Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22: “Kebangkitan Gereja Kristus”


“1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22: ‘Kebangkitan Gereja Kristus’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
rumah Peter Whitmer

Rumah Peter Whitmer, oleh Al Rounds

1–7 Mac

Ajaran dan Perjanjian 20–22

“Kebangkitan Gereja Kristus”

Catatkan tanggapan rohani anda apabila anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 20–22. Setengah tanggapan ini mungkin mendorong ke idea-idea yang akan membantu anda ketika mengajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Semasa pembelajaran mereka di rumah, ahli kelas mungkin memperoleh ilmu berkenaan berkat-berkat dengan adanya Gereja benar di bumi. Jemput mereka untuk berkongsi ayat dari bahagian ini yang menunjukkan kenapa mereka berterima kasih Gereja telah dipulih.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 20–21

Gereja Yesus Kristus telah dipulih.

  • Ahli kelas boleh beruntung dari pembelajaran kesamaan antara Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan Gereja yang ditubuhkan oleh Kristus pada zaman purba. Anda boleh melukis sebuah carta dengan lima bar dilabelkan Ajaran, Tatacara-tatacara, Wewenang Imamat, dan Nabi-nabi. Anda boleh berikan rujukan berikut berkenaan dengan Gereja Kristus pada zaman purba: Matius 16:15–19; Yohanes 7:16–17; Efesus 2:19–22; 3 Nefi 11:23–26; Moroni 4–5. Ahli-ahli kelas boleh mengenal pasti setiap ayat yang mengajar tentang Gereja Kristus dan menulis rujukan itu dalam bar yang sesuai di atas papan tulis. (Beberapa rujukan boleh digunakan lebih dari satu bar.) Mereka boleh lakukan dengan sama bagi rujukan berikut tentang Gereja Kristus yang dipulih: Ajaran dan Perjanjian 20:17–25, 60, 72–79; 21:1–2. Perkara apakah yang dapat anda belajar tentang Pemulihan Gereja Kristus dari perbandingan ini?

Ajaran dan Perjanjian 20:37, 75–79; 22

Tatacara kudus membantu kita menjadi seperti Juruselamat.

  • Berikan masa kepada ahli kelas untuk mengkaji kelayakan bagi pembaptisan dihuraikan di Ajaran dan Perjanjian 20:37, dan minta mereka merenungkan soalan seperti ini: Bagaimanakah kelayakan-kelayakan ini membantu kita bersedia dibaptis ke dalam Gereja Tuhan? Apakah ertinya untuk mengambil nama Kristus ke atas diri kita? (lihat Mosia 5:5–12). Perkara apakah membantu anda kekal “berazam untuk melayani-Nya sehingga akhir”?

  • Apakah di bahagian 22 mengajarkan tentang pembaptisan? Minta ahli kelas membayangkan mereka mempunyai kawan yang telah dibaptis ke dalam gereja lain. Mereka dapat membaca bahagian ini untuk mencari nasihat supaya menolong kawan mereka faham kenapa pembaptisan ke dalam gereja yang dipulih oleh Juruselamat amat diperlukan. Ahli kelas boleh main peranan senario ini sebagai satu kelas ataupun dalam pasangan.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 20:75–79 bersama, jemput ahli kelas untuk pertimbangkan ajaran berkenaan Juruselamat dan kuasa-Nya dalam hidup kita dari ayat-ayat itu. Perkataan atau frasa manakah menjadi ketara apabila kita membaca doa sakramen melalui cara ini? Mengapakah penting untuk mengambil sakramen setiap minggu?

    Imej
    diaken mengedarkan Sakramen

    Sakramen adalah tatacara kudus.

Ajaran dan Perjanjian 20:38–60

Pelayanan imamat memberkati ahli-ahli Gereja dan keluarga mereka.

  • Penjelasan berkenaan tugasan imamat di Ajaran dan Perjanjian 20:38–60 boleh membantu ahli-ahli kelas anda meluaskan pemahaman mereka tentang pelayanan imamat. Anda boleh menjemput mereka membayangkan seorang kawan yang baru di baptis atau ahli keluarga yang akan ditahbiskan ke suatu jawatan imamat. Bagaimanakah mereka akan menggunakan ayat-ayat ini untuk membantu dia memahami tugas-tugasnya? Apakah contoh-contoh yang anda boleh kongsikan dapat membantu dia memahami pelaksanaan tugas-tugas itu menjadikan dia lebih seperti Yesus Kristus? Mungkin mereka boleh main peranan perbualan ini.

    Tambahan pula, bagaimanakah mereka boleh menggunakan ayat ini supaya membantu seorang saudari yang baru dibaptis melihat cara dia dapat menyertai dalam pekerjaan dihuraikan di sini? (Penyataan di “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu.)

Ajaran dan Perjanjian 21:4–7

Kita diberkati apabila kita menerima firman Tuhan melalui nabi-Nya.

  • Ajaran dan Perjanjian 21 mengandungi kenyataan-kenyataan yang sangat berkuasa berkenaan mengikut nabi Tuhan? Untuk membantu ahli kelas merenungkan dan membincangkan kenyataan-kenyataan ini, minta mereka mencari sebuah frasa yang ingin lebih memahami di ayat 4–7 dan menulis frasa itu di atas papan tulis. Pilih beberapa frasa, dan bincang sebagai satu kelas maksud setiap frasa. Apakah frasa-frasa ini mengajar kita berkenaan mengikut nabi Tuhan?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kita semua bekerja dengan kuasa imamat.

“Para lelaki ditahbiskan ke jawatan imamat, kedua wanita dan lelaki diundang untuk mengalami kuasa dan berkat imamat dalam hidup mereka. …

“… [Para wanita] berkhutbah dan berdoa dalam jemaah, memenuhi banyak jawatan kepimpinan dan pelayanan, menyertai majils imamat di tahap tempatan dan umum, dan melayani misi penginjilan rasmi di seluruh dunia. Dengan cara-cara ini dan yang lain, wanita menjalani wewenang imamat walaupun mereka tidak ditahbiskan ke jawatan imamat. …

“… Dalam panggilan suci, tatacara bait suci, keluarga, perhubungan, dan pelayanan individu yang sederhana, wanita dan lelaki Orang Suci Zaman Akhir maju ke depan dengan kuasa dan wewenang imamat. Kesalingbergantungan lelaki dan wanita dalam pelaksanaan kerja Tuhan melalui kuasa-Nya adalah penting kepada injil Yesus Kristus” (Gospel Topics, “Joseph Smith’s Teachings about Priesthood, Temple, Women,” topics.ChurchofJesusChrist.org).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kita belajar bersama. Sebagai seorang pengajar, anda mempelajari bersama kelas anda. Tunjukkan kerelaan untuk belajar daripada mereka dengan mendengar kepada perkongsian mereka.

Cetak