Ajaran dan Perjanjian 2021
5 April–11 April. Ajaran dan Perjanjian 30–36: “Kamu Dipanggil untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku”


“5 April–11 April. Ajaran dan Perjanjian 30–36: ‘Kamu Dipanggil untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“5 April–11 April. Ajaran dan Perjanjian 30–36,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
penginjil Gereja awal

5 April–11 April

Ajaran dan Perjanjian 30–36

“Kamu Dipanggil untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku”

Apabila anda membaca Ajaran dan Perjanjian 30–36, pesanan manakah lebih berkaitan dengan orang yang anda ajari? Apakah yang akan membantu mengilhami mereka untuk berkongsi injil dengan orang lain?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi sesuatu dari Ajaran dan Perjanjian 30–36 yang mengilhami mereka untuk berkongsi injil.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 30–36

Kita dipanggil untuk mengkhutbahkan Injil Yesus Kristus.

  • Rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan penyelidikan Ajaran dan Perjanjian 30–36 tentang permintaan janji-janji Tuhan kepada penginjil-Nya. Ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka dapati. (Lihat, contohnya, Ajaran dan Perjanjian 30:8; 31:3–5; 32:1, 5; 35:24.) Anda boleh menjemput mereka menulis sepucuk surat kepada seorang penginjil yang sedang melayan atau mempersiapkan dirinya untuk melayani misi dan sertakan arahan dan janji-janji Tuhan.

  • Adakah anda mengajar remaja yang sedang mempersiapkan diri untuk melayani sebagai penginjil? Jika ya, anda anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki satu bahagian dari Ajaran dan Perjanjian 30–36 dan mencari sesuatu yang mengilhami mereka pergi melayan. Anda boleh menunjukkan bahawa penginjil yang disebutkan dalam bahagian-bahagian ini adalah baru dan tidak berpengalaman tinggi dalam gereja. Apakah yang melayakkan mereka berkongsi injil?    

  • Tidak semua orang berpeluang untuk melayani sebuah misi penuh masa, namun kita boleh menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan mendengar pesanan Pemulihan. Ahli-ahli kelas boleh membuat senarai pelbagai cara mereka dapat “bukalah mulut-mulut [mereka]” (Ajaran dan Perjanjian 33:8–10). Apakah peluang-peluang yang biasanya kita perlu kongsikan kesaksian dengan orang lain? Apakah nasihat dalam Ajaran dan Perjanjian 30–36 berkaitan berkongsi injil dengan cara-cara ini? Pertimbangkan meminta beberapa ahli kelas yang mempunyai pengalaman berkongsi injil yang positif untuk memberi idea dan jawapan kepada persoalan kelas.

  • Tuhan berjanji kepada Ezra Thayer dan Northrop Sweet bahawa jika mereka membuka mulut-mulut mereka untuk berkongsi injil, mereka akan “menjadi bahkan seperti Nefi dahulu kala” (Ajaran dan Perjanjian 33:8). Apakah sifat-sifat Nefi miliki yang berkaitan dengan perkongsian injil? (lihat, contohnya, 1 Nefi 3:7; 4:6; 10:17; 17:15; 2 Nefi 1:27–28). Bagaimanakah sifat-sifat ini membantu kita dalam usaha berkongsi injil?

    Imej
    penginjil mengajar

    Tuhan mengarah kita untuk mengkhutbahkan injil pada masa kini sama seperti masa awal Gereja.

Ajaran dan Perjanjian 32–33; 35

Tuhan menyediakan kita untuk pekerjaan yang Dia ingin kita lakukan.

  • Bagaimanakah Tuhan telah membantu kita lakukan pekerjaan-Nya? Ada suatu perbincangan berkenaan kehidupan orang ramai di sana dihuraikan dalam Ajaran dan Perjanjian 32–33, 35 merupakan tempat terbaik untuk merenungkan pengalaman-pengalaman ini. Contohnya, anda boleh kongsi laporan Ezra Thayer tentang penglihatannya di “Sumber-sumber Tambahan” dan kemudian menjemput ahli kelas membaca Ajaran dan Perjanjian 33:1–13, iaitu sebahagian wahyu kepada Ezra Thayer. Bagaimanakah Tuhan mempersiapkan Ezra untuk pekerjaan yang Tuhan inginkan dia lakukan? (lihat Ajaran dan Perjanjian 33:2). Anda juga boleh minta seorang ahli kelas untuk kongsi latar belakang tentang perhubungan antara Parley P. Pratt dan Sidney Rigdon (lihat “Suara-suara Permulihan: Kesaksian Penganut Awal “ di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Bagaimanakah perhubungan ini telah memberkati Gereja? Apakah tanda-tanda yang boleh kita lihat tangan Tuhan berada dalam orang-orang ini? Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi pengalaman yang telah membantu mereka melihat bahawa Tuhan mengenali mereka dengan cara yang sama.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Penglihatan Ezra Thayer.

Ezra Thayer menulis bahawa ada masanya sebelum dia dibaptis, dia mengalami sebuah penglihatan dimana “seorang lelaki datang dan memberi segulung kertas dan menunjukkan kepada saya, dan juga sebuah sangkakala dan memberitahu aku [memainkan] itu. Aku berkata saya tidak pernah [main] sangkakala dalam seumur hidupnya. Dia kata kamu boleh mainkan itu, cubalah. … Ia menghasilkan bunyi yang paling indah sekali” (“Revelation, October 1830–B, Revelation Book 1,” historical introduction, josephsmithpapers.org). Setelah Joseph Smith menerima sebuah wahyu untuk Ezra Thayer dan Northrop Sweet, kini tercatat di Ajaran dan Perjanjian 33, Ezra mentafsirkan wahyu tersebut sebagai segulung kertas dalam penglihatannya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Galakkan persekitaran yang penuh hormat. “Bantu ahli-ahli kelas anda memahami bahawa setiap daripada mereka mempengaruhi semangat kelas. Galakkan mereka untuk membantu anda mewujudkan persekitaran terbuka, penyayang, dan penuh hormat supaya semua orang merasa selamat berkongsi pengalaman, soalan, dan kesaksian mereka” (Teaching in the Savior’s Way,15).

Cetak