“9–15 November. Eter 1–5: ‘Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“9–15 November. Eter 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
9–15 November
Eter 1–5
“Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu”
Apakah kebenaran yang anda pelajari semasa pengkajian peribadi anda tentang Eter 1–5 yang dapat anda kongsi dengan mereka yang anda ajar? Apakah kesempatan yang dapat anda berikan kepada mereka untuk berkongsi apa yang telah mereka pelajari?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Pertimbangkan cara kreatif ini untuk menjemput perkongsian: Edarkan batu-batu kepada 16 ahli-ahli kelas, dan jemput beberapa dari mereka untuk berkongsi satu kebenaran yang mereka ingat dari pengkajian peribadi dan sekeluarga mereka tentang Eter 1–5. Apakah yang akan mereka lakukan kerana apa yang telah mereka pelajari?
Mengajar Ajaran
Semasa kita tidak henti-henti berseru kepada Tuhan, Dia akan mengungkapkan kehendak–Nya.
-
Setiap dari kita telah bergelut untuk mencari jawapan kepada masalah atau soalan. Bagaimanakah pengalaman saudara lelaki Yared membantu mereka yang anda ajar untuk mencari pertolongan dari Tuhan? Anda boleh melukis sebuah daftar di papan tulis dengan kolum yang bertajuk Soalan-soalan saudara lelaki Yared, Tindakan saudara lelaki Yared, dan Tindak Balas Tuhan. Kemudian anda boleh membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan tugaskan satu kolum untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan boleh bekerja bersama untuk melihat Eter 1:33–43 dan 2:16–3:6 dan menulis apa yang mereka temui dalam kolum yang telah ditugaskan bagi mereka. Selepas itu, kelas boleh membincangkan soalan-soalan seperti ini: Apakah yang kita pelajari tentang pelbagai cara Tuhan pilih untuk membantu kita? Apakah yang kita pelajari tentang peranan kita dalam proses menerima wahyu? Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi contoh lain dari tulisan suci yang mengajar asas yang sama. Penyataan dari Elder Richard G. Scott dalam “Sumber-sumber Tambahan” menyediakan pandangan lebih tentang bagaimana Tuhan menjawab doa-doa.
-
Doa saudara lelaki Yared di Eter 3:1–5 mungkin mengilhami ahli-ahli kelas untuk menilai doa peribadi mereka. Mungkin ahli-ahli kelas dapat membayangkan mereka sedang memberi nasihat kepada seseorang yang baru belajar cara untuk berdoa. Apakah nasihat yang akan mereka berikan? Kemudian mereka boleh menyelidiki Eter 3:1–5 dan merumuskan setiap ayat dengan satu atau dua petua atau asas tentang bagaimana untuk berdoa secara berkesan. Pertimbangkan untuk memberi beberapa minit kepada ahli-ahli kelas untuk memikirkan tentang doa-doa mereka sendiri dan bagaimana mereka dapat mengikuti teladan saudara lelaki Yared untuk menjadikan doa mereka lebih bermakna.
-
Selepas berkongsi pengalaman wahyu saudara lelaki Yared di Eter 3, Moroni memberi nasihat di Eter 4 tentang bagaimana kita dapat menerima wahyu dari Tuhan. Untuk membantu ahli-ahli kelas pelajari dari nasihat ini, anda boleh mempamerkan gambar Yesus Kristus dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki Eter 4:8–10 untuk mencari hal-hal yang dapat mencegah kita dari menerima wahyu atau kebenaran dari Tuhan. Semasa ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka temui, anda boleh secara perlahan menutupi gambar Kristus dengan kain atau sekeping kertas. Bagaimanakah kita dapat mengelak dari halangan-halangan rohani ini dalam kehidupan kita? Seterusnya, ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Eter 4:7, 11–15, carilah bagaimana kita dapat layak untuk menerima kebenaran dari Tuhan. Semasa ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka temui, alihkan kain atau kertas tersebut. Apakah maknanya untuk “menjalankan iman di dalam … Tuhan, bahkan seperti yang saudara lelaki Yared telah lakukan”? (Eter 4:7; lihat juga Eter 3:1–9). Apakah maknanya untuk “mengoyakkan tirai ketidakpercayaan” dalam kehidupan kita? (Eter 4:15). Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain melakukan yang sama? Ahli-ahli kelas juga boleh mencari kebenaran tentang wahyu peribadi di dalam pesanan Presiden Russell M. Nelson “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita” (Ensign atau Liahona, Mei 2018, 93–96).
Melalui teguran–Nya, Tuhan menjemput kita untuk bertaubat dan datang kepada–Nya.
