Ikutlah Aku
16–22 November. Eter 6–11: “Agar Kejahatan Boleh Diakhiri”


“16–22 November. Eter 6–11: ‘Agar Kejahatan Boleh Diakhiri,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“16–22 November. Eter 6–11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Bangsa Yared mengembara di atas laut

I Will Bring You up Again out of the Depths, oleh Jonathan Arthur Clarke

16–22 November

Eter 6–11

“Agar Kejahatan Boleh Diakhiri”

Ingatlah bahawa catatan yang terkandung dalam Kitab Mormon ditulis untuk zaman kita. Semasa anda bersedia untuk mengajar, carilah asas-asas dalam laporan tulisan suci ini yang dapat menguatkan ahli-ahli kelas untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi sesuatu yang mereka rasa bermakna di Eter 6–11, anda boleh menjemput mereka untuk membayangkan bab-bab ini dibuat kepada wayang, apakah ayat dari Eter 6–11 yang akan mereka cadangkan sebagai tajuk? Berikanlah mereka masa untuk memikirkan tentang ini, dan jemputlah mereka untuk berkongsi tajuk mereka dan jelaskan mengapa mereka memilihnya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Eter 6:1–12

Tuhan akan membimbing kita sepanjang perjalanan fana kita.

  • Rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk membandingkan pelayaran bangsa Yared menyeberangi laut dengan perjalanan fana kita. Mintalah ahli-ahli kelas yang telah mencuba aktiviti ini di rumah untuk berkongsi pandangan yang mereka peroleh dari analogi ini. Untuk membantu ahli-ahli kelas membuat perbandingan tambahan di kelas, jemputlah mereka untuk melihat Eter 6:1–12 untuk perincian tentang pelayaran yang mempunyai makna perlambangan (seperti batu-batu bercahaya, kapal-kapal tongkang, dan angin) dan senaraikan ia di papan tulis. Kemudian ahli-ahli kelas boleh menghabiskan beberapa minit dengan bekerja secara berpasangan atau dalam kumpulan kecil untuk mengkaji ayat-ayat tersebut dan membincangkan makna lambang-lambang ini wakili di dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, apakah “negeri yang dijanjikan” bagi kita? (ayat 8). Bagaimanakah Tuhan membimbing kita dalam perjalanan kita?

  • Anda boleh menggunakan Eter 6:1–12 untuk mengilhami perbincangan tentang bagaimana berpaling kepada Tuhan membantu kita berkembang melalui cubaan-cubaan kita. Sebagai contoh, petikan di “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu ahli-ahli kelas membandingkan “angin yang kencang” yang disebut di ayat 5–8 dengan kesukaran hidup. Apakah yang dilakukan oleh bangsa Yared ketika mereka “dikelilingi sepenuhnya oleh air”? (ayat 7). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman ketika kesukaran mereka telah membantu mereka maju ke depan. Bagaimanakah cara mereka bertindak balas terhadap cabaran-cabaran mereka membantu mereka berkembang ke arah “negeri [mereka] yang dijanjikan”? Bagaimanakah Tuhan membantu mereka dalam kesusahan mereka? Galakkan mereka untuk merujuk kepada perkataan dan ayat dari Eter 6 semasa mereka berkongsi pengalaman dan fikiran mereka.

    bangsa Yared mengembara dengan haiwan-haiwan

    Journey of the Jaredites across Asia, oleh Minerva Teichert

Eter 6:7–18, 30; 9:28–35; 10:1–2

Tuhan akan memberkati kita ketika kita merendahkan hati.

  • Meskipun banyak dari cerita bangsa Yared menggambarkan kesan-kesan negatif akan keangkuhan dan kejahatan, ia juga merangkumi masa-masa kerendahan hati dan kemakmuran yang dapat kita pelajari. Untuk membantu ahli-ahli kelas pelajari dari contoh-contoh positif ini, anda boleh membahagikan kelas kepada dua kumpulan dan tugaskan satu kumpulan untuk membaca Eter 6:7–18 dan 30 sementara kumpulan yang lain membaca Eter 9:28–35 dan 10:1–2. Mintalah mereka melihat dalam ayat-ayat ini untuk bukti-bukti bahawa bangsa Yared telah merendahkan hati mereka—atau direndahkan hati oleh keadaan mereka—dan bagaimanakah Tuhan telah memberkati mereka sebagai hasilnya. Selepas masa yang mencukupi, jemputlah ahli-ahli dari setiap kumpulan untuk berkongsi apa yang telah mereka pelajari. Bagaimanakah menjadi rendah hati membantu kita lebih dekat kepada Tuhan? Nyanyikan atau dengarkan kepada Lagu rohani tentang kerendahan hati, seperti “Ku Memerlukan-Mu Tiap Saat” (Nyanyian Rohani, no. 36), boleh ditambah ke aktiviti ini.

Eter 7–11

Para pemimpin yang soleh mengarahkan orang-orang kepada Tuhan.

