Ikutlah Aku
23–29 November. Eter 12–15: “Melalui Iman Segala Hal akan Digenapi”


“23–29 November. Eter 12–15: ‘Melalui Iman Segala Hal akan Digenapi”,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“23–29 November. Eter 12–15,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Eter memasuki sebuah gua

Ether Hiding in the Cavity of a Rock, oleh Gary Ernest Smith

23–29 November

Eter 12–15

“Melalui Iman Segala Sesuatu Digenapi”

Tujuan rangka panduan ini bukanlah untuk menetapkan apa yang akan terjadi di dalam kelas. Ia adalah tambahan kepada—bukan penggantian untuk—wahyu peribadi. Biarkan Roh membimbing pengkajian dan persediaan peribadi anda, dan kemudian semak sekiranya aktiviti-aktiviti di dalam garis panduan ini boleh membantu ahli-ahli kelas menemui dan berkongsi asas-asas penting di dalam Eter 12–15.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka pelajari dari kajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga mereka, anda boleh menulis di papan tulis ayat seperti “Saya telah pelajari bahawa …” “Saya memiliki kesaksian tentang …” dan “Saya telah mengalami …” Jemputlah ahli-ahli kelas untuk berkongsi sesuatu dari Eter 12–15 yang boleh melengkapkan salah satu kenyataan di papan tulis.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Eter 12:2–22

Kita akan menerima kesaksian tentang kebenaran semasa kita menjalankan iman kepada Yesus Kristus.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas merenungkan makna menjalankan iman terhadap Yesus Kristus, anda boleh menanyakan mereka apakah gambaran atau perkataan yang timbul di minda ketika mereka mendengar perkataan menjalankan. (Anda boleh menyemak perkataan tersebut di dalam kamus.) Apakah kesan senaman fizikal terhadap tubuh kita? Bagaimanakah kita dapat menerapkan asas ini kepada iman? Dalam cara apakah kita dapat “menjalankan iman” terhadap Kristus? Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Eter 12:2–22 dan membincangkan bagaimana orang-orang yang disebut di dalam ayat-ayat ini telah menjalankan iman. Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh mereka? Menurut ayat-ayat ini, apakah hasil dari menjalankan iman terhadap Yesus Kristus?

  • Contoh-contoh tentang iman di dalam Eter 12:7–22 menyediakan sebuah ulasan baik tentang cerita-cerita berilham yang anda telah pelajari bersama di dalam Kitab Mormon. Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi contoh-contoh lain tentang iman dan apa yang mereka pelajari darinya (yang lain boleh ditemui di dalam Ibrani 11). Mereka boleh berkongsi contoh-contoh beriman dari sejarah keluarga mereka atau kehidupan mereka sendiri. Bagaimanakah contoh-contoh ini telah menguatkan iman mereka terhadap Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi?

  • Eter 12 penuh dengan pandangan dan kebenaran tentang iman. Ahli-ahli kelas mungkin menemukan ayat-ayat di dalam bab ini yang mengajar mereka tentang iman. Mereka boleh kemudian menulis di papan tulis apa yang mereka telah temui.

Eter 12:1–9, 28, 32

Iman mendorong kepada “berharap untuk dunia yang lebih baik.”

  • Bolehkah seseorang di dalam kelas anda menjelaskan mengapa sauh penting bagi kapal? Anda boleh menunjukkan gambar sebuah kapal dan sauh (atau lukis di atas papan tulis) dan bincangkan apa yang akan terjadi kepada kapal yang tidak mempunyai sauh. Apakah yang berlaku kepada kita ketika kita tidak memiliki harapan? Ahli-ahli kelas kemudian boleh membaca Eter 12:4 dan berbicara tentang bagaimana harapan umpama “sauh bagi jiwa [kita].” Mereka juga boleh membaca Eter 12:1–9, 28, dan 32 dan berkongsi pandangan yang mereka temui tentang harapan. Apakah yang harus kita harapkan? (lihat Eter 12:4; Moroni 7:41; lihat juga Yohanes 16:33).

Eter 12:23–29

Melalui rahmat Yesus Kristus, hal-hal yang lemah dapat menjadi kuat.

  • Untuk membantu ahli-ahli memperibadikan kebenaran yang Moroni telah ajarkan tentang kelemahan dan kekuatan di dalam Eter 12, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk fikirkan tentang seseorang yang mungkin merasa kecewa kerana kelemahan mereka. Kemudian galakkan ahli-ahli kelas untuk menyelidiki Eter 12:23–29 untuk mencari pesanan yang boleh membantu orang tersebut. Jika Moroni berada di sini kini, apakah yang mungkin akan Moroni katakan untuk menggalakkan dia? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi pengalaman dari kehidupan mereka sendiri ketika Juruselamat telah membantu “hal-hal lemah menjadi kuat kepada mereka” (Eter 12:27). Bagaimanakah perubahan ini berbeza dari usaha memperbaiki diri sendiri yang seseorang lakukan tanpa bergantung kepada Juruselamat? Untuk maklumat lebih banyak bagi topik ini, lihatlah kenyataan oleh Presiden Henry B. Eyring di “Sumber-sumber Tambahan.”

