Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28: “Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur”


“15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27-28: ‘Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 Mac. Ajaran dan Perjanjian 27–28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Joseph Smith

15–21 Mac

Ajaran dan Perjanjian 27–28

“Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur”

Walaupun peristiwa yang menghasilkan wahyu di Ajaran dan Perjanjian 27–28 berlaku pada masa dan tempat berbeza, asas-asas yang diajar dalam bahagian ini berkaitan dengan masa kini. Apakah asas-asas memberkati ahli-ahli kelas dalam setiap keadaan mereka hadapi?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk mengkaji semula Ajaran dan Perjanjian 27–28dan mencari ayat atau frasa yang didapati bermakna bagi mereka. Anda boleh memberi peluang kepada semua orang dengan membahagikan ahli-ahli kelas kepada setiap pasangan agar mereka dapat berkongsi apa yang mereka temui.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 27:1–2

Kita harus mengambil sakramen dengan mata tertumpu satu-satunya pada kemuliaan Tuhan

  • Untuk menggalakkan perbincangan tentang Ajaran dan Perjanjian 27:1–2, pertimbangkan menulis satu soalan di atas papan: Apa yang Juruselamat mengajar tentang tujuan sakramen? Mungkin ahli-ahli kelas boleh mencari frasa-frasa dalam ayat-ayat ini yang membantu mereka menjawab soalan. Mereka mungkin sudi berkongsi tanggapan yang mereka telah terima berkenaan bagaimana mendapat pengalaman kudus yang lebih banyak semasa mengambil sakramen.

    Ahli kelas boleh mendapati lebih pengetahuan dengan membaca perkataan Juruselamat semasa Dia memperkenalkan sakramen (lihat Lukas 22:19–20; 3 Nephi 18:1–11). Jika Juruselamat berada di pertemuan sakramen kita, apa yang kita akan lakukan dengan berbeza?

    Imej
    roti dan air sakramen

    Sakramen mempunyai lambang-lambang pergorbanan Juruselamat.

Ajaran dan Perjanjian 27:15–18

Perlengkapan perang Tuhan akan membantu kita tahan kejahatan.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas faham cara menggunakan perlengkapan perang Tuhan untuk menghadapi kejahatan pada masa kini? Pertimbangkan meminta seseorang untuk lukis di papan perlengkapan perang yang dijelaskan di ayat 15–18. Ahli-ahli kelas kemudian boleh berkongsi pengetahuan yang mereka temui dari kajian peribadi tentang bahagian-bahagian perlengkapan perang itu. Atau membaca Ajaran dan Perjanjian 27:15–18 sebagai sekelas dan menamakan bahagian perlengkapan perang di atas papan dan bahagian badan ia melindungi. Apakah makna untuk memakai perlengkapan perang Tuhan? Mungkin ahli kelas boleh bincangkan cara Tuhan melindungi kita dari kejahatan apabila kita memakai perlengkapan perang Tuhan.

  • Jika anda mengajar orang remaja, anda mungkin ingin menghubungkan Ajaran dan Perjanjian 27:15–18 dengan standard di Untuk Kekuatan Remaja. Contohnya, ahli-ahli kelas dapat membaca ayat-ayat dan bincangkan mengapa kita perlu perlengkapan perang Tuhan? Kemudian mereka boleh bekerja bersama dalam pasangan dan menyemak salah satu standard-standard di Untuk Kekuatan Remaja. Apakah yang kita pelajari dari sumber-sumber ini tentang serangan Setan terhadap kita? Bagaimanakah perlengkapan perang Tuhan membantu kita menghadapi serangan ini? Bagaimana kita boleh memakai perlengkapan perang-Nya?

Ajaran dan Perjanjian 28

Nabi yang hidup menerima wahyu bagi Gereja Tuhan.

  • Untuk membantu ahli kelas mempelajari peranan seorang nabi, anda boleh kaji semula pengalaman yang mendorong Joseph Smith berdoa dan menerima bahagian 28 (lihat pengenalan bahagian), dan kemudian anda boleh membaca ayat 2–3, 6–7, 11–13. Bagaimana Setan cuba meyakinkan kita untuk mengikut orang yang tidak dipilih oleh Tuhan? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman yang memperkuatkan kesaksian mereka bahawa nabi menerima wahyu bagi Gereja.

  • Satu cara ahli kelas mengkaji semula Ajaran dan Perjanjian 28 ialah membayangkan bahawa mereka kenal seorang yang menerima panggilan baru di Gereja. Apakah yang kita dapat berkongsi dari Ajaran dan Perjanjian 28:1–6, 13–16 untuk membantu orang itu dalam panggilannya? Petikan di “Sumber-sumber Tambahan” dapat menambah pengetahuan kepada perbincangan ini.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Berunding tentang wahyu peribadi.

Presiden Joseph F. Smith dan para penasihatnya dalam Presidensi Pertama mengajar:

“Apabila penglihatan, mimpi, bahasa, nubuat, pandangan atau sebarang kurnia luar biasa ataupun inspirasi, menyampaikan sesuatu yang tidak harmoni dengan wahyu yang telah diterima oleh Gereja atau bertentang kepada keputusan yang ditubuhkan oleh para penguasa, Orang Suci Zaman Akhir boleh tahu bahawa ia bukan daripada Tuhan, tidak kira betapa ia nampaknya boleh dipercayai. … Dalam hal-hal sekular dan rohani, Orang Suci boleh menerima bimbingan dan wahyu ilahi bagi diri mereka, tetapi ini tidak memberi hak untuk mengarah orang lain. …

“Sejarah Gereja mencatatkan banyak wahyu palsu didakwa oleh penyamar atau fanatik yang percaya dalam pernyataan mereka dan cuba menipu orang lain supaya mereka percaya. Namun setiap kali ia menghasilkan kekecewaan, kesedihan dan kecelakaan” (Joseph F. Smith, Anthon H. Lund, Charles W. Penrose, “A Warning Voice,” Improvement Era, Sept. 1913, 1148–49).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Fokus pada ajaran sejati. Presiden Boyd K. Packer mengajar, “ajaran benar, jika difahami, mengubahkan sikap dan tindakan” (“Do Not Fear,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 79). Semasa kita mengajar, kita mesti fokus pada ajaran Yesus Kristus jika kita mahu membawa jiwa-jiwa kepada Dia.

Cetak