“21–27 Disember. Krismas: ‘Dia akan Datang ke Dunia untuk Menebus Umat-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“21–27 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
21–27 Disember
Krismas
“Dia akan Datang ke Dunia untuk Menebus Umat–Nya”
Semasa anda mengkaji kelahiran Yesus Kristus minggu ini, pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kelas anda menguatkan kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan–Nya. Beberapa idea dalam rangka panduan ini boleh membantu.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemputlah ahli-ahli kelas untuk membentuk pasangan atau kumpulan kecil dan berkongsi bagaimana mempelajari tentang Yesus Kristus dari Kitab Mormon tahun ini telah menguatkan iman mereka kepada Dia dan ajaran-ajaran–Nya.
Mengajar Ajaran
1 Nefi 11:13–23; Helaman 14:1–13; 3 Nefi 1:4–22
Yesus Kristus dilahirkan untuk menjadi Juruselamat kita.
-
Bagaimanakah anda dapat menggunakan Kitab Mormon untuk mengajar ahli-ahli kelas tentang peristiwa kudus kelahiran Juruselamat? Salah satu cara ialah untuk membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan memberikan setiap kumpulan satu daripada ayat-ayat tulisan suci berikut untuk dibaca bersama: 1 Nefi 11:13–23; Helaman 14:1–13; dan 3 Nefi 1:4–22. Mintalah kumpulan-kumpulan tersebut untuk membincangkan apa yang tulisan suci ini ajarkan mereka tentang kelahiran Juruselamat. Kemudian setiap kumpulan boleh berkongsi dengan kelas apa yang telah mereka bincangkan. Mengapakah ia bernilai untuk memiliki kesaksian Kitab Mormon tentang kelahiran Juruselamat?
-
Mengetahui tentang kelahiran Kristus adalah penting, tetapi mengetahui mengapa Dia dilahirkan adalah lebih penting. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka yang anda ajari untuk merenungkan kuasa penebusan Yesus Kristus? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi beberapa cerita dan ayat-ayat yang mereka telah kaji minggu ini (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Galakkan mereka untuk berkongsi bagaimana hal-hal yang mereka pelajari mendalamkan penghargaan mereka tentang kelahiran Juruselamat dan kuasa penebusan–Nya.
-
Untuk mulakan perbincangan tentang kurnia yang Tuhan telah berikan kita melalui Putera–Nya, anda boleh menjemput beberapa ahli kelas untuk berbicara tentang hadiah istimewa yang telah mereka terima ketika Hari Krismas. Bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran untuk hadiah-hadiah yang kita terima? Ahli-ahli kelas boleh membaca petikan oleh Presiden Thomas S. Monson temui di “Sumber-sumber Tambahan” dan bincangkan empat kurnia yang Presiden Monson telah sebut. Apakah peranan Juruselamat dalam kurnia-kurnia ini? Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kesyukuran kita kepada Bapa Syurgawi untuk kurnia-kurnia ini?
-
Sebagai sebahagian dari perbincangan anda tentang Hari Krismas, pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk mainkan atau nyanyikan lagu rohani Krismas. Anda juga boleh meneroka beberapa sumber yang tersenarai di “Sumber-sumber Tambahan.”
Halaman Judul Kitab Mormon; Pengenalan Kitab Mormon; 2 Nefi 25:23, 26; 33:4, 10
Kitab Mormon bersaksi tentang Yesus Kristus.
-
Semasa anda mengkaji Kitab Mormon di penghujung Sekolah Minggu, anda boleh memberikan ahli-ahli kelas peluang untuk merenung apa yang mereka telah pelajari tentang Yesus Kristus di dalam Kitab Mormon tahun ini. Untuk memulakan perbincangan, anda boleh membaca bersama 2 Nefi 25:23, 26 dan 33:4, 10, serta petikan dari Pengenalan Kitab Mormon dan halaman judul. Anda juga boleh berkongsi sebuah cerita atau ayat yang telah membawa anda lebih dekat kepada Yesus Kristus dan kemudian berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk berkongsi cerita atau ayat-ayat mereka sendiri. Berikan kesaksian anda tentang Kitab Mormon, dan jemputlah ahli-ahli kelas yang lain untuk melakukan yang sama.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk memulakan pembacaan Ajaran dan Perjanjian, anda boleh berkongsi ayat kegemaran atau pengalaman berilham yang anda telah miliki dengan pengkajian Ajaran dan Perjanjian.
