“2–8 November. Mormon 7–9: ‘Aku Berucap Kepadamu Seolah-olah Kamu Sudah Ada,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“2–8 November. Mormon 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
2–8 November
Mormon 7–9
“Aku Berucap Kepadamu Seolah-olah Kamu Sudah Ada”
Imbas kembali tanggapan-tanggapan yang anda telah catatkan semasa pengkajian peribadi anda tentang Mormon 7–9 minggu ini. Apakah ayat-ayat dari bab-bab ini yang anda rasakan akan bermakna untuk disemak bersama kelas anda?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk memberikan ahli-ahli kelas kesempatan untuk berkongsi sesuatu dari pengkajian individu dan sekeluarga mereka, anda boleh menggalakkan mereka untuk mengimbas Mormon 7–9 dan berkongsi satu ayat yang mereka bersyukur kerana Mormon atau Moroni pilih untuk dimasukkan dalam kepingan-kepingan ini.
Mengajar Ajaran
Mormon 7:8–10; 8:12–22; 9:31–37
Kitab Mormon besar nilainya.
-
Salah satu cara untuk memperkenalkan perbincangan mengenai nilai besar Kitab Mormon ialah untuk membincangkan bagaimana kita menentukan nilai sesuatu barangan. Bagaimanakah mengetahui nilai tentang sesuatu mengubah cara kita menggunakannya? Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Mormon 8:12–22 dan berkongsi apa yang Moroni katakan tentang nilai Kitab Mormon (“catatan ini”). Mereka juga boleh berkongsi pengalaman peribadi yang telah menunjukkan mereka nilai Kitab Mormon. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita menghargai Kitab Mormon?
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas mengenal pasti bagaimana Kitab Mormon dan Alkitab menyokong satu sama lain, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Mormon 7:8–10 dan merumuskan huraian Mormon tentang dua catatan dalam ayat mereka sendiri (“catatan yang akan sampai kepada bangsa bukan Israel daripada bangsa Yahudi” merujuk kepada Alkitab). Pertimbangkan untuk melukis dua bulatan bertindih di papan tulis dan labelkan satu dengan Alkitab dan yang lain Kitab Mormon. Ahli-ahli kelas boleh menyenaraikan persamaan antara kedua-dua kitab dalam bahagian bertindih dan perbezaan dalam bahagian lain. Secara alternatif, pertimbangkan untuk menyenaraikan beberapa kebenaran injil di papan tulis dan jemputlah ahli-ahli kelas untuk melihat Panduan Tulisan Suci untuk menemukan ayat dari Kitab Mormon dan Alkitab yang membantu mereka memahami kebenaran-kebenaran tersebut.
Kita boleh menjadi beriman bahkan ketika kita bersendirian.
-
Beberapa orang dalam kelas anda mungkin merasa bersendirian dalam usaha mereka menjalani injil. Apakah yang dapat mereka pelajari dari teladan Moroni yang dapat membantu mereka? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Mormon 8:1–11 dan fikirkan tentang soalan yang mereka ingin tanyakan kepada Moroni untuk mempelajari bagaimana dia kekal beriman walaupun keadaannya yang sukar. Apakah yang mengilhami mereka tentang teladannya? Semasa mereka berkongsi fikirkan mereka, galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman peribadi ketika merekaa atau orang lain yang mereka kenali tetap beriman, bahkan ketika mereka merasa bersendirian. Bagaimanakah Tuhan membantu mereka?
Kitab Mormon ditulis untuk zaman kita.
-
Semasa anda mendekati akhir tahun pengkajian Kitab Mormon, mungkin ahli-ahli kelas boleh merenungkan mengapa mereka merasakan kitab ini ditulis untuk zaman kita. Anda boleh memulakan perbincangan dengan membaca penyataan oleh Presiden Ezra Taft Benson dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas boleh menerapkan soalan Presiden Benson terhadap Mormon 8:26–41. Mengapakah Tuhan mengilhami Moroni untuk memasukkan kata-kata ini dalam catatan tersebut? Bagaimanakah ia membantu kita di zaman kita?
-
Seperti yang diajarkan dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, Mormon 9:1–30 mengandungi pesanan Moroni sebagai balasan kepada kurang kepercayaan terhadap Yesus Kristus pada zaman kita. Anda boleh membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan menjemput setiap kumpulan untuk mencari nasihat yang bermakna kepada mereka dalam ayat-ayat berikut: 1–6 (akibat-akibat tidak mempercayai Kristus), 7–20 (kepentingan mempercayai wahyu dan mukjizat Tuhan), dan 21–30 (nasihat Moroni kepada kita).
