“14–20 Disember. Moroni 10: ‘Datanglah Kepada Kristus, dan Disempurnakanlah Di Dalam Dia,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“14–20 Disember. Moroni 10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
14–20 Disember
Moroni 10
“Datanglah Kepada Kristus dan Disempurnakanlah Di Dalam Dia”
Ahli-ahli kelas anda mungkin mempunyai pengalaman yang bermakna semasa membaca Kitab Mormon pada tahun ini. Gunakan pengalaman-pengalaman ini untuk menggalakkan setiap orang di dalam kelas untuk mengkaji tulisan suci.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membayangkan Moroni sedang melawat kelas itu. Apakah yang akan mereka katakan kepada dia tentang apa yang dia tuliskan dalam Moroni 10? Adakah ayat-ayat yang sangat bermakna kepada mereka? Mungkin mereka boleh berkongsi pengalaman-pengalaman yang mereka miliki dengan ayat-ayat ini.
Mengajar Ajaran
Saya boleh mengetahui kebenaran melalui kuasa Roh Kudus.
-
Ahli-ahli kelas mungkin memperoleh pandangan baru jika mereka mengkaji Moroni 10:3–5 dengan cermat. Untuk membantu mereka, anda boleh menulis ayat penting dari ayat-ayat ini pada slip kertas yang berasingan dan memberi satu kepada setiap ahli kelas atau kepada sekumpulan ahli kelas. Jemputlah mereka untuk merenungkan atau membincangkan makna ayat mereka, termasuklah apa yang mereka dapat lakukan untuk menggunakan ia dalam kehidupan mereka. Kemudian anda boleh membaca Moroni 10:3–5 bersama, berhenti ketika anda tiba pada perkataan yang seseorang telah pelajari supaya ahli-ahli kelas dapat berkongsi pendapat mereka.
-
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas berkongsi pengalaman mereka dengan bertindak atas jemputan Moroni dalam ayat-ayat ini, anda boleh menjemput mereka untuk membayangkan mereka cuba menggalakkan rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan kesaksian tentang Kitab Mormon. Bagaimanakah mereka boleh menggunakan Moroni 10:3–7? Apakah pengalaman yang boleh mereka kongsi? Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain memahami makna untuk mengetahui sesuatu “melalui kuasa Roh Kudus”? (Moroni 10:5).
“Tidak menyangkal kurnia-kurnia Tuhan.”
-
Mengapa peringatan untuk “tidak menyangkal kurnia-kurnia Tuhan” sangat penting pada zaman akhir ini? (Moroni 10:8). Galakkan ahli-ahli kelas untuk merenungkan soalan ini semasa mereka membaca Moroni 10:8–18. Untuk membantu memperkuatkan kepercayaan ahli-ahli kelas tentang kurnia rohani, anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi contoh orang yang menggunakan setiap kurnia yang disenaraikan di dalam Moroni 10:9–16. Contoh-contoh boleh diambil dari tulisan suci, dari sejarah Gereja, ataau dari kehidupan mereka sendiri. (Contoh-contoh dari Kitab Mormon terdapat dalam “Sumber-sumber Tambahan.”) Anda juga boleh membincangkan bagaimana beberapa dari kurnia yang dikatakan dalam ayat-ayat ini menyatakan tentang kemunculan Kitab Mormon. Mengapakah ia penting bagi seseorang yang mencari kesaksian tentang Kitab Mormon untuk mempercayai kurnia rohani? Apakah yang kadangkala kita lakukan untuk “menyangkal” kurnia-kurnia ini dalam kehidupan kita? Bagaimanakah kurnia-kurnia ini membantu kita “datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia”? (lihat Moroni 10:30–33).
-
Satu lagi cara untuk meneroka kurnia-kurnia rohani yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini adalah dengan menulis di papan tulis soalan seperti Apakah kurnia-kurnia rohani? Kepada siapakah ia diberikan? Mengapakah ia diberikan? dan Bagaimanakah kita menerimanya? Kemudian jemputlah ahli-ahli kelas untuk menyelidiki Moroni 10:8–25 untuk menemukan jawapan. (Penyataan oleh Presiden Brigham Young dan Presiden Dallin H. Oaks dalm “Sumber-sumber Tambahan” juga dapat membantu.) Sebagai tambahan kepada kurnia-kurnia rohani yang tersenarai dalam ayat 9–16, apakah “kurnia-kurnia Tuhan” yang kita telah terima atau telah diberkati? (Moroni 10:8). Anda mungkin ingin berkongsi apa yang diajar oleh Elder Bruce R. McConkie: “Kurnia rohani tidak ada akhirnya dalam nombor dan jenis. Kata-kata yang dinyatakan adalah ilustrasi pencurahan rahmat ilahi yang tak terbatas yang diberi oleh Tuhan kepada mereka yang mengasihi dan melayani-Nya” (A New Witness for the Articles of Faith [1985], 371).
Saya boleh disempurnakan melalui rahmat Yesus Kristus.
