

Presiden Gordon B. Hinckley menjelaskan bahawa memelihara penganut baru dengan firman Tuhan “adalah pekerjaan untuk semua orang. Ini adalah pekerjaan untuk pengajar keluarga dan pengajar berkunjung [sekarang pelayan saudara dan saudari]. Ini adalah pekerjaan untuk lembaga uskup, untuk kuorum imamat, untuk Lembaga Pertolongan, remaja putera dan remaja puteri, bahkan Sekolah Primer.

“Saya berada dalam pertemuan puasa dan kesaksian hanya pada Ahad lepas. Seorang pemuda berusia 15 atau 16 tahun berdiri di hadapan jemaah dan berkata bahawa dia telah memutuskan untuk dibaptiskan.

“Kemudian satu demi satu, pemuda kuorum pengajar melangkah ke mikrofon untuk menyatakan kasih sayang mereka kepadanya, memberitahunya bahawa dia melakukan perkara yang betul, dan memberi jaminan kepadanya bahawa mereka akan berdiri bersamanya dan membantunya. Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa untuk mendengar para pemuda itu ucapkan penghargaan dan dorongan kepada kawan mereka. Saya berpuas hati bahawa semua pemuda itu, termasuk yang telah dibaptis minggu lalu, akan pergi melayani misi.

“Dalam temu bual akhbar baru-baru ini saya ditanya, ‘Apa yang membawa anda kepuasan terbesar ketika anda melihat pekerjaan Gereja hari ini?’

“Balas saya: ‘Pengalaman saya yang paling memuaskan adalah melihat manfaat orang ramai daripada Injil ini. Ia memberi mereka pandangan baru mengenai kehidupan. Ia memberi mereka satu perspektif yang tidak pernah mereka rasakan sebelum ini. Ia meningkatkan pandangan mereka kepada hal-hal yang mulia dan ilahi. Sesuatu yang berlaku kepada mereka yang menakjubkan untuk dilihat. Mereka memandang kepada Kristus dan hidup.’

“… Saya meminta setiap seorang daripada anda untuk membantu dalam usaha ini” (“Converts and Young Men,” Ensign, Mei 1997, 48).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencari ilham anda sendiri. Selain melihat rangka panduan ini sebagai arahan yang harus anda ikuti, gunakannya untuk mendapatkan idea atau mencari ilham anda sendiri semasa anda merenungkan keperluan mereka yang anda ajari.