Ajaran dan Perjanjian 2021
19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44: “Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku”


“19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44: ‘Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“19–25 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Imej
Yesus Kristus

19–25 April

Ajaran dan Perjanjian 41–44

“Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku”

Anda tidak dapat membincangkan seluruh asas-asas yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 41–44 sebagai sekelas. Carilah ilham untuk membantu anda memilih asas-asas yang paling sesuai bagi kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Semasa wahyu di bahagian 42 diterbit, Joseph Smith menulis bahawa Orang Suci “menerima dengan gembira” (“Letter to Martin Harris,” Feb. 22, 1831, josephsmithpapers.org). Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi sesuatu dari kajian peribadi atau keluarga minggu ini dimana mereka menerima dengan gembira.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 41–42

Hukum-hukum Tuhan menguruskan Gereja-Nya dan boleh menguruskan kehidupan kita.

  • Di Ajaran dan Perjanjian 41, Tuhan membantu Orang Suci bersedia untuk menerima hukum-Nya, dimana Dia akan mengungkapkan beberapa hari kemudian (lihat bahagian 42). Bagaimanakah wahyu di bahagian 41 telah membantu Orang Suci menerima hukum Tuhan? Untuk membantu ahli-ahli kelas menjawab soalan-soalan ini, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 41:1–6 dan mencari asas-asas yang membantu kita menerima hukum Tuhan. Bagaimanakah kita mengaplikasikan asas-asas ini jika diberi peluang untuk menerima arahan daripada Tuhan?

  • Rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan pembahagian bahagian 42 kepada lima kumpulan ayat, dimana setiap kumpulan menyampaikan satu asas injil penting. Pembahagian ini boleh mempermudahkan anda untuk membincangkan bahagian ini sebagai sekelas. Contohnya, anda boleh tulis ayat rujukan di atas papan dan menjemput ahli kelas untuk memilih satu kumpulan. Mintalah ahli-ahli kelas membaca ayat-ayat mereka dan mencari sesuatu yang rasanya penting bagi pada masa kini. Kemudian mereka boleh berkongsi contoh dari kehidupan mereka yang menjelaskan betapa kita diberkati semasa kita menguruskan hidup diri dengan hukum-hukum ini.

Ajaran dan Perjanjian 41:9–11

Tuhan meminta hamba-hamba-Nya untuk berkorban.

  • Edward Partridge, uskup pertama Gereja yang dipulih, diperintah untuk meninggalkan kerjayanya dan “menghabiskan seluruh masanya” melayani dalam panggilannya. Walaupun ini tidak lagi diperlukan daripada kita, apakah yang dapat ditemui dalam ayat-ayat ini yang kita boleh gunakan dalam pelayanan kita kepada Tuhan?  

Ajaran dan Perjanjian 42:61; 65–68; 43–7

Wahyu membawa kedamaian, kebahagiaan dan kehidupan abadi.

  • Seperti pemimpin Gereja awal, ahli kelas anda mungkin mempunyai pertanyaan yang kelihatan “misteri-misteri” kerana mereka perlu bimbingan daripada Tuhan. Anda boleh menggalakkan mereka untuk menuliskan soalan atau masalah dimana mereka perlukan wahyu peribadi. Apakah yang didapati di Ajaran dan Perjanjian 42:61, 65–68 boleh membantu semasa kita mencari wahyu?

  • Untuk membantu ahli-ahli memahami cara Tuhan memberi wahyu agar membimbing Gereja-Nya, anda boleh menjemput mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 43:1–7.  

Ajaran dan Perjanjian 43:8–10

Kita bertemu bersama untuk “mengajar dan meneguhkan satu sama lain.”

  • Bagaimanakah kita gunakan Ajaran dan Perjanjian 43:8–10 untuk mengajar seseorang yang merasa tidak wajib untuk hadir ke pertemuan Gereja? Senarai di “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu memfokuskan perbincangan ini tentang tujuan ilahi kuorum imamat dan Lembaga Pertolongan (senarai ini juga digunakan bagi kelas-kelas Remaja Puteri). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana penyertaan mereka dalam kuorum-kuorum, Lembaga Pertolongan dan kelas-kelas Gereja telah memberkati mereka. Apakah ayat 8–10 mengatakan tentang apa yang kita harus lakukan untuk bersedia dan menyertai dalam pertemuan-pertemuan kita.

    Imej
    Kelas Sekolah Minggu remaja

    Pertemuan di gereja adalah salah satu cara kita “mengajar dan meneguhkan satu sama lain.”

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Mengapakah kita diaturkan ke dalam kuorum-kuorum dan Lembaga-lembaga Pertolongan.

Sister Julie B. Beck, bekas Presiden Umum Lembaga Pertolongan, menerangkan mengapa Tuhan telah mengaturkan kita ke dalam kuorum-kuorum imamat dan Lembaga-lembaga Pertolongan:

  1. “Mengaturkan kita di bawah keimamatan dan menurut tarekat keimamatan.”

  2. Untuk menumpu kepada putera dan puteri Bapa Syurgawi dalam pekerjaan keselamatan dan melibatkan mereka dalam pekerjaan itu. Kuorum-kuorum dan Lembaga-lembaga Pertolongan adalah sebuah badan pengikut-pengikut dengan tanggungjawab untuk menolong dalam pekerjaan Tuhan Bapa dengan membawa kehidupan abadi kepada anak-anak-Nya.”

  3. “Membantu para uskup mengurus dengan bijaksana gudang simpanan Tuhan. Gudang simpanan Tuhan termasuk ‘masa, bakat, rasa kasihan, bahan-bahan, dan hal-hal kewangan’ ahli-ahli Gereja [Handbook 2: Administering the Church, 6.1.3, ChurchofJesusChrist.org]. Bakat-bakat Orang Suci adalah untuk digunakan untuk menjaga yang miskin dan memerlukan dan membina kerajaan Tuhan.”

  4. “Menyediakan perlindungan bagi anak-anak Bapa Syurgawi dan keluarga mereka pada zaman akhir.”

  5. “Memperkukuh dan menyokong kita dalam peranan dan tanggungjawab keluarga sebagai putera dan puteri Tuhan.” (“Why We Are Organized into Quorums and Relief Societies” [pertemuan rohani Universiti Brigham Young, 17 Jan. 2012], speeches.byu.edu.)

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjemput. “Pertimbangkan menjemput pelajar untuk memikirkan cara mereka sendiri untuk menggunakan apa yang mereka telah belajar adalah lebih baik daripada selalu memberi undangan untuk melakukan sesuatu yang tertentu.” (Teaching in the Savior’s Way, 35).

Cetak