-
Apakah yang anda rasa akan membantu ahli-ahli kelas anda menerima jemputan Moroni untuk “datanglah kepada Kristus, dan disempurnakan di dalam Dia”? (Moroni 10:32). Mulakan dengan lagu rohani untuk subjek ini, seperti “Ikut Aku” (Nyanyian Rohani, no. 43), boleh menjemput Roh ke dalam perbincangan anda, dan ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa-apa kaitan yang mereka lihat antara lagu rohani dan kebenaran yang terdapat di dalam Moroni 10:30–33. Apakah yang kita pelajari daripada ayat-ayat dan lagu rohani ini tentang apa yang dimaksudkan untuk datanglah kepada Kristus? Apakah maknanya untuk menjadi “sempurna di dalam Kristus”? (lihat juga A&P 76:50–53, 69). Berkongsi perasaan anda tentang maknanya untuk “dijadikan sempurna melalui Yesus” (A&P 76:69), dan galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi [perasaan] mereka.
-
Kerana ini adalah perbincangan terakhir kelas anda tentang Kitab Mormon tahun ini, anda mungkin ingin meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi beberapa hal yang mereka rasakan dan dipelajari ketika mereka mempelajari kitab ini. Untuk membantu ahli-ahli kelas melakukan ini, anda boleh membaca Moroni 10:32–33 bersama dan mintalah ahli-ahli kelas untuk meluangkan beberapa minit untuk merenungkan bagaimana Kitab Mormon telah membantu mereka datang kepada Kristus. Anda boleh bertanya: Bagaimanakah Kitab Mormon membantu kita mempunyai kasih yang lebih besar kepada Tuhan? Bagaimanakah ia membantu kita bergantung sepenuhnya kepada rahmat Kristus? Bagaimanakah ia membantu kita untuk “tidak menyangkal” kuasa Juruselamat? Jemputlah ahli kelas untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Kitab Mormon dan ia bersaksi tentang Yesus Kristus.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk membantu ahli-ahli kelas menanti-nantikan untuk mengkaji Ajaran dan Perjanjian tahun depan, anda boleh menyemak Moroni 10:9–16 dan menjelaskan bahawa semua kurnia ini adalah nyata dalam Gereja kini. Semasa kita membaca Ajaran dan Perjanjian, kita akan melihat bagaimana kurnia dan kuasa Tuhan telah digunakan untuk melakukan pekerjaan-Nya pada zaman akhir.
Sumber-sumber Tambahan
Pernyataan tentang kurnia-kurnia rohani dalam Kitab Mormon.
-
Mengajar dengan Roh: Nefi dan Lehi (Helaman 5:17–19)
-
Iman yang besar: Alma, Amulek, Amon, dan yang lain (Eter 12:13–22)
-
Penyembuhan: Alma (Alma 15:5–11)
-
Mukjizat yang hebat: Tiga Pengikut (3 Nefi 28:19–22)
-
Nubuat: Lehi (2 Nefi 1:6–7)
-
Melihat malaikat: Amulek (Alma 10:7–10)
-
Mentafsirkan bahasa-bahasa: Mosia (Mosia 28:11–16)
Kesaksian Presiden Brigham Young tentang kurnia-kurnia rohani.
“Iman. Ketika anda percaya akan asas-asas Injil dan memperoleh iman, yang adalah kurnia Tuhan, Dia menambahkan lebih banyak iman, menambahkan iman pada iman. …
“Kurnia Penyembuhan. Saya berada di sini untuk bersaksi kepada ratusan orang tentang contoh kejadian lelaki, wanita dan kanak-kanak yang disembuhkan oleh kuasa Tuhan, melalui perletakan tangan, dan banyak orang telah saya lihat dibangkitkan dari gerbang kematian, dan dibawa kembali dari ambang keabadian; dan beberapa orang yang rohnya benar-benar telah meninggalkan tubuhnya, kembali lagi. Saya bersaksi bahawa saya telah melihat orang sakit disembuhkan dengan perletakan tangan, menurut janji Juruselamat. …
“Nubuat, Wahyu, dan Pengetahuan. Setiap lelaki dan wanita dapat menjadi pewahyu, dan memiliki kesaksian Yesus, yang merupakan roh wahyu, dan meramalkan fikiran dan kehendak Tuhan berkaitan diri mereka, menjauhi kejahatan, dan memilih apa yang baik” (Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Brigham Young [1997], 252–53).
“Berpeganglah kepada setiap kurnia yang baik.”
Presiden Dallin H. Oaks memberitahu bagaimana mencari kurnia rohani memberkati ibunya: “Setelah kehilangan suaminya, ibu saya tidak lengkap. Dia berdoa untuk apa yang diperlukannya untuk memenuhi tanggungjawabnya untuk membesarkan tiga anak kecilnya! Dia mencari, dia layak, dan dia diberkati! Doanya telah dijawab dalam pelbagai cara, termasuk penerimaan kurnia rohani. Dia mempunyai banyak, tetapi yang menonjol dalam ingatan saya adalah kurnia iman, kesaksian, dan kebijaksanaan” (“Spiritual Gifts,” Ensign, Sept. 1986, 72).