Sumber-sumber Tambahan
Sumber-sumber Krismas.
-
Gambar-gambar dalam rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.)
-
-
-
Kurnia Juruselamat.
Presiden Thomas S. Monson mengajar:
“Saya merenung tentang Krismas. Hadiah yang mewah, bungkusan mahal dan dibungkus secara profesional, mencapai kemuncaknya dalam katalog komersial terkenal yang membawa tajuk ‘Bagi orang yang mempunyai segalanya.’ Dalam satu bacaan sedemikian saya memerhatikan sebuah rumah empat ribu kaki persegi dibungkus dengan reben paling besar dan kad ucapan setanding yang berkata, ‘Selamat Hari Natal’. Barang-barang lain termasuk kayu golf yang dihiasi tatah berlian untuk pemain golf, pelayaran Caribbean untuk pengembara, dan pelancongan mewah ke Alps Switzerland untuk pengembara. Seperti kelihatan sesuai dengan tema kartun Krismas yang menunjukkan Tiga Orang Majus yang pergi ke Betlehem dengan kotak-kotak hadiah di atas unta mereka. Yang satu berkata, ‘Tengoklah, Balthazar, kita memulakan sesuatu dengan hadiah-hadiah ini yang akan tidak kawal!’ …
“Untuk sejenak, marilah kita mengetepikan katalog-katalog Krismas, dengan gambaran hadiah-hadiahnya yang eksotik. Marilah kita berganjak bahkan dari bunga untuk Ibu, tali leher istimewa untuk Ayah, patung comel, kereta api yang berbunyi, basikal yang lama dinanti-nantikan … dan mengarahkan pemikiran kita kepada kurnia-kurnia abadi yang Tuhan berikan. Saya telah memilih hanya empat dari senarai yang panjang: …
“Pertama, kurnia kelahiran. Ia telah dianugerahkan secara universal untuk setiap kita. Adalah hak istimewa ilahi kita untuk meninggalkan rumah syurgawi untuk berdiam di dalam daging dan untuk menunjukkan melalui kehidupan kita kelayakan dan cukup syarat kita untuk suatu hari kembali kepada-Nya, orang-orang terkasih yang berharga, dan sebuah kerajaan yang disebut selestial. … Tanggungjawab kita adalah untuk menunjukkan kesyukuran kita melalui perbuatan kehidupan kita. …
“Kedua, kurnia kedamaian. Di dalam dunia yang kita tinggal, lalu lintas, iklan yang melanda media, dan tuntutan semata-mata yang diletakkan pada masa kita—untuk tidak mengatakan apa-apa tentang masalah dunia—yang menimbulkan rasa sakit kepala, dan menghabiskan kekuatan kita untuk menangani. …
“Dia yang dibebani dengan kesedihan dan mengenal kesedihan berbicara kepada setiap hati yang bermasalah dan memberikan kurnia kedamaian. ‘Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Janganlah kamu risau dan janganlah takut’ (Yohanes 14:27). …
“Ketiga, kurnia kasih. ‘Guru, perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?’ pertanyaan seseorang yang berbicara kepada Yesus. Datanglah balasan: ‘Kasihilah Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.
“‘Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!
“‘Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri (Matius 22:36–39). …
“Keempat, kurnia kehidupan—bahkan kebaqaan. Rancangan Bapa Syurgawi kita mengandungi ungkapan kasih sejati yang mutlak. Segala yang kita berpegang erat, bahkan keluarga kita, kawan-kawan kita, sukacita kita, pengetahuan kita, kesaksian kita, akan lenyap jika bukan kerana Bapa Kita dan Putera–Nya, Tuhan Yesus Kristus. Antara pandangan dan penulisan yang paling dihargai di dunia ini adalah kenyataan kebenaran ilahi: ‘Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.’ (Yohanes 3:16)” (“Gifts,” Ensign, Mei 1993, 59–62).