-
Walaupun Mormon 9:1–6 telah ditulis kepada “mereka yang tidak percaya kepada Kristus,” ia akan membantu untuk semua kita untuk bayangkan [kita] berdiri di hadapan Tuhan satu hari nanti untuk dihakimi. Mintalah ahli-ahli kelas mengkaji ayat-ayat ini, mencari perkataan atau ayat yang menggambarkan bagaimana orang jahat akan merasa pada hari itu. Apakah yang dapat kita lakukan untuk mengelak dari perasaan-perasaan ini? Ahli-ahli kelas mungkin akan menemui pandangan yang membantu dalam cerita yang diceritakan oleh Presiden Boyd K. Packer dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
-
Ramai orang hari ini percaya bahawa mukjizat telah berhenti. Bagaimanakah anda boleh menggunakan ajaran Moroni untuk membantu ahli-ahli kelas anda percaya kepada “Tuhan mukjizat”? Anda boleh mulakan dengan meminta ahli-ahli kelas untuk menyemak Mormon 9:7–26 dan carilah mukjizat-mukjizat yang Moroni gesa kita untuk percaya. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang Tuhan dan pekerjaan–Nya di zaman kita? Apakah yang harus kita lakukan agar Tuhan mengerjakan mukjizat? (lihat Mormon 9:20–21). Apakah mukjizat-mukjizat yang telah kita lihat?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Adakah ahli-ahli kelas anda pernah tertanya bagaimana mereka dapat meningkatkan iman mereka terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Jika demikian, jemputlah mereka untuk menyelidiki Eter 1–5 bagi cara-cara untuk membantu iman mereka berkembang.
Sumber-sumber Tambahan
Kitab Mormon ditulis untuk zaman kita.
Presiden Ezra Taft Benson berkata:
“Bangsa Nefi tidak pernah mempunyai kitab itu; tidak juga bangsa Laman dari zaman dahulu. Ia adalah untuk kita. …
“Setiap penulis utama Kitab Mormon bersaksi bahawa dia menulis untuk generasi akan datang [lihat 2 Nefi 25:21; Yakub 1:3; Mormon 7:1; 8:34–35]. …
“Jika mereka melihat zaman kita, dan memilih hal-hal yang akan menjadi nilai paling berharga kepada kita, bukanlah kita perlu mempelajari Kitab Mormon? Kita harus selalu bertanya kepada diri sendiri, ‘Mengapa Tuhan mengilhami Mormon (atau Moroni atau Alma) untuk memasukkan ia dalam rekodnya? Apakah pelajaran yang boleh saya pelajari dari itu untuk membantu saya hidup pada zaman ini?’” (“The Book of Mormon—Keystone of Our Religion,” Ensign, Nov. 1986, 6).
Kita boleh jadi bersih.
Presiden Boyd K. Packer memberitahu perjalanan selama enam hari sebagai seorang pemuda dengan kru ketenteraan dalam kereta api barang yang panas, berasap, tanpa ada cara untuk mandi atau menukar pakaian. Pada perhentian keretapi, kru yang lapar pergi ke sebuah restoran.
“Ia penuh sesak, dan kami menyertai barisan panjang yang menunggu untuk duduk. Saya yang pertama, di belakang beberapa wanita yang berpakaian baik. Walaupun tanpa berpaling, wanita di hadapan saya segera menyedari bahawa kami berada di sana.
“Dia berpaling dan memandang kami. Kemudian dia berpaling dan memandang saya dari kepala hingga ke kaki. Saya berdiri dengan pakaian seragam yang berkeringat, kotor, penuh jelaga dan berkerut. Dia berkata dalam nada jijik, “Aduh, lelaki yang tidak kemas!” Semua mata berpaling kepada kami.
“Tidak ragu lagi dia berharap kami tidak berada di sana; saya berkongsi hasratnya. Saya berasa kotor, tidak selesa, dan malu.”
Presiden Packer kemudian memetik Mormon 9:4 dan membandingkan pengalamannya dengan kotor secara rohani di hadirat Tuhan. Bersaksi bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus adalah satu-satunya cara dia dapat menjadi bersih secara rohani, maka dia berkata:
“Bolehkah anda bayangkan bagaimana perasaan saya ketika akhirnya saya dapat melihat bahawa jika saya mengikuti apa saja keadaan yang ditetapkan oleh Penebus, saya tidak perlu menanggung penderitaan menjadi kotor secara rohani? Bayangkan penghiburan, kebebasan, perasaan yang akan datang kepada anda apabila anda melihat realiti Korban Tebusan dan nilai praktikalnya setiap hari kepada anda secara individu” (“Washed Clean,” Ensign, Mei 1997, 9–10).