  • Bahkan mereka yang tidak pernah memegang jawatan kepimpinan yang rasmi boleh belajar dari contoh-contoh raja-raja bangsa Yared yang soleh dan jahat; laporan-laporan ini dapat membantu kita menjadi pemimpin yang lebih baik dalam rumah kita, dalam komuniti kita, dan di gereja. Anda boleh memulakan perbincangan dalam topik ini dengan meminta ahli-ahli kelas untuk memikirkan tentang seseorang yang mereka rasa adalah seorang pemimpin yang baik. Jemputlah mereka untuk berkongsi secara ringkas beberapa kualiti orang itu, dan buatlah senarai di papan tulis. Kemudian anda boleh menugaskan setiap ahli-ahli kelas untuk mempelajari tentang salah satu raja-raja bangsa Yared di Eter 7–11. (Satu senarai raja-raja, dengan rujukan kepada tulisan suci yang menghuraikan pemerintahan mereka, terdapat di rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.) Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka pelajari dari raja-raja ini tentang kepimpinan, menambah kualiti-kualiti lain yang mereka temui di papan tulis. Kualiti kepimpinan positif yang lain tersenarai di “Sumber-sumber Tambahan.” Bagaimanakah kita dapat membentuk kualiti-kualiti ini dan menjadi pemimpin, bahkan jika kita tidak mempunyai tugasan kepimpinan tertentu?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mencetus minat ahli-ahli kelas untuk membaca Eter 12–15, anda boleh menyebut bahawa dalam bab-bab ini Moroni meluahkan kepada Tuhan keresahannya tentang catatan yang dia simpan. Tindak balas Tuhan dapat membantu kita ketika kita memiliki perasaan tidak layak yang sama.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Cabaran kita menyediakan kita untuk menerima kehidupan abadi.

Bercakap dalam persidangan umum semasa tahun-tahun sukar Perang Dunia II, Elder Charles A. Callis dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Kita diberitahu bahawa ketika bangsa Yared dalam kapal tongkang mereka berangkat ke negeri yang dijanjikan, timbul ribut angin yang kencang dan dahsyat. Angin bertiup dan mereka dalam ancaman bahaya sepanjang perjalanan berbahaya itu. Tuhan menyokong mereka. Dan kita membaca bahawa meskipun angin kencang dan ribut badai bergelora, memiliki risiko kemusnahan, angin tersebut berterusan bertiup ke arah Negeri yang dijanjikan. Dan kesukaran ini yang kita lalui, peperangan yang dahsyat ini dan semua perkara dahsyat yang wujud, berada dalam kuasa Tuhan. Dia boleh menghentikan mereka ketika Dia pilih untuk [berbuat sedemikian], ketika tujuan ilahi–Nya telah dipenuhi. Tetapi janganlah kita lupa bahawa melalui kesulitan ini, kesukaran kita, pengalaman-pengalaman yang kita lalui, Tuhan akan bekerja untuk kebaikan kita, jika kita akan patuh kepada-Nya—semua ini meniup kita ke arah peristirahatan, untuk masa depan yang mulia, kepada kehidupan kekal” (dalam Laporan Persidangan, Apr. 1943, 62).

Kualiti pemimpin yang soleh.

“Di dalam kerajaan Tuhan, kebesaran dan kepimpinan bermaksud melihat orang lain sebagai diri mereka sebenar—seperti Tuhan melihat mereka—dan kemudian mendekati dan melayani mereka. Ia bermaksud bersukacita dengan orang yang gembira, menangis dengan yang bersedih, mengangkat orang yang berkesusahan, dan menyayangi jiran kita seperti Kristus menyayangi kita. …

“… Kepimpinan dalam Gereja tidak begitu banyak tentang mengarahkan orang lain tetapi ia tentang kerelaan kita untuk diarahkan oleh Tuhan” (Dieter F. Uchtdorf, “Orang yang Terbesar antara Kamu,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 79–80).

“Hanya orang baik yang memiliki kemampuan untuk memperkuat dan saling memberikan dorongan untuk melakukan pelayanan yang lebih baik, pencapaian yang lebih tinggi, kekuatan yang lebih besar” (Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson [2014], 244).

“Dunia mengajar bahawa pemimpin harus amat berkuasa; Tuhan mengajar bahawa mereka harus berlembut hati. Pemimpin duniawi memperolehi kuasa dan pengaruh dengan bakat, kemahiran, dan kekayaan. Pemimpin seperti Kristus memperolehi kuasa dan pengaruh ‘dengan pujukan, dengan kepanjangsabaran, dengan lemah lembut dan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak dibuat-buat’ [A&P 121:41]” (Stephen W. Owen, “Pemimpin Terbaik Ialah Pengikut Terbaik,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 75).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Galakkan persekitaran yang penuh hormat. Adakah anda rasa setiap orang di dalam kelas selesa meluahkan fikiran dan perasaan mereka? “Bantu ahli-ahli kelas anda memahami bahawa setiap daripada mereka mempengaruhi semangat kelas. Galakkan mereka untuk membantu anda mewujudkan persekitaran terbuka, penyayang, dan penuh hormat supaya semua orang merasa selamat berkongsi pengalaman, soalan, dan kesaksian mereka” (Teaching in the Savior’s Way,15).