  • Pengalaman Moroni adalah salah satu dari tulisan suci yang menunjukkan bagaimana rahmat Juruselamat dapat mengubah kelemahan kita kepada kekuatan. Ia mungkin membantu untuk membahagikan kelas kepada kumpulan, tugaskan setiap kumpulan untuk memilih seseorang dari tulisan suci yang memiliki kelemahan, dan bincangkan bagaimana Tuhan telah menjadikan orang tersebut kuat. Beberapa contoh dicadangkan di dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Anda juga boleh mencadangkan ahli-ahli kelas untuk menyemak definisi rahmat di dalam Panduan Tulisan Suci. Bagaimanakah contoh-contoh tulisan suci yang mereka pelajari menggambarkan kuasa rahmat Juruselamat? Bagaimanakah kita menjemput kuasa ini ke dalam kehidupan kita?

  • Adalah lazim untuk membandingkan kelemahan kita dengan kekuatan yang diterima orang lain ; bahkan Moroni merasakan tidak hebat dibandingkan dengan saudara lelaki Yared (lihat Eter 12:24). Mengapakah ia membahayakan untuk membandingkan diri kita dengan orang lain? Mengikut Eter 12:26–27, bagaimanakah Tuhan ingin kita untuk melihat kelemahan kita? (Lihat juga penyataan oleh Presiden Henry B. Eyring di “Sumber-sumber Tambahan”). Bagaimanakah Dia ingin kita lihat tentang kelemahan orang lain? (lihat Eter 12:26).

Eter 13–15

Menolak nabi membawa kepada bahaya rohani.

  • Memandangkan kebenaran-kebenaran penting diajarkan di Eter 12, anda boleh memilih untuk tidak menghabiskan banyak masa dalam kelas untuk bab 13–15. Bagaimanapun, ia mungkin berguna untuk meminta ahli-ahli kelas untuk secara ringkas merumuskan apa yang berlaku dalam bab-bab ini. Untuk membantu ahli-ahli kelas menemukan pesanan bermakna di dalam laporan ini, anda boleh meminta mereka untuk melengkapkan ayat “demikianlah kita melihat …” dengan pengajaran yang mereka pelajari dari kejatuhan bangsa Yared. Bagaimanakah ia serupa dengan kejatuhan bangsa Nefi? (lihat, sebagai contoh, Eter 15:19 dan Moroni 8:28). Apakah yang Tuhan ingin kita pelajari dari laporan-laporan ini, dan apakah yang kita dapat lakukan untuk mengelak dari takdir bangsa Yared? Ahli-ahli kelas boleh menyemak bagaimana pada penghujung kitab Eter berkait dengan Omni 1:19–22; Mosia 8:8; dan Mosia 28:11–18.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Pada minggu depan, ahli-ahli kelas akan mula mempelajari kitab Moroni. Mereka mungkin merasa menarik untuk mengetahui bahawa Moroni tidak merancang untuk menulis apa-apa lagi selepas kitab Eter, tetapi dia hidup lebih lama dari jangkaannya. Minggu ini mereka akan mula membaca pesanan terakhir yang Moroni terilham untuk menulis sebelum dia mati.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Perkembangan rohani memerlukan kita untuk melihat kelemahan kita.

Presiden Henry B. Eyring, memberi komen tentang Eter 12:27, mengajar: “Moroni berkata bahawa apabila dia ‘mendengar perkataan ini,’ dia ‘terhibur’ (Eter 12:29). Perkataan ini boleh menjadi hiburan bagi kita semua. Mereka yang tidak lihat kelemahan mereka tidak maju. Kesedaran terhadap kelemahan anda ialah sebuah berkat, yang menolong anda kekal rendah hati dan menyebabkan anda berpaling kepada Juruselamat. Roh tidak hanya menghibur anda, tetapi sebagai agen di mana Korban tebusan mengerjakan sebuah perubahan dalam diri anda. Kemudian hal-hal yang lemah menjadi kuat” (“Kedamaian Aku Tinggalkan dengan Kamu,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 16).

Contoh-contoh: Yang lemah dijadikan kuat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengajar “mengapa.” “Kadangkala, pelajar—terutamanya remaja—tertanya-tanya bagaimana asas-asas injil berkaitan dengan mereka atau mengapa mereka harus mematuhi perintah-perintah tertentu. Walau bagaimanapun, jika mereka memahami rancangan abadi Bapa Syurgawi untuk kebahagiaan anak-anak-Nya, sebab-sebab untuk asas dan perintah injil menjadi lebih jelas dan motivasi untuk mematuhinya meningkat” (Teaching in the Savior’s Way,20).