-
Bahkan nabi yang hebat seperti saudara lelaki Yared menerima teguran dari Tuhan. Apa yang menjadikan dia hebat adalah cara dia bertindak balas kepada teguran. Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari dari teladan saudara lelaki Yared, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Eter 2:14–15 bersama secara berpasangan. Kemudian mintalah mereka untuk berpura-pura bahawa seorang dari mereka ialah saudara lelaki Yared dan yang lain ialah seseorang yang baru saja menerima teguran dari pemimpin Gereja atau ibu bapa. Mintalah mereka membincangkan atau memainkan peranan apa yang saudara lelaki Yared akan katakan tentang pengalaman dirinya untuk membantu orang ini. Apakah nasihat yang mungkin dia berikan? Apakah pengajaran yang kita pelajari yang akan membantu kita lebih dekat kepada Bapa Syurgawi? Anda juga boleh membincangkan bagaimana Tuhan menegur dan tindak balas saudara lelaki Yared mungkin membantu menyediakan dia untuk pengalaman yang dia miliki di Eter 3:1–20. Berikut adalah beberapa sumber-sumber yang dapat membantu: Pesanan Elder D. Todd Christofferson “As Many as I Love, I Rebuke and Chasten” (Ensign atau Liahona, Mei 2011, 97–100) atau tajuk bahagian “Pengikut” di pesanan Elder Lynn G. Robbins “Hakim yang Soleh” (Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 96–97).
Tiga orang saksi bersaksi tentang kebenaran Kitab Mormon.
-
Pelajari lebih banyak tentang nubuat Moroni tentang Tiga Saksi dapat membantu menguatkan kesaksian ahli-ahli kelas tentang Kitab Mormon. Mungkin separuh dari kelas boleh membaca Eter 5 dan separuh yang lain boleh membaca “Kesaksian Tiga Saksi” (pada permulaan Kitab Mormon) dan berkongsi kepada sesama tujuan Tuhan membenarkan Tiga Saksi melihat malaikat dan kepingan-kepingan tersebut. Mereka juga boleh membincangkan contoh lain di mana banyak saksi-saksi menegakkan kebenaran (lihat, contohnya, Matius 3:13–17; 18:15–16; Yohanes 5:31–47; A&P 128:3). Apakah kesaksian dalam kehidupan kita yang telah mengilhami kita untuk percaya? Bagaimanakah “kuasa Tuhan dan juga firman–Nya” telah “diperlihatkan” kepada kita dalam Kitab Mormon? (Eter 5:4).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemputlah ahli-ahli kelas untuk membayangkan pemimpin-pemimpin politik mereka berterusan menawan dan membunuh satu sama lain. Di Eter 6–11, mereka akan baca tentang bagaimana ini terjadi kepada keturunan Yared dan saudaranya. Mereka juga akan menemukan beberapa amaran yang akan membantu mereka mengelak dari masalah-masalah yang bangsa Yared hadapi.
Sumber-sumber Tambahan
Mengenal pasti jawapan kepada doa.
Elder Richard G. Scott mengajar:
“Ketika kita menjelaskan sebuah masalah dan mencadangkan sebuah penyelesaian, kadangkala Dia menjawab ya, kadangkala tidak. Sering kali Dia menahan jawapan, bukan kerana kurang memberi perhatian, tetapi kerana Dia mengasihi kita—dengan sempurna. Dia ingin kita untuk menerapkan kebenaran yang telah Dia berikan kepada kita. Untuk kita berkembang, kita perlu yakin keupayaan kita untuk melakukan pilihan-pilihan yang benar. Kita perlu lakukan apa yang kita rasakan benar. Dalam masa, Dia akan menjawab. Dia tidak akan menggagalkan kita. …
“… Dia ingin kita bertindak untuk memperoleh pengalaman yang diperlukan:
“Ketika Dia menjawab ya, ia adalah untuk memberi kita keyakinan.
“Ketika Dia menjawab tidak, ia adalah untuk mencegah dari kesalahan.
“Ketika Dia menahan jawapan, ia adalah untuk membantu kita berkembang melalui iman terhadap–Nya, patuh kepada perintah-perintah–Nya, dan kerelaan untuk bertindak atas kebenaran. Kita dijangka untuk memikul pertanggunjawaban dengan bertindak atas satu keputusan yang konsisten dengan ajaran-ajaran–Nya tanpa pengesahan terlebih dahulu. Kita tidak harus hanya duduk menunggu atau merungut kerana Tuhan tidak berbicara. Kita harus bertindak” (“Learning to Recognize Answers to Prayer,” Ensign, Nov. 1989, 31–32).